Balqis, Erina dan Kamalia baru balik dari kelas masuk ke dalam bilik namun sebelum mereka masuk pintu bilik hotel mereka tidak berkunci.
Dengan pantas mereka masuk ke dalam bilik mungkin ada pencuri yang curi curi masuk ke dalam . Namun tidak seperti yang difikirkan . barang barang mereka masih elok tersusun .
"Lia cuba kau check almari " arah Erina
Kamalia hanya menurut dia mencheck almari pakaian milik mereka semua .
"Semua okay msih tersusun lagi . cuma Mana perginya baju baju Raisha ? " soal Kamalia yang suda tidak keruan
"Bag bagasi dia pun dah takde kat dalam ni " tambah Balqis lagi
"Ya Allah mana Raisha ni ?" Erina mendail nombor Raisha di smartphone nya .
"Raisha ! mana kau ni ? " tanya Erina dengan risau
" Maafkan aku Rina.. aku terpaksa tinggalkan korang semua.. jangan cari aku lagi Maafkan aku.." kedengaran suara Raisha yang teresak esak menangis menambahkan lagi kerisauan Erina
"Weyy kau jangan main main Raisha ! kau kat mana ni ?"
"Aku ok .. dahlah bye.. " Panggilan ditamatkan bgitu sahaja oleh Raisha
"Raisha ? Raishaa!" jrit Erina air matanya sudah mengalir dengan pantas
"kenapa ni ??" Balqis menyoal Erina yang tiba tiba sahaja menangis
"Raisha.. Raisha tinggalkan kita .." tangisan mereka bertiga semakin kuat
"Ya allah Raisha..kenapa kau buat macam ni "
###
"Apa ?! " Airil melopongkan mulutnya selepas mendengar cerita daripada Balqis Erina dan Kamalia
" knapa boleh jadi mcm ni ?"
"Kami tak tahu lepas kami habis kelas je kami trus balik hotel tapi masa tu dah terlambat " jawab Kamalia
Airil mencuba untuk menelefon Raisha. namun hampa gagal !
" Raishaa raishaa apa kau buat ni .." kesal Airil
Adrian haiqal dan Rayyan hanya mendiamkan diri mereka tahu punca Raisha menghilangkan diri .
"Aku tak boleh diam ! maafkan aku Rayyan tapi cara kau tadi dah melampau ! " Haiqal membuka mulut
"Ril aku rasa aku tau kenapa Raisha tinggalkan kita "
"Hah? apa dia ? " Airil ingin tahu punca adiknya meninggalkan mereka secara tiba tiba .
Lalu Haiqal pun menceritakan dari A-Z apa yang berlaku terhadap Raisha
Satu tumbukan dilepaskan ke wajah tampan milik Rayyan .
"Apa bodoh sangat kau ni ! kau percaya cakap Rose tu buat apa !!" tengking Airil
Rayyan hanya diam membisu
"Kau dah tahu Rose dengan mama kau nak rancang kan perkahwinan kau ! yang kau pergi percaya jugak buat apa bodoh !! " tengking Airil lagi
" Aku tak sengaja " Rayyan membuka mulut
"Huh ! "
Share this novel