BAB 2

Drama Completed 350

Pada malam itu, Ainul Mardhiah dikejutkan dengan khabar yang langsung
tidak pernah dijangkakan olehnya. Ainul Mardhiah dipinang oleh seorang
pemuda yang bekerja sebagai juruterbang di sebuah syarikat penerbangan
yang terbesar di Malaysia iaitu Wisperfly Airlines. Ainul Mardhiah
sendiri tidak mengenali lelaki yang meminangnya.

Pada hujung minggu, keluarga Mardhiah mengadakan sedikit jamuan makan
dan ahli keluarga tunangnya yang bernama Harris turut dijemput. Ainul
Mardhiah melayan keluarga Harris dengan begitu baik sekali kerana dia
sedar itu merupakan adab untuk melayan tetamu yang telah digariskan di
dalam agama Islam. Namun begitu, Ainul Mardhiah langsung tidak melayan
Harris meskipun memandangnya. Hatinya masih belum terbuka untuk semua
ini. Terlalu awal baginya. Dan kenapa dia yang perlu berkahwin dengan
anak kepada sahabat ibunya itu? Perlu ke?

Sementara Safiyah, Ainul Mardhiah dan Puan Kamariah iaitu ibu Mardhiah
dan Puan Haslina iaitu ibu Harris mengemas makanan, bapa Mardhiah dan
bapa Harris berbual di ruang tamu. Di kedinginan malam, Eman menapak ke
luar rumah. Dia perlu mencari ketenangan untuk mengisi ruang dalam
jiwanya dan mengambil peluang untuk menikmati kesegaran tanah tempat
kelahirannya sebelum dia pulang ke luar negara untuk menghabiskan
semester terakhirnya. Harris menyertai anak muda itu menghirup udara
segar di perkarangan rumah.

“ Abang Is, baru ni la kita dapat berbual. Masa abang tunang dengan Kak
Mar, Eman tak sempat berbual dengan Abang. Sibuk tolong Safi dekat
dapur.” Eman memulakan bicara sambil berjalan ke arah wakaf yang dibina
di hadapan rumahnya.

“ Tu la, abang perasan juga. Ni abang nak tanya, do you know how to play
chess?” soal Harris kepada bakal adik iparnya itu. Ada sebab mengapa
Harris bertanyakan soalan sebegitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience