BAB 11

Romance Completed 9849

Disuatu pagi yang aman damai,

“Berhenti, berhenti,” arah sebuah kereta peronda Polis.

“La salah apa pula lagi ni. Ingatkan dah aman dari saman menyaman ni,” gerutu hati Lisa.

Keluar seorang anggota Polis berjalan ke arah Lisa.

“Minta I/C dan Lesen,” arah anggota Polis tu. Lisa tanpa banyak bicara terus menegeluarkan apa yang diminta oleh Polis tu.

Lisa hanya ambil perduli dengan tidak je. dah takde mood nak bertekak dengan Polis lagi. Cukuplah kisah antara dia dan Aakif. Tak amhu rasanya muncul pula Aakif kedua.

“Ni saman, Cik. Sila baca betul-betul ye?” bicara Polis itu. Lisa masih setia memandang jalan tar dari memandang wajah Polis yang menyamannya.

Saat ingin memasukkan kertas saman didalam beg, baru Lisa perasan yang kertasnya berwarna lain. warna pink pekat. Dibuka dan dibaca apa yang tertulis didalamnya.

‘Nur Khayla Alisha, anda disaman kerna mencuri hati saya’ Lisa terpana. Dah apahal pulak ni. Ada ke saman ni dalam kesalahan trafik? Lisa mengangkatkan kepalanya.

Gedebuk, terkena tepat ke dagu Polis tu. Apa lagi beraduhlah Polis tu.

“Sorry, sorry, sorry. Tak sengaja Tuan,” mohon Lisa.

“Lisa, awak ni tak habis-habis nak balas dengan dengan saya ke?” Polis tadi memegang dagunya.

“Aakif?” terkesima Lisa sekejap.

“Ye, sayalah siapa lagi,” jawap Aakif.

“Ni?” Lisa melayangkan ‘surat saman’ tadi kepada Aakif.

“Saman baru,” jawap Aakif

“Saman baru?” soal Lisa kepelikkan.

“Yup, Saman cinta,” aakif kemudian senyum kepada Lisa.

“Ha?”

“Saman cinta. Saman sebab awak dah berjaya curi hati saya. Saman sebab awak dah berjaya merampas cinta saya,” Aakif masih senyum kepada Lisa.

“Serius je,” cebik Lisa

“Seriuslah. Tak gitu, Zarina,” Aakif mengangkat kening kepada Rina.

“Rina? Kau pun ada?” Lisa menoleh ke sebelah kirinya. Memang iya. Rina lah.

“Lama dah. Kau je tak perasaan. Leka sangat pandang jalan raya,” jawap Rina.

“Apa semua ni?” Lisa masih lagi blur.

“Ish! Nak kata kau yang accident sampai cedera otak tak. Tapi engkau pula lebih-lebih hilang ingatannya. Sejak bila kau jadi LAMPI yang amat ni? Aakif nak jadikan kau isteri dialah,”

“Isteri? Serius je?” soal Lisa lagi.

“Yup, itu pun kalau awak sudilah,” jawap Aakif. Lisa hanya memandang kosong wajah Aakif.

“Lisa, awak hanya ada masa selama 10 saat je untuk meberikan jawapan,” sambung Aakif.

Otak Lisa mengerahkan akal fikiran, “Kenapa saya yang awak pilih?”

“Sebab awak yang paling ikhlas dengan saya. Lisa masa tinggal lagi 5 saat,”

Lisa dah nak start kembali motornya. Tak tahu apa jawapan yang harus diberikan. Dalam hati memanglah rindu. Dalam hati juga ada sayang.

“Lisa lagi 2 saat,” Rina pun menyampuk.

“Saya ada mak ayah. Kalau berani pergilah ‘saman’ mak ayah saya,” Lisa terus menekan pedal minyak dan dia berlalu pergi.

“Lisa…” laung Aakif.

Lisa tetap berlalu. Dalam hatinya berkata ‘ sekali dapat saman cintalah pulak. Kecut hati aku. hehehe…’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience