Kesemua mereka hanya ketawa melihat gelagat dua sahabat yang sudah lama
tidak bertemu sejak Eric dan Amanda berpindah ke Kanada. Tetiba gelora
yang melanda hati Harris sudah tidak dapat dibendung lagi. Harris
menutup mata dan terus menarik Eric ke dalam pelukannya.
“ What’s wrong buddy? Really miss me or you have something that
bothering your mind? Just tell me. Man to man.” soal Eric risau sambil
menepuk-nepuk perlahan belakang Harris.
“ I just need a strength. Something bad happend recently and I can’t
focus on what I’m going to do.” Jawab Harris berbisik di telinga Eric,
suaranya sedikit serak.
“ Be strong my dear friend. Your God is always by your side. Pray to Him.”
Walaupun berlainan agama, Eric sentiasa menghormati pegangan sahabatnya
itu. Eric tetap memberikan semangat kepada Harris walaupun mereka hanya
berbisik sesama mereka. Harris meleraikan pelukan mereka lalu tersenyum
berterima kasih.
“ What wrong? Chill la Harris.” Azra pula tampil ke hadapan.
“ Daus.” Panggil Harris.
“ Yes?”
“ Tak ada apa. Saja je panggil. Handsome kau hari ni dengan baju melayu.
Sama macam.... hmm, tak ada apa lah. Do you have something on your mind
that you want to tell me?”
Harris menyoal Firdaus dengan harapan jejaka itu akan memberitahunya
sesuatu perkara penting yang perlu diketahuinya sebelum menikahi Ainul
Mardhiah.
“ Nope.” Jawab Firdaus sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Harris hanya mampu tersenyum menahan perasaan. Mereka berpaling dan
melangkah ke dalam kediaman keluarga Ainul Mardhiah yang telah dihias
indah untuk menyambut kedatangan bakal menantu. Keluarga Harris sedondon
bertemakan warna biru cair manakala keluarga Mardhiah bertemakan warna
merah peach lembut. Ainul Mardhiah berterusan mendiamkan diri. Safiyah
baru sahaja tiba dari lapangan terbang, menjemput Eman Affifuddin yang
pulang dari Ireland. Ainul Mardhiah pantas memeluk dan menangis di dalam
dakapan Safiyah sebaik sahaja gadis itu melangkah masuk ke dalam kamar
pensyarahnya. Safiyah hanya mampu memeluk erat dan memberikan semangat.
Seperti kebiasaannya, Eman hanya mampu diam kerana tidak tahu ingin
memberikan reaksi apa terhadap perbuatan kakaknya.
“ Kak, why do you refuse to marry him? He is quite nice guys and he
treat me like his own brother. What do you really want in your life?
Don’t you want to be happy?” Soal Eman yang sudah mula runsing melihat
kakaknya.
“ Yes, for sure I want to be happy, but with the one that i love and not
with the strangers. Hati akak dah dicuri pengawas tu sejak dulu lagi.
Pengawas yang datang untuk pertandingan chess, tapi akak sedar. Lepas
sepuluh tahun akak tunggu dia, dia tak muncul-muncul. Akak mula redha,
mungkin dia bukan jodoh akak. Mungkin Allah dah takdirkan yang hati akak
akan dimiliki dan disayangi orang lain. Tapi bukan macam ni caranya,
tiba-tiba masuk meminang. Buat macam dah lama kenal akak.
Dipercepatkannya tarikh nikah. Susah akak nak terima semua ni. Adik tak
faham.” Jawab Ainul Mardhiah sambil menangis teresak-esak.
Pintu bilik dibuka..
Share this novel