BAB 8

Romance Completed 9849

“Rina, Polis tu dalam kereta tu. Polis yang selalu saman aku. Kereta dia terbabas.kereta dia kena langgar dengan lori. Rina…” Lisa dah meraung semahu-mahunya.

“Sabar, Lisa. Sabar. bawa mengucap. Meh ikut aku,” ajak Rina yang dah mengangkat Lisa.

“Tak mahu. Aku nak ikut ambulance tu. Aku nak tengok Polis tu. Aku nak ikut ambulance tu. Aku nak tengok Polis tu,” ronta Lisa bila melihatkan Polis tu telah dibawa keluar oleh pihak bomba.

“Lisa, ni kerja Polis. Kau balik rumah ok?” Rina memegang muka Lisa.

“Tak mahu. Rina tolonglah. Aku nak tengok Polis tu macam mana? Please Rina,” rayu Lisa.

Rina serba salah dengan tuntutan tugas ditambah pula dengan pelik yang amat. Kenapalah Lisa ni beria sangat nak melihat mangsa nahas jalan raya ni? Kenapa Lisa beria menyatakan mangsa adalah Polis yang menyamannya? Kenapa Lisa beria menangis melihatkan nafas tu sedangkan Lisa antara orang yang susah nak mengalirkan airmata walau apa pun keadaan.

“Lisa, cuba kau cerita apa yang berlaku ni? Kenapa kau beria nak sangat tengok mangsa?” soal Rina yang dah tak dapat dah nak bendung tahap kritikal persoalan dibenaknya.

“Aku yang sebabkan dia accident,” hanya itu yang keluar dari mulut Lisa.

“Ha?” terkejut Rina dibuatnya.

###

Di Hospital Permai.

Hari dah masuk sebulan Polis tu koma tak sedarkan diri. Sepanjang masa itu juga, Lisa setia menunggu sehingga Polis tu sedar. Lisa nak minta maaf sangat-sangat pada Polis tu. Lisa ambil cuti tanpa gaji semata-mata untuk mengunggu Polis tu sedar.

Sejak dari hari tu, Rina dan Misha seakan tidak mengenali siapa sebenarnya Lisa. Seolah-olah Lisa baru je menjejakkan kaki dalam rumah mereka. Lisa yang kepoh dan kaki meradang menjadi Lisa yang sepi dan senyap.

“Lisa,” tegur Rina dan Misha yang datang melawat rakan serumahnya yang dah berkampung di sebulan di Hospital Permai. Lisa hanya senyum.

“Macam mana dengan keadaan Aakif hari ni?” soal Rina. Baru Lisa tahu nama sebenar Polis yang suka menyamannya adalah Haiyan Aakif. So sekarang kita panggil Polis tu sebagai Aakif ok? Hehehe…

“Doktor kata dah banyak peningkatan. Cuma tak tahu bila Aakif akan sedarkan diri,” Lisa menundukkan wajahnya.

“Sabarlah, Lisa. Insyallah suatu hari nanti Aakif mesti akan sedarkan diri punya. Kau pun janganlah terus macam ni,” nasihat Misha.

“Misha, sebab aku dia terlantar macam ni. Kalaulah aku tak cuba aksi tu dalam hujan mesti dia masih hidup lagi,” airmata Lisa dah kembali nak merembes keluar.

“Dia belum mati lagi. Dia cuma tidur je. Tidur yang panjang. Kau janganlah terus-terus salahkan diri kau. Terang lagi bersuluh yang bukan salah kau. Silapnya kau memotong cara berbahaya macam tu. Aakif jadi macam ni disebabkan oleh bunga pada tayar keretanya yang bocor. Tu sebab dia tidak dapat mengawal keretanya dengan baik lalu berlanggar dengan pembahagi jalan,” cerita Rina pula.

“Tapi aku tetap akan rasa bersalah selagi Aakif tak sedarkan diri dan sembuh sepenuhnya,” Lisa dah mengesat airmatanya.

“Lisa, kau kena kembali kepada kau yang dulu. kau kena ceria kena kuat semangat. Kau tengok dalam keadaan kau yang dah kurus macam ni, macam mana kau nak tunggu Aakif sedar? Kau kena jaga diri kau dulu baru kau cukup kuat untuk tunggu Aakif. Kau kena kerja Lisa. Kena juga. Kerja sekarang ni susah nak cari. Lagi pun kau minta cuti tanpa gaji untuk jaga Aakif tapi kau dengan Aakif bukanlah siapa-siapa,” kata Misha melekat dihati Lisa. Ye Aakif dengannya bukan siapa-siapa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience