BAB 10

Romance Completed 10548

Mia baru saja melangkah keluar dari lif apabila Nia tiba-tiba berlari ke arahnya dengan wajah yang cemas.

“Kenapa ni, Nia?”

“Abang… abang Haziq, kak…”

Hatinya menjadi tidak enak apabila mendengar nama suaminya disebut.

“Kenapa? Kenapa dengan abang Haziq?”

“Abang Haziq ada kat hospital, kak. Dia pengsan waktu berikan bungkusan makanan untuk akak ni kepada Nia tadi.”

Spontan tangan yang memegang beg laptop terjatuh. Mia merasakan hatinya sudah berhenti berdegup. Abang…

***

Mia merenung wajah pucat suaminya yang terlantar di atas katil itu. Air mata tidak henti-henti mengalir. Berita yang didengari beberapa jam yang lalu membuatkan dia meraung meratapi nasib di dalam hati.

Kenapa? Kenapa ini semua harus terjadi kepadanya? Belum sampai sebulan pun mereka berbaik. Baru beberapa minggu dia sempat merasai betapa bahagia dan nikmatnya bergelar sebagai isteri kepada Haziq. Tetapi kini… segala harapan yang dianyam bersama Haziq seakan-akan musnah begitu saja. Dalam sekelip mata, cerahnya harapan yang dia harapkan itu bertukar gelap.

“Sayang…”

Mia pantas menyapu air matanya yang masih lagi bersisa di tubir mata. Ternyata suaminya telah tersedar. Senyuman yang dilemparkan terasa cukup pahit dan plastik semata-mata.

“Sayang… kenapa menangis ni?” soal Haziq sambil mengusap lembut tangan kanan isterinya. Jelas bengkak mata isterinya itu.

“Abang…” Tanpa dapat ditahan, Mia kembali menangis. Dia tidak kuat untuk menghalang air matanya daripada mengalir.

“Shhh sayang…” Haziq menyeka air mata Mia dengan ibu jari. “Setiap yang hidup itu pasti akan mati.”

Pantas Mia mencari anak mata Haziq.

“Abang tahu?”

Haziq mengangguk perlahan dengan senyuman nipis.

“Sampai hati abang. Abang dah tahu yang abang ada barah otak tapi abang tak beritahu, Mia. Kenapa? Kenapa tipu Mia? Sampai bila lagi abang nak sorokkan benda ni? Kenapa, abang? Kenapa?” Mia sudah menangis teresak-esak. Untuk menerima hakikat bahawa suaminya menghidap penyakit barah otak berjaya menghancurkan-lumatkan hatinya. Hatinya bagaikan kaca yang terhempas ke lantai dan retak seribu saat doktor mengesahkan bahawa Haziq mempunyai barah otak tadi.

“Sayang… abang baru tahu kelmarin. Please, don’t cry. Abang tak tahan tengok sayang menangis. It hurts me so deep.”

“Abang…” Mia membenamkan wajahnya pada dada suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience