BAB 9

Romance Completed 9849

Ku Din pun ada call bertanyakan bila dia akan masuk bekerja. Banyak urusan kerja yang tergendala disebabkan hanya Naim yang melakukannya. Naim pun ada call bertanyakan soalan yang sama. Kesian Naim. Beria dia mengadu tentang beban kerja yang banyak. Walaupun kedua mereka tidak mengunakan bahasa yang kasar tapi sedikit sebanyak berbekas tapaware jugak dihatinya.

“Aku tahu. Ku Din dan Naim pun dah banyak kali call. Insyallah aku start kerja balik minggu depan,” tutur Lisa.

Mereka berbual dan terus berbual. Dari situ barulah Lisa tahu yang Aakif merupakan anak yatim piatu. Ibunya meninggal semasa melahirkannya. Ayahnya pula meninggal sewaktu mengerjakan haji 15 tahun lepas.

Pada masa tu Aakif berusia 12 tahun. Akif anak tunggal. Selepas ayah dan ibunya pergi buat selamanya, Aakif dibesarkan di Rumah Darul Salam. Rumah anak-anak yatim piatu di Bandar Skinchan. Aakif merupakan antara anak pintar yang dilahirkan oleh Rumah Darul Salam.

Padanlah sepanjang Lisa berkampung disini, tidak pernah pula kelihatan seorang pun ahli keluarga Aakif yang datang melawatnya. Bukan je melawat malahan langsung tiada yang menelefonnya. Kesian Aakif. Bertambah-tambah pilu dihati Lisa.

Saat mereka berbual tu tiba-tiba, Rina melihat dada Aakif berombak deras.

“Lisa, Aakif,” tunjuk Rina. Cepat Lisa menoleh. Dilihat kadar denyutan nadi Aakif berdenyut laju. Lisa dah tak keriuaan. Dihampiri katil Aakif.

“Aakif, Aakif,” disebut nama Aakif berulang kali. Misha dan Rina yang menghampiri turut sama memanggil nama Akkif berulang kali.

“Lisa tarik tali tu,” arah Misha. Lisa yang tengah kalut cepat-cepat menarik tali yang di arahkan oleh Misha.

“Lisa, Aakif dah bukak mata,” Rina bersuara. Lisa terkejut tapi belum sempat nak dikerlingkan kepada Aakif, segerombolan doktor dan jururawat telah memenuhi ruang.

“Cik Lisa, minta keluar dulu,” arah seorang jururawat yang sememangnya mengenali Lisa.

Lisa, Rina dan Misha menunggu di luar bilik rawatan Aakif. Lisa berkali-kali berdoa agar tiada apa yang terjadi kepada Aakif. Kalau pun iya, Lisa memohon agar diberikan peluang untuk memohon maaf kapada Aakif.

“Lisa, calm down ok?” Rina memeluk Lisa. Lisa dah terkulaikan kepalanya di bahu Rina.

Selepas 15 ke 30 minit.

“Macam mana Dr. Jamil? Semua ok tak?” Misha terlebih dahulu menerpa. Lisa dah terlena dibahu Rina akibat kepenatan menunggu.

“Alhamdullilah, patient dah sedar dah. Cuma dia kena banyakkan berehat lagi,” terang Dr. Jamil.

“Alhamdullilah. Boleh kami tengok dia?” pinta Misha.

“Sure. Please,”

“Lisa, bangun. Aakif dah sedar,” gerak Rina. Tersentak lena Lisa.

“Aakif dah sedar?” Lisa terus meju ke bilik rawatan Aakif. Kemudian langkahnya terhenti.

Lisa memandang Rina dan Misha, “Aku takutlah,”

Nak tergelak Misha dan Rina melihatkan rupa Lisa yang sangat takut untuk melangkah masuk. Lama dah Lisa tak buat muka macam tu. Mimic muka yang pelbagai seperti sebelum-sebelum ni. Kami nafsu nak gelak terpaksa ditahankan juga demi rakan serumah mereka ini. Kang merajuk kang lagi naya.

“Takpe, kita masuk sama-sama ok?” ajak Misha. Lisa menarik nafas sebaris. Ditolak daun pintu.

Saat kaki melangkah masuk, mata Aakif yang sedang tertutup rapat terbuka. Aakif menoleh ke arah pintu. Aakif tersenyum. Ya…Aakif tersenyum!

“Lisa, tegurlah,” Lisa hanya kaku dengan senyuman Aakif. Tak sangka Aakif masih mampu tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience