“ Dah sedar? Ya, nama panjang aku Afnan Firdaus Bin Shamsuddin. Kau
ingat tak masa kita tingkatan dua, aku pernah beritahu kau yang aku ada
adik kembar di sekolah lain? Tapi aku tak pernah sekali pun tunjuk pada
sesiapa termasuk kau. Orang yang kau nampak aku peluk di lapangan
terbang tu, muhrim aku. Adik kembar aku, iaitu tunang kau yang bernama
Ainul Mardhiah Binti Shamsuddin. Sejak kecil kami tak duduk serumah. Mak
Long aku dah kahwin selama enam tahun, tapi masih tak dikurniakan anak,
sebaik sahaja aku lahir, aku diserahkan pada Mak Long. Mak Long yang
besarkan aku. Sebaik sahaja kita tamat tingkatan lima, aku ikut Mak Long
pindah dan bermastautin di Jerman sampai sekarang. Tapi aku akan pulang
jumpa adik kembar aku setiap enam bulan. Ada faham?” Jelas Firdaus
panjang lebar.
“ Tapi kenapa kau tak pernah beritahu aku?” Soal Harris kembali. Dia
tidak sangka Firdaus mampu menyimpan rahsia sebegitu lama.
“ Sebab, aku tak nak kau rapat dengan Ainul Mardhiah sebab kau tahu dia
adik aku. Dan aku tak nak kau ambil itu sebagai satu kesempatan untuk
kau dapat adik aku dengan mudah. Sejak pertama kali kau nampak adik aku,
aku dapat lihat kesungguhan kau. Aku nak kau usaha sendiri untuk
dapatkan apa yang kau nak dalam hidup kau. Kalau Allah dah takdirkan
yang kau memang jodoh adik aku, aku terima dengan hati yang terbuka.
Ingat tu. Dah, kau pergi terangkan pada Ainul. Blurr dah adik aku tu.
Tapi kalau aku dapat tau kau buat adik aku nangis, aku kejar kau dengan
kayu..” Ugut Firdaus dengan nada bergurau.
Bederai ketawa para hadirin. Hanya Ainul Mardhiah yang kekal membatu.dia
masih tidak mengerti apa yang sedang berlaku ketika ini. Siapa
tunangnya? Bagaimana tunangnya boleh begitu rapat dengan abang kembar
kesayangannya? Setelah mendapat kebenaran, Harris memandang Ainul
Mardhiah dengan seribu makna, Firdaus memimpin adik kembarnya dan
berdiri di hadapan bakal imam adiknya itu. Dia tahu, Harris ingin
memperkatakan sesuatu. Ainul hanya menunduk, tidak mahu memandang
Harris, dia bingung.
“ Ainul Mardhiah, saya ada sesuatu nak cakap dengan awak. Sebenarnya,
saya suka awak sejak pertama kali saya nampak awak sebelas tahun yang
lalu.” Harris memulakan bicaranya.
Ainul Mardhiah terkesima. Matanya terus memandang Firdaus. Sebelas tahun??
Share this novel