Raisha duduk di sofa butik milik Datin Maisara sambil membaca majalah majalah khawin yang diletakkan diatas meja .
Rayyan yang baru sahaja sampai seperti kenal dengan susuk tubuh yang sedang duduk di atas sofa itu segera di dekatinya .
"Raisha ? " panggil Rayyan seperti biasa tiada intonasi
Raisha yang mendengar namanya disebut segera memalingkan wajahnya kebelakang .
"Kau buat apa kat sini ?" Soal Rayyan .
Majalah ditutup semula oleh Raisha hilang minatnyaa hendak membaca disebabkan ada seorang 'pengacau' yang tiba tiba datang itu !
"Aku? kau tu buat apa kat sini? ni butik baju perempuan tau " Raisha menjawab soalan Rayyan dengan nada yang malas. Segera dia berdiri dari pendudukannya tadi .
"Eh ni kan butik mama aku.. that's why aku tanya kau buat apa kat sini,"
Raisha hanya menjeling Rayyan dengan tajam malas hendak menjawab soalan Rayyan tadi "sebok je dia ni eeee "
"Oh i know ..kau nak bodek mama aku ? tak pun kau nak shopping kat sini tapi aku rasa tak cukup kot duit gaji kau kalau nak shopping kat sini " Sindir Rayyan
"Encik Rayyan kalau duit aku habis sebab shopping kat sini pun aku rasa bukan masalah kau sebab duit aku bukan duit kau . And kalau kau rasa kau baaaanyakkk sangat duit apa kata kau beli insurence untuk mulut longkang kau " Sindir Raisha berserta jelingan .
"Ehh Raishaa..dah sampai" Tegur Datin Maisara
"hah nasib ada Mak kau kalau tak memang dah aku sumbat sumbat je cili dalam mulut kau tu " bisik Raisha namun masih dapat didengari oleh Rayyan.
"Aunty..." Raisha menuju kearah Datin Maisara dengan pantas diikuti dengan Rayyan
"Rayyan.. kenapa lambat ?" Datin Maisara membesarkan matanya kearah Rayyan .
"Tadi jalan jam "
dihulurkan bakul bag plastic itu kepada Datin Maisara .
"Err.. aunty ada apa nak Raisha datang ni ? " Tanya Raisha ingin tahu
"Aunty..nak Raisha fitting bajuu "
Raisha membuntangkan matanya.
"Fitting baju buat apa pulak tak cukup lawa ke dressing aku skrng ni ? "
###
"Raisha ok ke dalam tu ? " Tanya Datin Maisara sedikit terjerit disebabkan Raisha berada didalam fitting room takut nanti tak dengar pulak
"err.."Raisha keluar dari fitting room dengan mengenakan dress design terbaru yang dibuat oleh Datin Maisara .
"let me see..hah, aunty dah agak dah baju ni sesuai untuk Raisha "Puji Datin Maisara
"Cantik tak Rayyan?" Soal Datin Maisara kepada Rayyan pula .
Rayyan memandang kearah Raisha kemudian kembali focus kepada smartphone miliknya tiada reaksi langsung muncul dari wajah tampannya itu .
"Biasa je .." Jawab Rayyan
"Aunty baju ni cantik tpi kenapa Raisha kena pakai ? "
"Macam ni lagi 1 minggu ada fashion week n model aunty dia tak dapat datang "
"hmm jadi ?"
"jadi? aunty nak Raisha jadi model aunty "
Raisha terkejut dengan permintaan Datin Maisara itu . Lah ni dah kenapa kalau dulu dia tampar skrng tiba tiba okay pulak
"err..nooo aunty Raisha tak cukup tinggi ..."
Belum sempat Raisha menghabiskan ayatnya Rayyan dengan pantas memotong .
"Yes yes Mama dia tak cukup tinggi mana boleh jadi model " Sindir Rayyan. Raisha memandang ke arah Rayyan dengan pandangan tajam
"What?" soal Rayyan seraya mengangkat ngangkat wajahnya
"Ish budak ni ! Raisha.. raisha pedulikan je Rayyan tu baju ni memang Aunty design kan khas untuk Raisha" Pujuk Datin Maisara .
Raisha hanya mendiamkan dirinya. Keras ! seperti batu .
####
"Kenapa you ni ! kan I cakap ambil i kat rumah dah 1 hour kot i tunggu you pulak ckp you tak jadi ambil ! " Bentak Shakira dicorong telefon
"Apa lagi ni Shakira ? kalau I cakap tak jadi tak jadilah ! "
"Hish ! you ni I bagitau kat Mama you nanti!" Ugut Shakira
Rayyan tersenyum sinis . dia tahu kalau Shakira mengadu terhadap mamanya pun mamanya tidak akan layan kerana mamanya sudah mahu mencarikan calon lain buat dirinya .
"Eh You nak tau tak ? kerja you dah habis skrng dan terima kasih sebab setia jadi girlfriend pura pura i selama ni dan you skrng bukan lagi Calon menantu Mama i k? Mama i dah jumpa someone new . lagi fresh dari you " Panggilan ditamatkan oleh Rayyan
"Weyh !" jerkah Haiqal dari belakang
"Uish kau ni kan nsib aku tak bagi penumbum tadi kalau tak free free kau pengsan kat sini ."
"Kau tu kenapa terjerit jerit " soal Haiqal
"Tak ni Fake Girlfriend harini tarikh luput dia " terang Rayyan serentak itu kedengaran gelak tawa mereka berdua
"Kau ni memang lah Rayyan kesian kat dia "
"Hahaha biarkan je.. eh kau buat apa kat sini ? "
"Aku nak ambil baju nikah kat mama kau kan lagi 4 hari majlis aku "
Rayyan menepuk dahinya
"Ya Allah boleh pulak lupa kau nak khawin dah "
"Hah tulah kau ni makan semut je tulah lupa ! "
Datin Maisara dan Raisha menuju ke arah Rayyan dan Haiqal .
"ehh.. ni Raisha kan ? " Soal Haiqal dengan pandangan yang tajam mahu dipastikan itu betul betul Raisha . Sudah 2 tahun dia tidak memandang wajah manis itu .
"haiqal ? " soal Raisha kembali
"Ha ah tak sangka akhirnya dapat jumpa kau Raisha ni kalau Balqis tau mesti dia happy giler " tambah Haiqal lagi .
Balqis.. sungguh rindu dia terhadap kawan baiknya itu sudah lama tidak berjumpa dengannya . Apa khabar dia skrng ?
Share this novel