BAB 2

Romance Completed 10548

“Tak guna punya stalker! Aku dah suruh batalkan perkahwinan ni tapi dia masih lagi nak teruskan. Ugh!” Marah Mia. Sejak beberapa minit yang lalu, dia bermundar-mandir di dalam biliknya yang luas itu. Sakit hatinya apabila mendengar tarikh perkahwinan yang sudah ditetapkan oleh keluarganya. Lagi satu bulan!

“Kenapa kakak panggil abang Haziq stalker pulak?” soal Tengku Nia, adik bongsu Mia. Sejak tadi lagi, dia hanya mendengar Mia yang merungut tidak puas hati. Wajah Mia jugak merah dan ketat semacam. Marah la tu.

“Dah dia memang stalker. Sebelum ni dia dah stalk akak selama setahun. Ke mana saja akak pergi dia mesti ada. Akak pergi joging, dia ada. Akak pergi shoping pun dia ada. Akak baru keluar tandas di shoping mall, batang hidung dia jugak akak nampak! Kalau bukan stalker apa lagi?”

“Really?!” soal Nia terkejut. Tak sangka pulak abang Haziq tu stalker kak Mia. Tapi abang Haziq tu baik la.

“Ala, dia stalk akak sebab dia sukakan akak la tu. Kan dia dah hantar pinangan so, ini terbukti yang dia memang cintakan akak,” sambung Nia lagi.

Terbuntang mata Mia. “Cintakan akak? Excuse me! Bagi akak, he is just a weirdo. Kalau betul dia cintakan akak, dia patut pikat dengan cara yang betul. Ni tak. Jadi stalker tu buat apa? Ugh!”

“Mungkin dia tahu yang akak ni the ice princess kut.”

Mia menghadiahkan jelingan kepada Nia.

“Apa? Tak betul ke apa yang Nia cakap? Akak tu memang the ice princess kan? Semua lelaki yang nak pikat akak, akak tolak mentah-mentah. Even nak berkawan dengan akak pun akak tak nak.”

Mia menjulingkan mata ke atas sebelum duduk di birai katil.

“Sudah la tu, kak. Akak tak patut tutup dan bekukan hati akak kerana seorang lelaki. Akak dah berubah banyak selepas ditinggalkan oleh…”

“Jangan sebut nama dia!” Pantas Mia memotong percakapan Nia. Dia tidak ingin mendengar mahupun mengingat kembali lelaki yang telah menghancur-lumatkan hatinya suatu ketika dahulu.

“Akak… Nia nak nasihatkan akak. Cuba buka hati akak untuk abang Haziq. He is a hot guy you know!” ujar Nia dengan wajah nakalnya.

Mia menjongket sebelah kening. “Amboi, gatalnya!”

“Betul la! Abang Haziq tu dah la hensem giler. Lepas tu, baik pulak tu.” Nia sudah tersengih-sengih apabila Mia tersenyum sambil menggelengkan kepala.

“Nak buka hati untuk si weirdo tu? Kirim salam!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience