BAB 9

Romance Completed 10548

Mia terbangun daripada tidur petangnya. Sesaat matanya tertancap pada jam di dinding dan hampir saja dia melompat. Sudah hampir pukul 8 malam dan dia belum lagi solat maghrib! Dengan pantas dia mengambil wuduk dan mula menunaikan solat.

Hampir jam 9 baru dia keluar daripada bilik setelah menunaikan solat maghrib dan isyak. Tetapi Mia berasa hairan apabila keadaan luar biliknya gelap. Aik? Haziq tak buka lampu ke? Hari ni Earth Hour ke?

Mia berjalan ke tingkat bawah. Berkerut dahinya tatkala melihat lampu yang samar-samar daripada dapur. Langkah kakinya di bawa ke sana dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat meja makan yang dihiaskan dengan lilin. Tiba-tiba…

Happy birthday to you,

Happy birthday to you,

Happy Birthday to Mia,

Happy Birthday to you.

Mia terpempan saat melihat Haziq memegang sebiji kek di tangan. Tidak berkelip matanya saat Haziq sudah berada di hadapan mata sambil terenyum kepadanya.

“Happy birthday, sayang. Sekarang tiup lilin.”

Bagaikan dipukau, Mia segera meniup lilin. Setelah api lilin kek ditiup, Mia sekali lagi menerima kejutan saat Haziq mencium dahinya. Lama.

“Sayang happy?” soal Haziq setelah mereka makan hidangan yang disediakan olehnya sendiri.

Mia hanya mengangguk. Lidahnya bagaikan kebas untuk berkata-kata. Dia bagaikan tidak percaya ini semua adalah rancangan Haziq. Haziq la yang membuat kek tersebut. Haziq la yang memasak untuk hidangan malam ini.

“Kenapa ni? Sayang tak suka dengan kejutan yang abang buat ni ke?”

Mia mendongak memandang Haziq.

“Kenapa? Kenapa awak buat semua ni?”

Haziq tersenyum. Kemudian, dia berdiri dan mengajak isterinya untuk menari. Mia hanya menurut.

“Senang je jawapannya, sayang. Abang kan dah cakap, abang cintakan sayang. Abang tahu apa yang sayang fikirkan. Sayang nak cakap yang abang tak patut buat semua ni sebab sayang tak pernah layan abang dengan baik malah selalu kasar kan?”

Mia menunduk. Sememangnya itu yang dia rasa. Selama ini dia melayan Haziq dengan kasar. Tetapi lelaki itu tetap sabar melayan kerenahnya malah kini membuatkan satu kejutan buatnya.

“Sayang… Abang tak pernah terasa pun dengan layanan sayang sebelum ni. Abang tak terasa sebab abang tahu di depan abang ni Mia the ice princess.” Haziq tergelak kecil. Mia pulak tersenyum nipis.

“Memandangkan isteri abang ni ialah the ice princess, abang dah tanamkan kesabaran yang tinggi dah. Abang buat semua ni sebab satu je sayang.” Mereka berhenti menari.

Mia mendongak memandang wajah suaminya saat lelaki itu memegang dagunya.

“Abang buat semua ni sebab abang nak buat sayang jatuh cinta dengan abang. Abang nak ubah sayang daripada Mia the ice princess menjadi Mia isteri abang yang akan sayang dan setia dengan abang sampai bila-bila. Abang tahu hati sayang pernah terluka tapi izinkan abang untuk sembuhkan hati, sayang? Boleh?”

Mia menarik nafas dalam. Dia tahu Haziq ikhlas. Dia tahu Haziq amat mencintainya. Dia tahu mata yang direnungya ini tidak menipu. Dia tahu.

“Do you really love me?” soal Mia.

“With all my heart,” balas Haziq sambil membelai pipi isterinya itu.

“Kalau macam tu izinkan saya bunuh awak.”

Haziq terbuntang. Mia pulak sudah tersenyum nipis.

“Izinkan saya untuk bunuh awak kalau awak berani nak mempermainkan hati saya.”

Sejurus itu, Haziq tergelak. Tubuh Mia dipeluk seeratnya tetapi hanya sesaat apabila isterinya menolak. Haziq menjadi bingung dan dahinya berlapis kerana sangkanya Mia sudah pun menerimanya.

“Siapa suruh awak peluk saya?” soal Mia garang.

“Erk? Tak boleh ke? Bukan awak dah terima saya ke?” soal Haziq pulak sambil memegang tengkuknya.

“Ada saya kata saya cintakan awak?” Mia menjongket kening.

Serta merta wajah Haziq bertukar suram. Dia dah salah sangka rupanya.

“Muhammad Haziq Zikri…”

Haziq memandang wajah Mia apabila wanita itu memanggil namanya. Jelas riak wajahnya itu hampa.

“Mr. Stalker… saya tak benarkan awak peluk saya sebab saya tak cakap pun saya cintakan awak tap sekarang…”

Mia melangkah setapak untuk mendekati Haziq. Haziq pulak sudah berkerut kening.

“Mr. Stalker… I love you.”

Mata Haziq terbuntang. Kelu lidahnya serta merta saat mendengar kalimah cinta yang keluar daripada mulut Mia. Mia pulak tersenyum nakal saat melihat wajah terkejut Haziq.

“Sekarang saya dah cakap saya cintakan awak so now you can hug me,” ujar Mia dengan senyuman nakalnya.

Haziq masih lagi kaku tidak bergerak. Masih lagi dalam zon tekejut. Betulkah apa yang didengarinya.

“Tak nak peluk sudah…” Baru saja Mia ingin beredar, dirinya sudah disambar ke dalam pelukan. Mia tersenyum.

“Nak! Mestilah abang nak peluk Mia. Dari dulu lagi abang dah mengidam nak peluk Mia tau! Lebih dari ni pun abang nak.”

Mia mencubit pinggang suaminya. “Gatal!”

Haziq tergelak penuh bahagia dan Mia pulak tersenyum riang. Masing-masing mengucapkan rasa syukur di dalam hati.

“Sayang…”

“Hmm…” sahut Mia yang masih lagi berada di dalam pelukan Haziq.

“Jangan panggil abang Mr. Stalker lagi tau. Panggil abang bayang-bayang Mia. I’m your shadow. I did told you before. Remember?”

Mia menggangguk.

“Sayang…”

“Hmm…” sahut Mia lagi.

“Malam ni boleh tak…”

“Tak boleh!”

Haziq melepaskan pelukan dan memandang wajah Mia dengan wajah yang masam. Macam budak-budak.

“Kenapa?” Muncung saja mulut Haziq membuatkan Mia tergelak kecil.

“Sebab Mia baru je kena tembak oleh tentera Jepun lepas Isyak tadi.” Ujarnya sambil tersengih-sengih.

Pada mulanya Haziq bingung tetapi kemudian dia mulai faham. Mia tengah uzur so memang tak bolehlah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience