Bab 1

Romance Series 24268

mooth
landing for today Rayyan Good job.”
bahunya ditepuk Kapten Ashraf yang duduk di sebelahnya di dalam kokpit pesawat,
seraya menanda sesuatu pada kertas ditangannya. Akhirnya setelah menempuh
perjalanan yang memakan masa hampir tiga belas jam, dari Frankfurt ke Malaysia,
pesawat MAS MH002 mendarat juga di Kuala Lumpur Iternational Airport, KLIA.

Fuhh...nafas
lega terlepas juga dari celah mulut Rayyan Bin Dato’ Dr Rashiq.
ingatkan tak dapat buat smooth landing
tadi disebabkan oleh angin yang tiba tiba datang menyerang. Matanya ditutup rapat kejap sambil
menyandar kepalanya ke kepala kerusi setelah Kapen Ashraf bergerak keluar dari
kokpit pesawat. Rasa nak patah tulangnya walaupun tika separuh perjalanan baru
dia memulakan tugas. Walaupun pesawat menggunakan Autopilot, tapi lelahnya tetap terasa. Hello ingat kerja pilot senang ke ? nnti bawak bawak sembarangan tehempas kan naye hidup

Bunyi pintu
dibuka menyusup masuk ke dalam telinga Rayyan dengan Segera kepala ditoleh ke arah belakangnya .

“Baby..why are you sitting there? semua
penumpang dah turunlahh. Come on!” Suara
manja Shakira mula kedengaran. Walaupun sudah hampir seharian bekerja, wajah
cantik itu masih tetap kelihatan segar bugar dengan make-up tebal yang melekat di wajahnya. Rambut brunette
yang disanggul tinggi juga masih kelihatan kemas. harus la...dah kata pun
pramugari.

“Tolonglah tarik..I
penat la.” Rayyan mengadu manja. Dilihat buah hatinya itu sudah mengukir senyuman Manjaa .

“Mengada-ngada
tauu you ni! ” Namun ditarik juga tangan buah hatinya itu. Kemudian mereka
beriringan keluar dari kokpit. Dilihat semua kabin crew sudah turun dari kapal
terbang cuma tinggal bedua je lah ni sebab Rayyan lmbat tadi kuikui !

“Nice landing sayang,” puji Shakira seraya
memeluk lengan sasa Rayyan lembut.

“Itu pun nasib
baik jek. kalau tak.. sia sia kena tengking dengan Kapten Ashraf tau.” Aviator glass disangkut ke batang
hidungnya yang mancung. Panas terik matahari membuatkan kulitnya terasa panas. Flight cap yang tersangkut
pada flight casenya diambil dan
diletak atas kepala Shakira .melindungi gadis itu dari terik matahari petang. Nak jadi macho gituuu

Sebaik saja mereka
keluar dari balai ketibaan, semua mata sudah terpancing kearah mereka.
maklumlah dengan wajah yang kacak dan pekerjaannya sebagai seorang juruterbang
Malaysia Airlines memang mampu menarik semua mata-mata kearahnya. Kaki mereka
melangkah megah menuju ke bahagian pejabat mereka di tingkat tiga.

“Hai...kalau aku
berjalan dengan korang berdua ni, memang tenggelam aura aku tu tak!” suara
garau Haiqal disebelah Rayyan kedengaran mengeluh.

“Nasib
la...kejadian Allah, bukannya aku boleh tolak.” Bahu Haiqal ditepuk-tepuk
beberapa kali dengan senyuman bangga yang terhias diwajah kacaknya. Shakira di sebelah hanya ketawa kecil mendengar komen darpada sahabat mereka yang turut
merupakan salah seorang juruterbang yang bertugas dalam penerbangan mereka itu.

“You all nak join tak kita orang lepak
dekat club malam ni? lepas tension?”
Suara Adrian rakan baik Rayyan memecah perbualan antara mereka.

"ish kau ni Rian tak reti bagi salam dulu ke ? " marah Rayyan

“Ermm..”
kepalanya digaru kejap memikirkan pelawaan Adrian. Memandangkan ramai yang bersetuju
dengan cadangan itu membuatkan dia turut bersetuju untuk ikut serta. Tapi
memandangkan hari cutinya kian singkat kerana schedulenya agaklah penuh untuk bulan ini. satu hari lagi dia bakal
terbang ke Paris pula menggantikan Shafiq yang bercuti kerana sakit kuskus heheh ! .

“I penat la dear berjam-jam bawak flight...maybe next time?. kalau you nak join I tak kisah, pergi la.” Tolak Rayyan

Bibir Shakira diketap
dengan penolakan Rayyan. “hmm It's okay sayang kalau macam tu. I pun nak baliklah. I ikut you ? ” ujarnya lembut.

“Okay dear. kita pergi pejabat I dulu I
nak ambil barang sikit.” Tangan lembut Shakira yang melingkar dilengannya
dipegang kejap mahu menjaga perasaan Girlfriend nya itu takut pula nanti merajuk payah benar mahu dipujuk !

“Kau tak nak
pergi ke Haiqal?” soalnya pada Haiqal yang sedang asyik membelek smartphonenya. Melihat senyuman sengeh di wajah Haiqal itu saja, dia boleh mengagak sedang berbalas mesej
dengan siapa. Tak lain tak bukan dengan Balqis a.k.a tunang tercinta sahabatnya
itu

Dahi Haiqal
berkerut dengan pertanyaan Rayyan tadi “Bukannya kau tak kenal aku Rayyan aku dah
lama tinggalkan dunia clubbing ni
semua,” jawabnya. Semenjak dia berkenalan dengan tunangnya.sikapnya sudah banyak berubah. tiada lagi
perempuan sekeliling pinggang, tiada lagi night
life di club malam terkemuka di sekitar Kuala Lumpur. Malah
perhubungan mereka dicantikkan lagi dengan tali pertunangan yang diikat lima
bulan yang lalu .

“ohh okayy..” sambut Rayyan

“Kau nak aku
hantar balik sekali or kau drive?” tanya Rayyan memandang ke arah Haiqal

“Aku drive la. aku nak jumpa buah hati aku kejap sebelum
balik rumah hehehe " jawab Haiqal dengan senyuman penuh bahagia terukir dibibirnya sungguh dia rindu dengan 'Tunangnya' itu walaupun cuma baru beberapa hari tidak berjumpa.

“Kalau macam tu
aku gerak dulu " Tangan Shakira ditarik
melajukan langkah kaki mereka.Sungguh hatinya meloncak loncak hendak pulang ke rumah! penat terasa tulang tulangnya serta otot ototnya yang sudah ingin direhatkan diatas katil empuknya di rumah Agam keluarganya .

"sayangg..." pangil Shakira manja menarik tangan Rayyan. Serta merta pergerakkan mereka tadi terhenti

“Makan dulu please...I lapar la,” rengek Shakira manja.
Rayyan mengeluh perlahan sudahlah dia penat baru sahaja mahu merehatkan diri diatas katil empuknya huh! payah kalau ada girlfriend ni. Tetapi diikut kan jugak ajakkan Shakira kalau tidak mesti dia akan mengadu kepada Mamanya

“Tadi tak makan
ke?” soal Rayyan cuba mengawal suaranya

Shakira menggelengkan kepalanya .

“Diet ek ?” soal
Rayyan lagi.

Shakira mengangguk. “Miss Aneesa cakap berat I dah naik. kena turunkan dua kg lagi.” jawab Shakira lemah

“What?! ” macam ni pun kata gemuk lagi? ni
dah kira mantap la bentuk badan Shakira nak kuruskan mcm mna lagi? sampai jadi tulang ? hah , dah jadi tulang nak ngorat sape ? anjing liar kat lorong lorong tu ?

Bunyi dentingan
lif yang kedengaran membuatkan matanya berkalih semula kedepan. dia terpana
kaku. Seraut wajah cantik yang betul-betul berada dihadapan, membuatkan
pandangannya terpaku panggilan Shakira disebelahnya dibiarkan berlalu

Tidak berkelip matanya melihat
gadis yang mengenakan blause putih berserta seluar jeans biru dan pashmina dark blue itu. Cukup mempesona dimata lelaki . Seperti dia pernah lihat wajah ini tapi dimana ?

Sebaik saja
pintu lif terbuka. Raisha
mula mengorak langkah untuk keluar, namun langkahnya sedikit terhalang akibat tubuh Rayyan yang tidak berganjak. Melihat pada
pemakaian lelaki itu kelihatan seperti seorang pilot. Sempat juga dijeling
wanita cantik persis seorang model disebelah lelaki itu.

Sah-sah Gf ngan Bf ni detiknya didalam hati .

Melihat lelaki
dihadapannya yang masih tak berkutik membuatkan dirinya serba salah
memandangkan masih ada beberapa orang dibelakangnya yang menunggu giliran untuk
keluar dari lif tersebut .

Apasal lak lelaki ni orang nak lalu la! bertukar jadi tiang janganlah kat sini weyy orng nak lalu buat susah je ! lain kali bertukar lah jadi power rangers ke spiderman ke ini tak !

“Ehemm excuse me? you’re
blocking my way.” Dengan kening yang dinaikkan sebelah Raisha menegur Rayyan yang masih menjadi tiang di hadapannya .

Rayyan segera tersedar bila suara itu menerjah lubang telinganya

Raisha sudah mengerutkan dahinya kalau ikutkan hati mahu saja dia merempuh tubuh lelaki dihadapnnya ini. dah la aku nak cepat ni!

“Saya nak lalu ! ” dinaikkan volume suaranya

“ohh .i’m so sorry.” tubuh Rayyan berganjak kesebelah kanan memberikan laluan kpda Raisha

Alahai Rayyan apa
yang duk tenung perempuan ni tadi! kan dah malu sendiri. Tapi entah kenapa ada
debaran yang dapat dirasakan di dadanya menatap seraut wajah lembut itu. Macam
pernah dia kenal akan pemilik wajah itu !

Raisha hanya menjeling kearah Rayyan. Sungguh hatinya panas dengan perkara tadi !

Rayyan mencerna otaknya yang masih blur blur penat untuk mengingati siapa gerangan wanita itu tadi ! seperti dia pernah berjumpa dengan wajah itu ? tapi dimana ?

“Kenapa dengan you ni ?” cemburu buta milik Shakira mula timbul. mana tidaknya, sampai tak berkelip Rayyan merenung perempuan tadi.

Rayyan menoleh ke arah Shakiea yang sudah membuat muka merajuknya. “No..I penat agaknya.” bohong Rayyan

“Yela tu.” sangkal Shakira memuncungkan mulutnya kedepan

Rayyan tergelak
kecil melihat muncung Shakira. “Jealous ek?” Soal rayyan

"Ish benci la ! " lengan Rayyan dicubitnya. Berani betul nak tenung tenung perempuan lain . dahlah aku kat sebelah masa tu !

#####

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience