BAB 7

Romance Completed 10548

“Oit, pengantin baru! Tengah mengelamun ke?”

Mia tersentak. Terhinjut sedikit bahunya apabila disergah oleh Nia. Nia dihadapannya hanya tersengih-sengih.

“Apa Nia ni!” Mia menjeling tajam adiknya itu.

“Apanya? Dah dekat 5 minit Nia masuk bilik akak ni tapi akak tak sedar langsung pun. Asyik mengelamun je. Ni kalau papa tahu akak tengah mengelamun di pejabat, mesti kena marah.” Nia bersandar selesa pada kerusi.

“Suka hati akak la nak mengelamun waktu kerja ke waktu kat tandas ke, Nia peduli apa?” Mia kembali menyemak dokumen yang berlambak di atas mejanya. Seminggu bercuti kahwin membuatkan tugasannya menimbun. Itupun Haziq dah bising sebab dia ambil cuti hanya selama seminggu.

“Akak mengelamun pasal abang Haziq, eh?” Nia sudah menjongketkan keningnya beberapa kali. Tampak nakal sungguh.

“Mana ada!” pantas Mia menafikan. Tetapi memang dia mengelamun pasal Haziq pun tadi.

“Ek eleh! Malu pulak nak mengaku.” Nia mencebik.

“Dah dah dah! Nia buat apa kat sini?”

“Ala, janganlah marah.”

“Akak banyak kerja ni, Nia. Dah la akak tengah lapar ni. Kalau tak nak kena marah, lebih baik jangan kacau akak. Pergi kacau big bos a.k.a. papa di atas. Sekarang ni akak tengok Nia macam laksa dah.” Sememangnya dia tengah lapar ni. Dia sudah merancang ingin makan laksa sebentar lagi selepas menyemak beberapa dokumen.

Nia sudah tersenyum. Senyuman yang penuh maksud tersirat. Wajah itu juga tampak nakal. Mia tidak mempedulikan adiknya itu. Entah apa sajalah adiknya tengah fikir.

“Nia cuma nak hantar pesanan daripada seseorang,’ ujar Nia sambil tersengih-sengih.

Sejurus itu Nia meletakkan sebungkus makanan di atas meja dan terus berlalu pergi. Mia mencapai bungkusan itu dan ternyata di dalamnya ada laksa! Mia mecapai sekeping kertas kecil yang dilekat di atas bungkusan tersebut.

‘Abang pun tak tahu kenapa abang tergerak hati untuk belikan laksa buat sayang hari ni. Maybe sayang memang tengah mengidam nak makan laksa kut? Hehe btw, I hope you enjoy your laksa, okey sayang? See you soon at home, dear.’

Lots of love and big hug from,

Your handsome husband ??

Mia terkebil-kebil. Macam mana lelaki ni tau aku kepingin nak makan laksa hari ni? Dia stalk aku ke hari ni? Rasanya tak la. Dia kata hari ni dia nak masuk court hampir sepanjang hari. Tetapi seketika kemudian, Mia tersenyum.

“Mr. Stalker… you can stalk my heart too, huh?”

Pantas saja dia membuka bungkusan tersebut dan mula menjamah laksa yang dibelikan oleh Haziq itu dengan senyuman. Hmm… sedap!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience