BAB 2

Romance Completed 9849

Sengal punya Polis. Ish! Geramnya aku. Macam nak belasah je polis ni. Ni buat niat aku nak letupkan Polis ni semakin menjadi-jadi ni. Dah lah kerek! Hampeh lak tu. Tak berkenan langsung.

“Ok, boleh saya dapatkan saman saya tu tak? Saya dah lambat nak masuk office ni. Sah-sah punch kad merah punya,” bebel Lisa pula.

“Salah kami ke menyebabkan awak ni lambat masuk office?” tegur Pegawai Polis pertama yang masih belum mahu melepaskan Lisa. Lisa mengerling jam ditangannya. Memang sah punch kad merah! Dh jam 8:45 pagi dah.

Orang sekeliling dah pandang semacam bila melihatkan Pegawai Polis pertama dari tadi tak berhenti membebel. Aku kena buat sesuatu ni…

“Macam nilah tuan, saya mintak maaf sebab terkasar bahasa tadi. Sekarang boleh saya dapatkan saman saya dan boleh saya beredar sekarang? Saya perlu segera sampai ke office sebab saya kena ikut bos saya pergi meeting dekat KLIA,” kelentong Lisa bersungguh-sungguh. Padahal dia meeting dekat meeting room office je.

“Ikutkan orang macam awak ni, yang melawan macam awak ni, saya dah bawa masuk lokap. Nak masuk lokap? Nak?” mencerun je Lisa pandang Polis Pertama.

“Tapi sebabkan awak ni perempuan, saya kesian pulak awak dah lambat nak attend meeting, saya just bagi amaran je kali ni. Andaikata saya jumpa awak lagi dengan kesalahan yang sama, saya tak teragak-agak untuk menyaman awak lagi. Faham?” panjang lebar juga syarahan Pegawai Polis pertama ni.

Dalam hati Lisa dah menyumpah seranah polis tadi. Tapi tak apa. Kira dia tak saman aku dah cukup baik. Hehehe… selamat duit aku. Boleh tukar tayar sport rim bulan ni.

“Thank you, Tuan. Saya gerak dulu ye?” Lisa mengerlipkan matanya yang dah memang buntal dan besar.

“Ha. Pergilah. Ingat apa amaran saya tadi. Nah I/C awak,” Pegawai Polis tadi menyerahkan kembali kad Pengenalan Lisa. Nur Khayla Alisha Binti Ahmad Muaz. Dibaca nama Lisa sepintas.

Lisa terus menghidupkan motor skuternya dan tanpa berlengah terus memecut laju meninggalkan Pegawai Polis yang terbatuk-batuk dengan asap motor Lisa yang sengaja diperah kuat. Terdengar jeritan Pegawai Polis pertama yang memarahinya. Lisa hanya ketawa. Padan Muka kau!

Di Office,

“Lisa, mana kau pergi? Sikit punya lambat kau masuk office. Ku Din melilau cari kau tau,” tegur Naim yang melihat Lisa tergopoh-gapah meletakkan handbag di tempatnya.

“Kang la aku cerita ape yang dah jadi dengan aku pagi ni. Ku Din dah naik atas ke?” soal Lisa sambil tangannya ligat menyemak fail di atas meja.

“Dah. Dia suh kau bawa ni sekali naik atas kalau kau dah sampai,” Naim menyerahkan selembar kertas proposal kepada Lisa. Lisa mencapai dan membelek sedikit lebih kurang. Dicapai fail yang berkaitan dan kemudian terus berlalu pergi.

Tapi sebelum itu,

“Naim, macam biasa yerk?” Lisa mengenyit mata kepada Naim.

“Yelah. Aku kan receptionist tak berbayar kau,” Naim memang receptionist tak berbayar Lisa.

Mana taknya, asal Lisa hilang je, dan, dan tu la telefon dia akan berdering tak berhenti. Kadang – kadang naik rimas juga nak menjawap telefon Si Lisa ni. Asyikkan berdering je setiap saat.

Berdering selang sejam tak apalah juga. Ni deringnya mengalahkan dering dekat kaunter reception nun. Yang di kaunter reception ni pun satu hal, semua call out semua nak transfer pada Si Lisa ni.

Dah macam dia ni receptionist bahagian pula. Tapi ye lah , nak buat macam mana, Lisa pun PA tak berbayar Ku Din. Bak kata Kak Laili, “We are in the same boat”. Redha jelah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience