BAB 10

Drama Completed 350

Beberapa bulan yang lalu, kejadian menakutkan pernah berlaku kepada
Ainul Mardhiah. Fareez, Meor, Che Syazwan dan Hafiz pernah memaksanya
makan cendol dan Mardhiah mengambil masa lebih setengah jam untuk
menghabiskan semangkuk kecil cendol.

“ Cik Ainul Mardhiah, macam ni. Kalau awak tak habiskan cendol ni dalam
masa sepuluh minit, kita nikah esok .” Ujar Harris dengan wajah serius.

Terkejut, terbeliak mata Mardhiah mendengar kata-kata tunangnya itu.
Nikah esok? Tak sanggup!

Mardhiah menyuapkan sesudu cendol dengan hati yang begitu keberatan.
Merah mukanya dan hampir mengalir air matanya tidak sanggup menelan
makanan yang pelik itu. Loya! Sejak kecil dia memang tidak menggemarinya
kerana dia mempunyai sejarah lampau dengan makanan itu, sengaja
dirahsiakan daripada pengetahuan sesiapa. Berkerut seribu muka Ainul
Mardhiah, sedaya upaya menelan sesudu cendol itu untuk mengelakkan dari
dinikahi esok.

“ Dah la tu, saya bergurau je. Kenapa awak serius sangat makan. Takut
sangat ke bila kena nikah dengan saya esok. Ishhh. Pakcik, ais kacang
satu.” Kata Harris dengan senyuman lalu memesan makanan yang lain untuk
tunang yang disayanginya.

“ Saya tak takut pun lah.” Balas Mardhiah geram.

Sakit hati Ainul Mardhiah kerana diusik oleh Harris Syazwan, mencuka
wajahnya. Terburai ketawa Eman dan Safiyah melihat Mardhiah diusik
sebegitu. Mereka pulang dengan hati yang gembira kecuali Ainul Mardhiah.
Dia perasan sesuatu pada Harris, lelaki itu melayannya dengan begitu
baik. Tapi kenapa? Ada agenda ke?

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Safiyah telah kembali ke pusat
pengajian bersama dengan pensyarah mudanya itu, Eman juga telah kembali
ke Ireland untuk menyambung kursus perubatannya.

“ Miss, kenapa saya tengok macam Miss susah sangat nak terima Abang Is
sebagai tunang ?” Soal Safiyah sambil menyiapkan kuiz ekonominya di
kerusi kayu berhampiran pejabat Ainul Mardhiah.

“ Kalau awak, balik kampung tiba-tiba dipaksa tunang dengan orang yang
awak tak tahu siapa, tak kenal. Awak nak?” Soal Ainul Mardhiah kembali.

“ Macam ni la Miss. Saya ada pantun untuk Miss.”

Masak ikan kari tak ada rasa,

Tercampur pula buah payang,

Walaupun nikah kerana dipaksa,

Akhirnya nanti terukirlah cinta dan sayang.

“ Saya faham. Tapi saya perlukan masa untuk kenal dia. Bukan main terus
tunang macam tu saja.” Jawab Mardhiah kembali.

“ Ada hikmah di sebalik segala yang berlaku. Mana tahu, tiba-tiba Miss
jatuh hati cinta dan sayang pulak pada Encik Tunang miss tu. So lovely.
Hahahah.” Usik Safiyah nakal lalu mencuit pinggang pensyarah muda itu.

“ Dah, tak payah usik saya. Jumaat ini petang lepas kerja saya nak balik
kampung, awak ikut tau. Minggu lepas awak dah balik rumah family awak
kan. Minggu ni teman saya okey?” Ainul Mardhiah menukar topiknya.

“ Yes, Boss. Tapi nanti saya tanya family saya dulu.” Jawab Safiyah
sambil tersenyum seribu makna.

Otak Safiyah ligat memikirkan idea bagi Super Plan yang telah dirancang
bersama Abang Harris dan Eman. Bagus juga jika dia mengikut pensyarah
muda itu pulang. Perancangan kedua boleh diteruskan, namu begitu
disebabkan Eman masih di Ireland maka kali ini Safiyah perlu
melaksanakannya berseorangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience