BAB 1

Romance Completed 9849

Sayang dengarlah permintaan ku

Jangan ragu kan cintaku

Sayang percayalah apa kataku

Karna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku

Jaga hatimu untukku

Sayang dengarlah bisikan hatiku

Karna ku sayang ka~~ Opocot kamu mak lampir melekat di dinding!

Bunyi siren polis serta-merta membuat Lisa terperanjat beruk hingga mengganggu fokus nyanyiannya yang ala bintang America Idol itu.

“Berhenti! Berhenti,” arah sebuah kereta peronda Polis.

“Aduh! Pe hal pulaklah Pak Polisi ni,” keluh Lisa kemudian memberhentikan motornya di bahu jalan.

“Assalamualaikum Cik, boleh minta I/C dan lesen? ” arah salah seorang dari Pegawai Polis yang menahan Lisa.

“Wa’alaikumsalam…maaf tuan, saya ada buat salah ke?” soal Lisa tanpa menunggu mukadimah seterusnya dari Pegawai Polis berkenaan. Tangannya mengeluarkan kad pengenalan dari dalam handbag yang dimuatkan di ruang kaki Skuter 125 Passion Sport.

Hai! Aku dah lambat nak masuk office ni. Boleh pulak time-time macam ni la pulak nak menyaman pun. Tunggu-tunggulah esok lusa ke, tulat tertongeng ke? Ish! Benci betullah!

“Sebab adalah saya tahan awak,” kereknya Polis ni!

“Saya buat salah apa?” soal Lisa.

“Kesalahan sebab tak berhenti pada lampu kuning,” dengan penuh selamba Polis tadi menjawap sambil menengeh di kertas saman.

“Ha? Mana ada pulak kesalahan macam tu? Lampu kuning kot, bukan merah!” Lisa tidak berpuas hati.

“Lampu kuning tu kan bersedia untuk berhenti?” seorang lagi rakan Polis menambah lembut.

“Dah saya tengah laju nak kejar hijau. Tau, tau sampai je dah kuning, tak akan saya nak break kecemasan dekat depan tu? Nak saya tergolek depan traffic light tu ke?” Lisa tidak dapat menyembunyikan api kemarahannya disebabkan kesalahan yang tak munasabah langsung!

“Melawan…melawan…siapa suh awak kejar lampu hijau? Lampu tu akan static dekat situ. Dia mana ada kaki nak berlari pun!” tengking Pegawai Polis yang pertama.

Lisa semakin panas hati. Ada aku letupkan jugak Polis ni kang. Tapi baik jangan. Membunuh sesama manusia tu kan tak baik. Dosa besar tu. Ok lupakan bab nak letupkan Polis tadi.

“Bukan melawan. Saya tak melawan pun. Kalau saya melawan, dah lama dah saya pecut motor saya laju-laju. Ni kira jujur gak saya berhenti tepi ni tau,”

“Awak nak saya doublekan saman awak ke? Dah la bawa motor macam pelesit. Sedar sikit awak tu perempuan. Bawaklah motor tu tertib sikit,” Pegawai Polis ke-2 hanya memerhatikan Pegawai Polis Pertama mem’brainwash’ Lisa.

Lisa dah semakin berangin. Berani kau cakap aku bawak motor macam pelesit? Tak pernah lagi ada orang panggil aku macam tu. Mak ayah aku pun tak kecoh aku bawa motor macam mana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience