BAB 7

Drama Completed 350

Sewaktu didalam kereta Audi milik Harris, Ainul Mardhiah langsung tidak
melayan tunangnya itu dan dia memilih untuk berdiam diri. Eman pula yang
akhirnya melayan tunang kakaknya yang baik itu.

“ Assalamualaikum. Nama saya Harris. Tapi boleh panggil saya Is.” Harris
memperkenalkan diri.

“ Walaikumsalam.” Ainul Mardhiah menjawab dengan begitu ringkas.

Ainul Mardhiah langsung tidak memberi perhatian terhadap apa yang
diperkatakan oleh Harris. Dia hanya memandang jalan dengan pandangan
yang kosong. Dan dia langsung tidak tahu nama sebenar tunangnya itu yang
bakal dinikahinya beberapa bulan sahaja lagi, dan dia tidak berminat
untuk mengetahuinya.

“ Safiyah dengan Eman kan? Boleh panggil abang, Abang Is.” Kata Harris
sambil memandang dua remaja itu dengan pandangan yang mesra.

“ Ok Abang Is.” Jawab Safiyah dan Eman spontan.

Mereka pura-pura tidak rapat dengan Harris dengan harapan Ainul Mardhiah
tidak dapat menghidu ‘Super Plan’ mereka. Mereka berjalan-jalan di
sekitar Bandar Hilir dan kemudian pergi ke Dataran Pahlawan. Ainul
Mardhiah tetap membuat muka seposennya.

“ Awak memang suka buat muka seposen ya? Saya suka. Comel. Macam papan
catur.”

Kata-kata Harris membuatkan Ainul Mardhiah terkesima. Berkerut muka
comel Ainul Mardhiah yang kuning langsat itu. Dia kelihatan cantik pada
hari itu dengan kepalanya dililiti selendang bewarna biru cair,
berkemeja bunga putih dan merah jambu dipadankan dengan kain panjang
dari rona yang sama.

“ Betul ke tak otak si tunang aku ni? Muka macam ni dia kata comel?
Papan catur? Dia fikir kepala aku kotak-kotak ke apa? Sewel agaknya otak
dia tu. Macam mana la dia boleh bawak kapal terbang dengan otak macam
tu. Habis terhempas.” Ngomel Ainul Mardhiah di dalam hati.

“ Awak memang tak nak bercakap dengan saya ke?” Soal Harris apabila dia
lihat tiada respon daripada tunangnya yang manis itu.

“ Perlu ke?” Soal Ainul Mardhiah.

“ Perlu. Awak kan dah setuju nak kahwin dengan saya.” Jawab Harris
sambil tersenyum.

“ Siapa kata?”

“ Saya dapat mesej pesanan ringkas daripada awak. Dalam tu tertulis yang
awak sudi bertunang dan bernikah dengan saya. Nampak sangat awak suka
saya tapi awak malu-malu. Kan? Hahahah.” Jawab Harris lalu menunjukkan
mesej pesanan ringkas itu kepada Ainul Mardhiah.

Berubah terus muka Ainul Mardhiah, merah pipinya menahan malu. Dia terus
memalingkan mukanya ke arah Safiyah dan Eman. Pasti ini kerja dua remaja
itu. Ainul Mardhiah dapat mengenal pasti jenis ayat dalam mesej pesanan
ringkas itu. Sememangnya cara Safiyah membina ayat. Lengkap dan tiada
kesilapan tatabahasa. Berbanding dengan Eman yang kadangkala sering
menggunakan ringkasan. Safiyah terus menutup mukanya dengan dua belah
tapak tangan kerana bimbang pipinya dicubit rakus oleh pensyarahnya,
Eman pula terus berlari menjauhkan diri daripada kakaknya yang garang.
Ainul Mardhiah tidak mampu berbuat apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience