“ Apa bising-bising ni? Mardhiah, pengantin lelaki dah sampai. Eman,
Safiyah bawak Kak Mardhiah kamu ke depan.” Arah ibu saudara Ainul Mardhiah.
Ainul Mardhiah sudah tidak kuat untuk menempuhi semua ini. Sepanjang
langkahnya dipenuhi dengan zikrullah, dia benar-benar perlukan sesuatu
untuk menyokong jiwanya. Hanya Allah S.W.T sahajalah tempat dia mengadu
duka laranya ketika ini.
“ Semua dah sedia?” Soal Tok Kadi sebaik sahaja semuanya tiba di ruang
tamu kediaman pengantin perempuan.
Tok Kadi meghulurkan salam dan disambut oleh Harris dengan hati yang
tidak menentu. Kadi memulakan tugasnya.
“ Harris Syazwan Bin Hasrul, aku nikah akan dikau dengan...”
“ Sekejap Tok. Semua ni tak betul. Sekejap.. Maafkan saya..”
Tiba-tiba Harris bangun. Gempar hadirin yang hadir melihat perlakuan
Harris. Apa yang tak betul? Keluarga kedua belah pihak terdiam. Firdaus
segera pergi ke arah sahabat karibnya itu.
“ Kenapa ni Harris?” Soal Firdaus lalu memegang lengan sasa Harris.
“ Daus, semua ni tak betul. Aku tak boleh kahwin dengan Ainul Mardhiah.”
“ Apa kau merepek ni? Kau jangan buat keputusan tak tentu hala boleh
tak?” Firdaus sudah mula geram.
“ Aku nampak semuanya, Daus.” Bentak Harris pula yang seperti sudah mula
hilang pertimbangan.
“ Kau cakap dengan aku apa yang kau nampak.” Firdaus seperti sudah dapat
menangkap maksud Harris.
“ Aku nampak kau dengan Ainul Mardiah di airport, aku nampak kau peluk
dia. Ada kasih sayang antara kau berdua. Kau sayang dia. Tak kan aku nak
kahwin dengan kekasih kau? Aku tak sekejam tu Daus.” Jawab Harris
menahan sebak.
Harris terduduk, dia sudah tidak cukup kuat untuk menempuhi ujian
seberat itu. Mengalir air matanya di hadapan semua yang hadir. Dia sudah
tidak mampu membendung tangisan itu lagi. Gadis yang selama ini
dinantikannya rupanya sudah dimilik oleh sahabat baiknya sendiri. Ainul
Mardhiah terkesima. Dia bingung akan kaitan Firdaus dan Harris. Firdaus
tersenyum dan ketawa kecil lalu membangunkan Harris.
“ Harris. Kau kata apa tadi? Ada kasih sayang antara kami berdua? Memang
betul. Aku tak nafikan.” Ujar Firdaus kepada sahabatnya.
“ Jadi kenapa perlu kau serahkan dia pada aku kalau kau betul sayang kat
dia?” Soal Harris kembali.
“ Bila tiba masanya, aku memang tetap akan serahkan Ainul Mardhiah pada
yang layak memliki dia.” Jawab Firdaus kembali lalu menepuk-nepuk bahu
Harris.
“ Apa maksud kau ni? Kau jangan la bergurau dalam hal ni.”
Harris Syazwan menjadi semakin keliru melihat perlakuan Firdaus yang
makin galak mengetawakannya.
“ Harris, aku tanya kau. Nama penuh aku siapa?” Soal Firdaus sambil
menaikkan sebelah keningnya.
“ Kenapa kau tanya aku soalan macam ni? Nama kau Firdaus la. Afnan
Firdaus Bin Shamsuddin. Eh, sekejap....”
Harris Syazwan perasan ada sesuatu pelik di situ. Shamsuddin? Kenapa
macam sama dengan...
Share this novel