"Raisha kenapa laju sangat jalan ni ? " Tanya Airil yang sudah melabuhkan punggungnya di kerusi Cafe Es ' Tiano dia mengambil tempat di sebelah Haiqal manakala Haiqal bersebelahan Adrian dan Adrian bersebelah Rayyan dannnnnn Rayyan ? Berdepan dengan Raisha HAHAHA!
Raisha hanya memandang sepi wajah kacak milik Airil . masih merajuk lagaknya .
Rayyan memerhati wajah mulus milik Raisha dengan pandangan yang tajam"Hish dia ni dah besar pun nak merajuk rajuk sngat.Dahlah menyusahkan orang pergi London awal awal dasar minah senget ,"
"Apa pandang pandang ? " Raisha menjengilkan matanya tepat kearah Rayyan .
"ehh elok sikit ek.. aku tak pandang kau pun jangan nak perasan " dalih Rayyan yang sudah mengalihkan pandangannya ke luar tingkap
"Eleh tak payah nak tipu lah aku nampak ! kenapa ? tak puas hati lagi ke? " tempelak Raisha . "Padan muka mamat ni tak dapat aku lepas geram kat abang aku, aku lepas kat kau je lah "
" Cik Raisha tolong sikit ek ? Aku tak ada masalah lah dengan kau ni cuma kau tu je kot kot kena bawa gi check doktor ada masalah otak mungkin "
"What ?! "
"Ehh... dah lah korang jom oder makanan aku lapar ni " Balqis menghentikan pergaduhan diantara Raisha dan Rayyan
"Betul tu aku pon lapar gak " sokong Haiqal sambil mengeyitkan matanya ke arah Balqis . Balqis tersenyum malu
"Ewahh dua orang ni miang miang daun keladi lah pulak " Adrian mengusik Balqis dan Haiqal yang tidak sengaja ternampak aksi mereka berdua itu tadi
"kacau lah kau " Marah Haiqal
Tergelak semua orang yang berada dimeja itu kecuali Raisha dan Rayyan . Hati mereka berdua masih panas didalam !
SETELAH hampir setengah jam mereka menjamah makanan yang sudah dihidang bagi menghilangkan lapar yang menyelubungi perut.
Mereka pun bercadang untuk balik semula ke hotel memandangkan siang sudah mahu berganjak ke malam hari .
"Dah siap ke semua ? takpe hari ni aku belanja okey ? " Airil berdiri dari tempat duduk dan menuju ke kaunter bayaran .
"Raisha aku ngan Kamalia pergi tandas jap ek " beritahu Erina sebelum berlalu pergi .
Raisha hanya menganggukkan kepalanya sebelum kembali focus kepada Smartphone miliknya .
sesekali dipandang wajah 'musuh' yang duduk dihadapannya itu ! Panas sungguh hatinya apabila memandang wajah itu . "Heih dia ni kat mana mana je mesti ada kalau aku bagi pelempang kat muka dia tu mesti best kan ? tapi takboleh.. bila tengok lama lama hensem jugak dia ni huhu tak sampai hati lak " Raisha mengelamun jauh memandang wajah Kacak milik Rayyan .
Rayyan yang perasan akan lamunan Raisha dengan selamba
BUKK ! kaki Raisha ditendang dari bawah meja membuatkan dia tersedar dari lamunannya tadi ! Rayyan tertawa kecil melihat wajah Raisha yang terkejut beruk
BUKK ! kini kaki Rayyan pula ditendang dari bawah meja dengan segera Rayyan memandang wajah 'manusia' yang tidak lain tidak bukan semesti Raisha yang menendang kakinya tadi ! serta merta tawanya tadi terhenti
Raisha menghadiahkan jelingan tajam kepada Rayyan . "kau nak main sngat kan hah rasa tendangan kaki aku balik ! "
BUKK ! sekali lagi Rayyan membalas tendangan Raisha tadi . Kali ini Raisha terus memandang tepat wajah Rayyan begitu juga dengan Rayyan ! Balqis ,Haiqal dan Adrian yang berada di meja terasa sesuatu menggoncangkan meja dari arah bawah
BUKKK!
Raisha membalas dengan tendangan yang lebih kuat dari tendangannya yang pertama itu tadi .
Rayyan tidak mendiamkan diri dia turut membalas tendangan Raisha
BUKK !
BUKKK!
BUKKKKK!
BUKKKKKKKK!
"Yaaa disitu dia Rayyan berposisi depan manakala Raisha berposisi belakang membalas balas tendangan dengan begitu kuat sekali lagi dan lagi sehingga meja ini seperti hendak terbelah dibuatnya " Celah Adrian seperti pengacara bola sepak lagaknya !
" Raisha tidak berputus asa dia kembali bangkit lalu menendang kembali Rayyan yang sudah seperti hendak kalah ! " Erina yang baru balik dari tandas segera men 'Join ' drama didepannya itu !
"Namun tidak terlambat untuk Rayyan memenangi piala tendangan dia tetap membalas dengan penuh teliti sekali !!" Haiqal menambah dengan penuh minat berserta wajah serious yang dibuat buat.
Balqis hanya tergelak besar melihat gelagat rakan rakannya malas hendak masuk campur kerana Balqis sememangnya seorang yang pemalu .
"Disitu disini meja hampir terbelah akibat tendangan mereka yang begitu drastik sekali tanpa membuang masa ... tunggu.. tunggu Raisha dan Rayyan mendapat....!! " Kamalia menyambung dibiarkan ayatnya tadi gantung
"Goll goll goll goll golllllll !! Masa telah pun tamat dengan 1 sama diantara dua pihak ! dan sekarang jom balik sebelum kerusi pulak korang pergi hancurkan " jerit Airil
Serta merta mereka semua bergelak sakan . orang di sekeliling turut tergelak melihat aksi mereka yang mencuit hati !
Share this novel