BAB 5

Romance Completed 10548

“Turun tangga pun kena pimpin tangan ke?” Mia mencebik. Haziq pulak tertawa kecil. Sempat lagi dia mengucup tangan isterinya sebelum meneruskan langkah menuruni tangga. Mia sudah terbuntang. Eeee! Miang keladi betul la lelaki ni.

Sebaik saja tiba di dapur, mata Mia membulat.

“Tadaaa! Breakfast with love for my wife. Suka tak?” Haziq menarikkan kerusi untuk Mia. Aiseh! Nak jadi gentleman la pulak suaminya ini. Mahu atau tidak, Mia duduk di atas kerusi yang ditarik. Dah terpaksa sebab lelaki itu menarik tangannya.

“Sayang suka tak?” soal Haziq lagi.

“Awak nak buat kenduri ke apa? Apesal banyak sangat? Siapa yang nak habiskan semua ni?” geram Mia dibuatnya. Meja yang boleh memuatkan 8 orang itu hampir separuh penuh dengan aneka hidangan. Ada kuih bermacam jenis, mi goreng, nasi goreng, nasi lemak dan nasi kuning! Fuh! Ini bukan mahu mengenyangkan tapi mahu membunuh.

“Sayang la yang makan. Biar berisi sikit. Selesa sikit nak peluk,” ujar Haziq sambil tersenyum nakal.

Mia melemparkan jelingan maut. Ulat bulu!

“Meh abang sendukkan. Sayang nak makan apa? Nak nasi lemak ke? Abang tahu nasi lemak ni favourite sayang. Dia punya lauk pun lauk sotong. Abang tahu sayang lebih prefer sotong kan? Hmm… tapi mi goreng pun ada ni. Abang beli dari gerai Pak Cik Din. Abang tahu sayang suka makanan daripada gerai Pak Cik Din bukan? Selalu saja sayang breakfast atau lunch di sana. Kalau sibuk sangat pun, sayang akan cari masa untuk beli makanan di sana.”

Mia sudah memandang wajah Haziq tanpa berkelip.

“Hah! Ni abang ada beli kuih karipap. Inti dia kari ayam. Abang tahu sayang tak suka inti ubi tapi suka inti kari. Abang beli tak jauh daripada gerai Pak Cik Din. Donut pun ada ni. I know that every lunch time sayang akan suruh setiausaha sayang belikan donut daripada kafetaria kan? So, tadi pagi abang pergi sana. Nasib baik kafetaria tu buka walaupun hari ni hari Ahad. Tapi sebenarnya, abang dah pesan awal-awal dah. Abang tempah donut ni semalam. Eh! Kenapa sayang tak makan lagi? Sayang nak makan yang lain ke? Yalah! Abang lupa beli laksa! Sayang suka makan laksa kan? Takpe, abang beli tengah hari ni ya? Sayang? Sayang? Kenapa tengok muka abang macam tu?”

“Muhammad Haziq Zikri… Awak ni memang Mr. Stalker kan?” Sungguh Mia tidak sangka Haziq tahu semua tentang makanan kegemarannya. Entah mengapa hatinya terharu dan tersentuh. Lelaki tu bersungguh-sungguh ingin memenangi hatinya.

Haziq hanya tersenyum.

“I know everything about you. Abang tertarik dengan semua apa yang sayang lakukan. Abang tak kisah kalau sayang gelar abang Mr. Stalker sebab abang memang stalker sayang selama hampir setahun. Tapi abang lebih suka gelar diri abang ni sebagai bayang-bayang.”

Mia hanya diam memberi laluan kepada Haziq untuk menyudahkan kata-kata.

“Abang adalah bayang-bayang sayang. I’m your shadow. Wherever you go and whenever you need me, I will always there for you.”

Mia sekali lagi terperangkap dalam renungan redup Haziq. Lelaki itu juga sekali lagi telah berjaya membuatkan dia terkelu lidah tanpa bicara. Dan lelaki yang bergelar suami ini juga telah berjaya mengetuk pintu hatinya. Tapi… patutkah dia membuka pintu hatinya yang selama ini telah dikunci rapat? Patutkah dia memberi peluang kepada Haziq sedangkan hatinya punya parut yang mungkin akan berdarah bila-bila masa sahaja?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience