BAB 11

Romance Completed 10548

Mia membelai lembut kepala Haziq yang botak berada di pangkuannya. Mia tersenyum. Sungguh manja suaminya ini. Haziq sedari tadi tengah berceloteh entah apa saja. Dia hanya mendengar dan hanya sesekali menyampuk.

“Sayang! Sayang dengar tak apa yang abang cakap ni? Ni mesti mengelamun. Nak merajuklah kalau macam ni!” Haziq menyilangkan tangan pada dada dengan wajah yang masam dan mulut yang sudah muncung sedepa. Dah macam mulut itik.

Mia tergelak. Alahai, suami! Merajuk pulak dah. Memang makin hari makin manja.

“Ala, janganlah merajuk.” Mia mengucup lembut dahi, hidung dan kedua-dua belah pipi Haziq. Pantas saja rajuk lelaki itu hilang dan kini sudah tersenyum nakal. Hmm… memang senang je nak pujuk suaminya ini.

“Kat sini tak nak kiss ke?” Haziq menunjuk ke arah mulutnya. Mia membuntangkan mata membuatkan Haziq tergelak.

“Sayang? Sayang okey ke ni?” soal Haziq apabila melihat perubahan pada wajah isterinya.

“Tak sangka kan, abang. Dah enam bulan berlalu.” Mia menunduk cuba ingin menyembunyikan wajahnya yang jelas bertukar suram.

Enam bulan. Itulah tempoh yang diberikan oleh doktor. 6Enambulan ialah tempoh hayat Haziq. Sememangnya penyakit suaminya itu tidak boleh diubati. Pada mulanya, dia langsung tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Kenyataan bahawa suaminya akan meninggalkannya selepas enam bulan. Tetapi kemudian dia sedar. Ini semua adalah ujian Allah. Daripada dia menangis dan meratapi nasib, dia harus mencipta memori bersama Haziq. Memori yang akan dia ingat selama-lamanya. Memori indah mereka berdua.

“Sayang… abang bersyukur sangat sebab Allah berikan enam bulan ni kepada abang. Sempat jugaklah abang tengok sayang marah dan merajuk dalam tempoh enam bulan ni.”

Mia mencebik sambil memukul dada lelaki itu. Memang sepanjang enam bulan ini, Haziq selalu saja menyakatnya. Tak padan dengan sakit.

“Sayang… abang bersyukur sangat sebab dapat berjumpa dengan bidadari abang ni. Pertama kali abang tengok sayang di gerai Pak Cik Din hari tu, abang dah tak dapat nak larikan mata abang daripada sayang. Saat sayang maafkan abang sebab terlanggar sayang sehinggakan tertumpah laksa yang masih panas tu ke atas sayang, abang dah jatuh cinta dengan sayang. Dan jujur abang katakan, abang tak menyesal stalk sayang walaupun kadangkala abang terpaksa ponteng kerja.” Haziq tergelak kecil. Mia pulak tersenyum tetapi air mata sudah mula bergenang di tubir mata.

“Setiap kali mata ini memandang wajah sayang, setiap kali itu juga bibir ini mengoyak senyum. Sampaikan abang terfikir, sayang ni ada magnet senyuman ke sebab setiap kali tengok sayang, abang mesti nak senyum. Abang sanggup buat kerja gila dengan mengekori sayang ke mana saja. Kerja paling gila bila abang sanggup tunggu sayang di luar tandas di shoping mall hari tu.”

“Sayang… abang tak nak minta maaf tau. Abang tak nak minta maaf sebab paksa sayang kahwin dengan abang.”

Mia memukul dada suaminya itu. Tengok tu! Nak menyakat lagi. Haziq tergelak kecil.

“Serius ni. Abang tak nak minta maaf sebab perkahwinan kita adalah perkara yang terindah dalam hidup abang. Perkara yang paling membahagiakan bagi abang apabila abang bangun dan orang pertama yang abang lihat ialah sayang. Your smile, your laugh and everything about you tak akan pernah hilang dari kotak memori abang.”

Setitis air mata sudah pun mengalir di pipi. Mia menyekanya pantas. Dia sudah berjanji untuk tidak menangis di hadapan Haziq.

“Sayang… terima kasih sebab sudi mencipta memori terindah dan terakhir selama enam bulan ni. Tempoh enam bulan ni amat menggembirakan dan membahagiakan abang.” Haziq mengusap pipi isterinya dengan penuh kasih. Dia tahu Mia tengah menahan tangisan.

“Abang, I love you. Mia cintakan abang dan tempoh enam bulan ini adalah tempoh yang terindah dalam hidup Mia jugak. Bersama dengan abang adalah perkara yang tak akan pernah Mia lupakan.”

“Sayang… Can you promise me?” Haziq merenung lembut anak mata isterinya yang berkaca.

“Anything, abang.”

Haziq tersenyum sambil membelai pipi isterinya itu sekali lagi.

“Abang hanya benarkan Mia menangis sekali saja selepas abang tiada nanti. After that, no more tears. Abang nak Mia teruskan kehidupan Mia seperti biasa. Be happy and don’t be the ice princess again. Abang tak benarkan itu. Dan kalau boleh, jika ada yang berjaya mengetuk pintu hati Mia selepas itu, abang nak Mia buka. Love him like you love me. Jangan matikan cinta itu kerana abang. Boleh Mia janji dengan abang?”

Mia mengangguk perlahan.

“Mia janji!”

“Mia sayang… I love you so much. Lepas abang dah tak ada nanti, jangan sedih-sedih, okey? Always remember that I will be there for you. Anywhere and anytime. Remember, I am your shadow. Your shadow, sayang. Wherever you go, abang akan sentiasa ada di sisi.”

Sekali lagi Mia mengangguk tetapi wajah Haziq sudah kabur dek air matanya.

“Sayang… abang mengantuk sangat. Boleh tak abang tidur?”

“Tidurlah, abang. Mia ada di sisi, abang.”

Haziq tersenyum sebelum menarik wajah Mia rapat ke wajahnya. Dahi Mia dikucup penuh kasih. Lama. Kemudian, matanya dipejam dengan bibir yang tersenyum. Senyuman bahagia.

Beberapa minit kemudian, Mia memegang tangan suaminya. Sejuk. Air matanya galak menuruni pipi. Tahulah dia bahawa suaminya sudah dijemput untuk berada disisi-Nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience