BAB 3

Romance Completed 9849

Lisa tercokoh-cokoh memasuki ruangan bilik mesyuarat. Nasib Ku Din duduk di meja belakang. Senang sikit dia nak menyelinap masuk. Mesyuarat berkenaan Bajet Tahunan.

Entah apalah motif Lisa kena masuk mesyuarat ni dengan Ku Din. Dia bukan Pegawai Aset macam Ku Din. Kerani aset pun bukan. Dia hanya kerani biasa je. Tapi nak buat macam mana dah arahan bos paling besar sekali, Dr. Shifa, terpaksalah dia turutkan juga.

Mesyuarat yang berlangsung hampir 2 jam benar-benar memedihkan mata Lisa. Naik juling mata dia memandang kepada Dato’ Karim dan Puan Liew membentangkan bajet untuk syarikat. Pedih bukan sebarang pedih, pedih sebab menahan mengantuk. Beberapa kali juga dia tersenguk-senguk menahan mengantuk dan beberapa kali itu jugalah Ku Din menyiku lengan Lisa.

“Lisa, awak ni saya tengok tak bermaya ni kenapa? Datang kerja pun lambat. Nak kata dah kahwin, belum lagi. Yang busy nak menguruskan anak suami. Tak akan anak dara bangun macam ni punya lambat?” Ku Din dah mula dah nak membebel.

“Ku Din, saya rider dari JB jam 5 pagi tadilah. Tak cukup rest ni,” dalih Lisa yang dah duduk di mejanya.

“Siapa suh awak balik sini jam 5 pagi tadi?”

“Ku Din, saya balik JB bukan suka-sukalah. Ayah saya kena patuk ular masa tebas rumput belakang rumah,” Lisa dah bersuara tinggi sedikit.

“Siapa suh ayah awak menebas belakang rumah? Saya tak suh pun,” Ku Din sengaja bikin onak. Dia suka melihat muka Lisa yang berona kemerahan pipinya bila menahan marah. Tu sebab dia sangat suka bila Dr. Shifa meminta dia dan Lisa bergandingan menyiapkan bajet tahunan syarikat. Bolehlah dia mengenakan Si Lisa ni sehabis mungkin. Hehehe…

Lisa dah panas hati. Dah lah panas hati dengan Pegawai Polis tadi tak hilang lagi. Ni Si Ku Din pula. Sekali aku sepak kang baru tau.

“Tengku Shamsudin Tengku Maafuz marang sekeper, suka hati ayah sayalah nak menebas dekat mana pun. Depan rumah ke belakang rumah ke kiri kanan rumah ke. Ku Din nak sibuk apahal? Lagi satu, benda nak jadi boleh elak ke?” sekali halilintar Lisa dah datang.

“Hahaha…awak ni kan Lisa, kalau marah merah semua muka tu. Saya gurau je lah,” ketawa Ku Din.

“Gurau, gurau masuk suraulah,” Lisa terus bangun dan menuju ke bilik fotostat.

Kejapan hilang mengantuk Lisa. Nak, nak dapat memaki bos sendiri. Lisa ni walaupun hanya kerani biasa tapi kuasa veto dia mengalahkan Dr. Shifa. Suka-suka hati mak ayah dia je nak marah orang ke nak tegur orang ke nak apa-apa ke. Lisa kalau dah tak suka akan sesuatu mesti dia akan bercakap dan, dan tu jugak. Pernah sekali Dr. Shifa pun kena dengan Lisa. Itu pun gara-gara Dr. Shifa terkutuk orang Johor. Besar daulat Lisa dekat office ni. Tak siapa berani nak

“Ala, Lisa. Gurau je. awak ni memanjang nak emo. Rileks sudah,” pujuk KU Din yang mengekor Lisa. Lisa keluar dari bilik mesin fotostat dgn draf paper beberapa helai.

“Ah! Sudahlah Ku Din. Saya banyak kerja lagi nak buat. Baik Ku Din masuk dalam bilik Ku Din sebelum saya take over tempat Ku Din. Nanti jangan tanya saya kenapa barang-barang Ku Din ada atas meja saya and barang-barang saya atas meja Ku Din,” dalam marah pun sempat berjenaka.

“Yelah. Ha! kau Naim gila gelak kan? Surat yang saya suh taip balik tu dah siap ke belum?” arah ku Din bila melihat Naim yang ketawa kecil di mejanya.

“Ehem..ehem.. dah beres bos,” jawap Naim sambil membetulkan duduknya.

“Bawak masuk dalam bilik saya. Lisa, awak check balik kiraan bajet kita ni. Ok ke tidak?” tetibalah pula Ku Din jadi garang.

“Ok,” jawap Lisa ringkas.

Ku Din melangkah masuk ke biliknya bersama Naim. Lisa tidak terus menyemak bajet sebaliknya dilayan dulu mihun goreng yang sempat dipanaskan oleh mak Lisa pagi tadi. Perut dah berkeriuk menahan lapar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience