GEDEBUSH!
Air didalam baldi selamat mendarat ke wajah Raisha yang sedang dibuai mimpi kelam kabut Raisha bangun dari pembaringannya, dia kembali ke alam nyata digosok gosok matanya yang sembab .
Apakan tidak dia baru sahaja ingin bahagia mengahwini seorang pilot tetapi malangnya Mr.Pilot tersebut adalah Rayyan ! Si Mamat senget. Huh terus cancel menjadi mimpi terindah 2018 ini
Datin Arissa bercekak pinggang matanya tertumpu ke arah anak daranya itu.
“Hah, puas mimpi ? “ soal Datin Arissa sebelum turun kebawah semula, tugasnya sudah selesai iaitu membangunkan Raisha yang entah seperti dirasuk lagaknya. Nangis secara tiba tiba dan menjerit jerit
Raisha tersengeh seperti kerang busuk, malu la bhai mimpi rupanya.
Airil disebelah mamanya terkekek kekek mentertawakan adiknya itu , sebelum mengambil tempat bersebelahan Raisha .
Raisha mengecilkan mata geram dengan sikap abangnya itu !adakah patut digelakkan bukan mahu menolong
“ takyah lah gelakk....” Raisha menarik muka
“ Hahaha Raisha woi takyah nak diikutkan sangat lah citer 104 tu.. apa tu? Suri hati Mr. pilot haktuihh itu drama je Dik memang taklah kamu dapat suami macam Fattah Amin “ ejek Airil sebelum menghabiskan sisa tawanya
Raisha bangun dari duduk, dia menuju ke cermin meja solek dibelek belek wajahnya dihadapan cermin. Shit! Lawanye aku harap harap betul lah mimpi aku tu heheh
Airil hanya memandang sambil menggeleng gelengkan kepalanya
“ Ish Raisha pon tak hingin lah! Tapi tadi tertengok pula then tertidur pastu termimpi “
“ tapi kan abang nak tahu jugak sape Mr.Pilot dalam mimpi adik tu, takkan Fattah Amin... sebab selalunya orang pompuan ni dia suka mimpi crush dorang tau “ provok Airil keningnya diangkat angkat mahukan kepastian
GULP
Raisha menelan air liurnya, takkan nak cakap Mr.Pilot dalam mimpi itu Rayyan pulak? Kang tak pasal pasal abangnya itu bagitau kat Rayyan tau lah brotherhood ish! Dia masih tidak menjawab soalan Airil tadi , otak masih ligat memikirkan jawapan yang terbaik hot dari pasaran
Airil yang kehairanan tersenyum
“Abang dah agak mesti crush kamu”
Raisha membuntangkan matanya. Like seriously? Rayyan tidak pernah menjadi crush tetapi Musuh ! Ya benar musuh
“Aban...”
“ shutss... takpe abang paham soal hati dan perasaan wanita “ potong Airil punggungnya diangkat dari duduk lalu menuju ke pintu
Raisha hanya memandang.Biarlah abangnya itu mahu memikir apa asalkan dia masih tidak tahu tentang gerangan si Mr.Pilot
Airil menghentikan langkahnya diluar pintu bilik Raisha, dia berpaling semula memandang Raisha dengan senyuman
“And abang tau Mr.Pilot dalam mimpi adik tadi Rayyan Muahahah” sambung Airil dengan cepat dia berlari turun ke tingkat bawah rumah sebelum adiknya bertukar menjadi monster
“ ISH ABANGGGG!” jerit Raisha hampir pecah kesemua pasu yang berada dirumah mereka kalau begini
Dato’Dr Amirudin memandang pelik dengan sikap kedua anaknya . Dari tadi si adik memandang ke arah abangnya sambil menjeling dengan tajam. si abang pula sekejap tersenyum sekejap ketawa . Takkan dia mempunyai dua permata yang gila ? Mahu terkena stroke dia bgni
“ Dah lah tu, Ril. Jangan dok usik adik kamu tu sangat “ marah Datin Maisara
“ Ril tak ejek lah pasal Rayyan tu.. oopsss” dengan segera Aril menekup mulutnya. Raisha sudah menendang kaki Airil dari bawah meja terjerit kesakitan Airil selepas ditendang bgitu . Raisha ni badan sahaja kecik tapi bila dah keluar monster dia kalah abang sado kat gym !
“ Rayyan mana pulak ni Airil? Rayyan anak kawan papa tu ke? Kamu jangan main gila Raisha “ sampuk Dato’Dr Amirudin pandangannya diarah kepada Raisha
“ Bukan pa.. tapi aban..”
“ ish Abang ni, main gila apa pula Raisha biar lah dia nak mimpi sape pon mungkin anak kita ni berkenan dengan anak si Maisara tu.. apa nama budak tu ril ?” Datin Arissa memotong ayat Raisha. Raisha hanya menepuk dahinya
“ Rayyan ma... Rayyan “ jawab Airil menambah perencah didalam kuah
“ hah Rayyan, yang dulu waktu kecik kecik selalu datang sini main dengan kamu kan airil “
“ ooh budak Rayyan tu, kenapa Raisha tak cakap awal awal Raisha berkenan dngan dia ? Kalau raisha cakap boleh papa runding dengan Dato Rasyiq “ cadang Dato ‘Dr Amirudin pula matanya bersinar sinar. Sungguh dia gembira jikalau dia berbesan dengan rakan baiknya sendiri
Airil memandang Raisha dengan pandangan mengejek ditahan tahan ketawanya yang bila bila sahaja boleh terlepas
“ hishh stop it papa mama, Raisha termimpi je tadi entah kenapa dia muncul tak dijemput ! Lagi satu abang ni dahlah suka kawan Raisha si Kamalia tu! Ingat ape ? Raisha tak tahu abang dok usya usya anak dara orang kat taman hari tu” Raisha menghadiahkan senyuman sinis buat abangnya . Haa tadi seronok kau kenakan aku ye... sekarang biar kau pulak kena Hahah!
Pandangan Datin Arissa dan Dato’Dr Amirudin dialihkan pula ke arah Anak teruna mereka
“ lahh Kamalia mana pulak ni ? Anak Dato Zainal tu ke ? Yang satu sekolah rendah dengan Raisha dulu? “ soal Dato’Dr Amirudin
“ Ye dia tapi Airil ta..”
“Alahai Airil ni kenapa tak bagitau awal awal, Mama memang berkenan sangat dengan budak nama.. apa tu Raisha? Kawan kamu tu nama ape dah ?” Potong Datin Arissa
“ Kamalia ma... Kamalia “ jawab Raisha menambah lauk diatas nasi sempat dia tersenyum mengejek kearah abangnya. Terima loh balasan dari gue !
“Kamalia Anak dato zainal tu awaknye saya memang rapat dengan ayah budak tu nanti boleh la kita pergi merisik kan “ tambah Dato’Dr Amirudin. Alahai kenapa lah anak anaknya tidak beritahu mahu berkahwin awal sudah mendapat pilihan masing masinglagi, tak payahlah susah susah dia mencarikan jodoh buat anak anaknya nanti
“ paaa... maaa... not to fast Airil dengan Raisha bergurau je tadi heheh” potong Airil sudah masuk bab bab merisik segala fuh debar jantung beb
“ a ah kitorang gurau je tadi “ sokong Raisha, Airil menghadiahkan senyum membunuh kepada adiknya itu
“Laa.. pulak..” Datin Arissa dan Dato’Dr Amirudin mengeluh sebelum menyambung sarapan pagi mereka . Kopi pun dah sejuk disebabkan mahu mendengar kisah jodoh anak mereka
Share this novel