BAB 4

Drama Completed 350

“ Okey. Saya dah ingat rasanya. Kalau saya tak silap, kawan-kawan awak
panggil dia Ris kan. Dia kawan Firdaus yang pengawas tu?”

“ Yup. Itu lah Harris Syazwan. Dia ada cerita pada kami pasal awak. Awak
tinggi, pengawas, suara serak-serak basah sikit, dan awak peramah, pakai
cermin mata. Ni saya pasti awak sebab saya dah ternampak nama awak kat
buku pendaftaran depan tu.” Kata Azra Hidayah sambil jarinya menunding
ke arah buku pendaftaran masuk yang berada di kaunter depan perpustakaan.

Ainul Mardhiah membalas dengan senyuman. Bercampur baur perasaannya, dia
tidak sangka cerita tentangnya sudah tersebar. Sudahlah tu, dia ada
ramai teman yang bersekolah di situ. Masaklah dia dibahan nanti oleh
ahli keluarganya yang bersekolah disitu nanti.

“ Masaklah aku kalau dia tahu, nak goreng apa nanti. Hish.” Ngomel
Mardhiah perlahan.

“ Awak cakap apa tadi?” Soal Azra.

“ Owh, tak ada apa. Ada nyamuk kat bahu saya ni ha, tu yang saya marah
nyamuk ni tadi.” Jawab Mardhiah yang berpura-pura menepuk bahunya
kononnya digigit nyamuk.

Azra Hidayah hanya ketawa, sebenarnya dia jelas setiap apa yang
diperkatakan oleh gadis yang diminati oleh sahabat baiknya itu. Betullah
apa yang diperkatakan oleh Harris, gadis ini memang comel.

“ Tak apa lah awak, saya kena pergi ni. Kawan-kawan saya tunggu. Saya
bagi awak nombor telefon saya, kalau saya nak nombor telefon awak boleh?”

Azra menghulurkan sekeping kertas kecil yang tertulis sebaris nombor
beserta tertera namanya sekali. Tugasnya telah selesai. Mardhiah terdiam
berfikir, wajarkah dia memberikan nombor telefonnya kepada gadis comel
dan petah berbicara itu yang baru sahaja dikenali itu.

“ Baiklah, saya boleh beri pada awak. Tapi janji pada saya, jangan beri
nombor telefon saya pada orang lain. Boleh?” Pinta Ainul Mardhiah.

“ InsyaAllah. Saya pergi dulu ya. Assalamualaikum.”

Azra memberi salam dan melemparkan senyuman yang menampakkan barisan
giginya yang putih sebaik sahaja Mardhiah menghulurkan nombor telefonnya
dan Azra berlalu pergi. Ainul Mardiah menjawab salam perlahan. Azra
terus melangkah laju ke tingkat dua perpustakaan itu. Sekumpulan pelajar
sedang menantinya di meja belajar yang agak besar dan boleh memuatkan
lapan orang.

“ Macam mana Azra? Dapat tak?” Soal seorang gadis yang bernama Suhaila
sebaik sahaja Azra melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan gadis
bertudung labuh itu.

“ Alhamdulillah, dapat. Tapi masalahnya, aku dah janji dengan dia yang
aku tak kan bagi nombor dia pada orang lain, dia tak bagi.” Jawab Azra
sugul.

“ Tak apa, kau saja la yang berhubung dengan dia. Kita tengok apa respon
dia. Relax tau Ris. Steady la bro.” Kata Firdaus memberikan semangat
sambil menepuk-nepuk bahu sahabat baiknya itu.

Harris Syazwan melemparkan senyuman manisnya. Senyumannya itulah yang
membuatkan ramai pelajar perempuan di SMK Tunku Badrulshah meminatinya.
Paras rupanya yang kacak, hidung yang mancung, berkulit putih,
ketinggian ideal dan berbadan sasa seperti atlet. Harris juga merupakan
pelajar terbaik di sekolah serta sering mewakili sekolahnya untuk
aktiviti yang mencabar minda seperti pertandingan catur dan perbahasan.
Dia bersyukur kerana mendapat sekumpulan sahabat baik yang memahaminya
dan tidak pernah mengambil kesempatan di atas kelebihannya. Namun
begitu, sebaik sahaja berita mengenai minatnya terhadap pelajar dari SM
Convent iaitu Ainul Mardhiah tersebar, ramai yang patah hati. Kesian...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience