BAB 12

Romance Completed 10548

Mia menyudahkan bacaan Yaasin. Kubur suaminya dipandang dengan senyuman. Sudah hampir setahun Haziq meninggalkannya walaupun bagaikan kelmarin mereka menghabiskan masa di gazebo rumah.

“Abang… Mia balik rumah dulu, ya. Kalau ada masa lagi Mia datang sini.”

Mia memandu dengan tenang. Fikirannya bermain-main dengan memori indah antaranya dengan Haziq. Tiba-tiba, Mia merasakan ada yang tidak kena dengan keretanya. Kereta diberhentikan di bahu jalan. Saat enjin cuba dihidupkan semula, keretanya sudah tidak mahu hidup.

“Aduh! Kereta ni buat hal pulak.”

Mia keluar daripada kereta dan duduk di tepi kereta menghadap langit yang masih biru. Entah siapa yang ingin dia hubungi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya kini. Papa, mama dan Nia ada dekat Sabah. Teman-temannya yang lain juga punya hal. Huh!

“Excuse me?” Mia menoleh ke kanan. Berkerut sedikit dahinya. Boleh pulak lelaki ni jumpa aku dekat sini. Yalah, tubuhnya kan terselindung daripada kereta. Tetapi siapa lelaki ni?

“Awak perlukan bantuan ke? Mungkin kereta awak tak boleh dihidupkan?”

“Awak siapa? Macam mana awak boleh tahu saya ada kat sini?” Mia masih lagi tidak berdiri. Dia hanya bercakap sambil mendongakkan wajah. Wajah lelaki itu juga dia tidak nampak memandangkan lelaki itu membelakangkan matahari.

“Saya nampak bayang-bayang awak. Jadi saya tahulah awak ada kat sini.”

Mia tersentak. Bayang-bayang! Mia memandang bayang-bayangnya pada tar jalan. Tanpa sedar setitis air matanya jatuh. Abang…

“I am your shadow. Your shadow, sayang. Wherever you go, abang akan sentiasa ada di sisi.”

‘Abang… terima kasih sebab selamatkan, Mia.’

“Excuse me? Are you, okay?” soal si lelaki.

Mia menyeka air mata. Pantas dia berdiri dan memandang wajah lelaki tersebut. Tetapi alangkah terkejutnya dia apabila melihat wajah lelaki tersebut.

“Abang…”

“Pardon?”

Mia terkaku. Tidak berkelip matanya melihat wajah lelaki tersebut. Wajah yang serupa dengan Haziq!

“Cik? Are you, okay? Awak tengok saya, macam saya ni hantu je?” pelik lelaki tersebut.

“Haziq?”

Mata lelaki tersebut membulat.

“Macam mana awak tahu nama saya?”

Mia sekali lagi terkejut. Tak… tak mungkin. Tidak mungkin ini semua hanya kebetulan? Ya Allah! Apa yang Engkau cuba tunjukkan kepada aku?

“Apa nama penuh awak?” soal Mia.

“Nama saya Haziq Karl Ilham. But semua orang panggil saya Karl. Only my grandma je yang panggil saya Haziq. Tapi… macam mana awak boleh tahu nama saya?”

Mia menunduk memandang kakinya. Tiba-tiba, dia teringat dengan kata-kata Haziq.

“Jika ada yang berjaya mengetuk pintu hati Mia selepas itu, abang nak Mia buka. Love him like you love me. Jangan matikan cinta itu kerana abang.”

Mia tersenyum. Abang…

“Cik? You haven’t answer my question.”

Mia mendongak memandang wajah lelaki yang seiras suaminya itu.

“So Karl, are you single?” soal Mia dengan wajah yang selamba.

“Hah?” Karl menjadi bingung. Apesal pulak minah cute ni tanya status aku ni?

“Are you single?” soal Mia sekali lagi.

“Emm… ye… yeah.” Jawab Karl. Bukan tipu tapi kenyataan.

Mia tersenyum manis membuatkan Carl menelan liur. Aiseh! Manisnya senyuman.

“Kalau macam tu, boleh saya jadi kawan awak?” pinta Mia.

Karl menjongket kening sebelum tersenyum nakal.

“Sure! Kalau lebih dari tu pun saya nak.”

Mia dan Karl tergelak kecil.

“We’ll see. But first, boleh tolong dengan masalah kereta saya ni tak?”

“Okey!” Carl bergerak ke hadapan kereta tetapi kemudian dia kembali memandang Mia.

“Nasib baik saya nampak bayang-bayang awak tadi. Kalau tak, saya dah terlepas untuk berkenalan dengan seorang wanita yang cantik manis macam awak.”

Mia tersenyum. Bayang-bayang itu ialah Haziq. Dia adalah bayang-bayangku, yang sentiasa mengikuti ku walau ke mana saja aku pergi..

‘Abang… thank you for everything and please jangan pergi walau sesaat dari sayang.!’

‘’Hidup kita Allah yang aturkan, InshaAllah jika kita jadikan doa sebagai perisai dan cara tertib untuk meminta dengan Allah agar kebahagiaan ini terpelihara hingga ke syurga, maka ia akan berlaku dengan izinnya, cuma abang berjanji akan melindungi dan menyintai sayang sepenuh hati, kerana Allah Taala.’’ Airmata wanitanya berlinangan saat mendengar ucapan dari lelaki tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience