BAB 10

Romance Completed 9849

“Aakif,” melihatkan Lisa yang dah terkaku ditepi katil, Rina bertindak menegur Aakif dahulu.

“Hai, Zarina,” Aakif memalingkan mukanya kepada Rina.

“Kau macam mana? Rasa ok tak?” soal Rina lagi.

“Aku rasa penat sikit. Kawan kau ni tak ada suara ke Zarina?” soal Aakif dalam nada suara yang sangat lemah.

“Yang mana? Yang ini ke?” Rina menunjuk kepada Lisa. Lisa menepis tangan Rina. Aakif hanya ketawa. Malu Lisa kejap.

“Terima kasih, Lisa. Sudi awak jaga sayakan?” Lisa memandang Aakif. Macam mana dia tahu aku yang jaga dia?

“Saya tak sedar bukan bererti saya tak tahu apa-apa. Saya dengar tiap-tiap hari suara awak megerakkan saya bangun. Saya rasa tangan awak yang mengelapkan badan saya. Saya rasa setiap bait-bait alunan Al-Quran awak pada saya,” Lisa terkesima. Berertinya disini, Aakif juga mendengar dia menangis kekesalan. Arrgghhh…malunya dia pergi cerita dengan Misha dan Rina. Terasa nak pakai topeng dah.

“Terima kasih, Lisa,” sekali lagi Aakif menuturkannya.

“Sama-sama. Saya nak minta maaf. Sebab saya awak jadi macam ni. Maafkan saya, Aakif,”

“Bukan salah awak pun. Sebelum awak nak crose saya, saya dah rasa dah tayar saya pancit. Bila awak dh crose dlm keadaan saya pun tengah laju tu yang buat saya hilang keseimbangan,” cerita Aakif.

“Tapi saya tetap penyebabnya,” Lisa tiba-tiba meninggikan sikit suaranya.

“Takpe. Kalau saya mati, saya dapat jumpa mak dan ibu saya,” terkedu Lisa mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Aakif.

###

Dalam masa 3 bulan,

Aakif dikehendaki menjalani rawatan fisioterapi pada setiap minggu bagi menguatkan kembali tulang-tulangnya. Mujur dan syukur, Alhamdullilah. Sewaktu accident tu berlaku, walaupun teruk melihatkan keadaan Aakif, Aakif langsung tidak mengalami sebarang kepatahan tulang menulang. Yang teruk hanyalah cereda dikepalanya. Tak pasal-pasal dia menerima 14 jahitan di bahagian belakang kepala. Agaknya disebabkan itu, Aakif koma. Tapi doktor cakap jarang jumpa pesakit seperti Aakif yang mengalami kecederaan di kepala hanya koma kurang dari 6 bulan. Ada pesakit yang makan tahun baru sedar.

Sepanjang masa itu juga, Lisa dengan senang hati akan menhantar dan mengambil Aakif dari Hospital Permai. Dari situ, baru Lisa kenal hati budi Aakif yang sebenarnya. Tak sangka, Aakif ni sensitive jugak. Ingatkan kerek semedang. Hehehe…

###

Selepas setengah tahun.

Lisa dan Aakif kembali sibuk dalam dunia asal mereka. Dunia pekerjaan yang memerlukan komitmen yang tinggi. Selepas dari tamat rawatan fisioterapi Aakif, Lisa langsung tak pernah berjumpa dengan Aakif. Dengar kata Aakif direhatkan dari melakukan rondaan. Itu pun melalui apa yang Rina cakaplah.

Lisa masih seperti dulu, masih menunggang motor ke sana ke mari. Bila melalui je jalan yang Aakif accident, mesti Lisa terbayang-bayang akan kejadian hari tu. Walaupun hakikatnya, Aakif elok bernyawa sehingga sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience