BAB 6

Romance Completed 10548

“Sayang tengah tengok cerita apa ni?” soal Haziq sambil mengambil tempat duduk di sisi isterinya itu. Rapat!

“Hmm… High school musical,” jawab Mia acuh tak acuh. Matanya difokuskan sepenuhnya pada skrin tv.

“Tak sangka pulak sayang minat cerita ni?” Haziq menghirup air nescafe yang dibancuhnya sebentar tadi. Ingin saja dia mengajak Mia keluar berjalan-jalan tetapi Mia tidak mahu dengan alasan hari mahu hujan. Sememangnya keadaan di luar sudah mendung. Sebenarnya dia ingin berbulan madu dengan Mia tetapi isterinya itu tidak mahu. Siap ugut nak lari dari rumah pulak tu.

“Mestilah minat. Ada Zac Efron!” ujar Mia dengan bersemangat. Sememangnya dia meminati Zac Efron. Hot stuff, okey!

Haziq menggigit bibir. Berseri-seri terus wajah dia apabila bercakap pasal Zac Efron. Aik! Tak boleh jadi ni! Ini boleh mendatangkan cemburu!

“Dah dah dah! Tukar siaran. Abang tak nak tengok cerita ni.” Haziq sudah memeluk tubuh. Wajahnya juga sudah bertukar ketat semacam.

“Kenapa pulak? Saya tak nak! Saya nak tengok Zac Efron.”

Haziq menjadi bengang. Apesal pulak si Zac Efron ni dapat perhatian daripada isterinya. Aku macam mana? Arghhhh! Tak boleh tak boleh!

Mia menoleh memandang wajah Haziq disebelah. Mak ai! Merah dan masam je muka maskulin tu. Ini kes jeles ke? Terbit senyum di hujung bibir Mia. Tiba-tiba timbul idea nakal di benak.

“Awak nak tahu tak, setiap kali saya tengok mata Zac Efron ni, saya cair tau! Fuh! Mata dia tu mengancam kalbu betul.”

Berasap telinga Haziq. Jelingan maut dilemparkan kepada Mia. Suhu cemburunya semakin meningkat. Mia pulak menahan ketawa. Lucu apabila melihat wajah Haziq yang semakin merah.

“Ouch! Dia senyum la. He is so hot!” Mia semakin galak mengusik. Seronok juga tengok lelaki cemburu.

Haziq dah tak tahan dah. Dengan rasa cemburu yang menguasai diri, dia berdiri dan bergerak ke arah televisyen. Pantas saja skrin tv menjadi gelap.

“Haziq! On balik tv tu!” Mia sudah bercekak pinggang tetapi tidak semena-mena dia ditarik oleh Haziq. Tanpa persediaan, Mia terjatuh ke dalam dakapan Haziq. Terbeliak matanya.

“Sayang cair dengan dia ya? Now, let me show you how I will melt you down.”

“Haziq!” Mia terkejut. Kini dia sudah basah. Ini kerana lelaki itu menariknya kebelakang rumah dan kini mereka sedang mandi hujan.

Haziq sudah tergelak apabila melihat wajah cemberut Mia. Isterinya itu sudah memeluk tubuh sambil menjeling tajam ke arahnya.

“Awak ni kenapa tiba-tiba nak mandi hujan? Huh! Macam budak-budak. Kalau nak mandi hujan pun mandi la sendiri. Yang awak tarik saya sekali kenapa?” Baru saja dia ingin melangkah, Haziq menahan. Lelaki itu mendepangkan tangan untuk menghalang Mia daripada berlalu masuk ke dalam rumah.

“Firstly, abang nak mandi hujan sebab abang nak sejukkan hati yang tengah panas. Panas sebab cemburu dengan si Zac Efron tu. Huh! Abang lagi hensem daripada dia.” Haziq mencebik.

Mia menjongket kening sambil tersenyum herot.

“Secondly, kita sedang mandi hujan sebab abang nak buat sesuatu. Something that will melt you.” Ujar Haziq sebelum mengenyitkan mata.

Mia tergelak penuh sinis. Menganggap remeh dengan kata-kata Haziq. Tetapi tiba-tiba Haziq menghulurkan tangan kanannya. Mia sudah mengerutkan dahi.

“Can I have this dance?”

Mia sudah terlopong. Dia nak buat ala-ala High School Musical 3 tu ke? Menari dan menyanyi di atas bumbung sekolah. Tetapi mereka pulak di belakang rumah.

Take my hand.

Haziq menarik tangan Mia.

Take a breath.

Tanpa sedar Mia menarik nafas dalam.

Pull me close and take one step.

Haziq merapatkan kedudukan tubuh mereka. Kini, sebelah tangan mereka saling bersulam. Sebelah tangannya pulak berada di bahu Haziq. Sebelah tangan Haziq pulak berada di pinggangnya.

Keep your eyes locked on mine

And let the music be your guide

Mia sudah asyik dengan renungan mata Haziq. Tanpa sedar dia mula mengikut gerak langkah kaki Haziq dan mereka mula menari dalam hujan.

Won’t you promise me?

Now won’t you promise me,

That you’ll never forget

We’ll keep dancing

To keep dancing

Wherever we go next

It’s like catching lightning, the chances of finding

Someone like you

It’s one in a million, the chances of feeling

The way we do

And with every step together

We just keep on getting better

So can I have this dance?

Can I have this dance?

Can I have this dance?

Take my hand, I’ll take the lead

And every turn will be safe with me

Don’t be afraid, afraid to fall

You know I’ll catch you through it all

And you can’t keep us apart

Even a thousand miles can’t keep us apart

Cause my heart is wherever you are

It’s like catching lightning, the chances of finding

Someone like you

It’s one in a million, the chances of feeling

The way we do

And with every step together

We just keep on getting better

So can I have this dance?

Can I have this dance?

Can I have this dance?

Oh! Mia dah cair! Cair dengan Haziq!

Eh, kejap! Macam mana Haziq boleh tahu lagu ni?

“Awak, macam mana awak boleh hafal lagu ni?” soal Mia.

Haziq tersenyum. Tangan yang memeluk pinggang Mia semakin dieratkan sebelum bibirnya dekat pada telinga Mia.

“Sebenarnya saya minat kat Vannesa Hudgen.”

Mia sudah terbuntang. Tetapi belum sempat dia ingin memprotes, Haziq terlebih dahulu berkata.

“Tapi tu dulu. Sekarang ni abang hanya minat dan cintakan sayang. You are my one and only.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience