Pintu pagar automatik Rumah Agam milik
keluarga Dato’ Dr Rasyiq terbuka sebaik saja kereta Bmw milik Rayyan tiba diluar rumah. setelah selesai memparking kan kreta nya dia segera menuju ke dalam.
Matanya yang
pedih dikisat-kisat beberapa kali. Matanya sudah nampak katil empuk sekarang ini.. penat sungguh dia sudah lah terpaksa menemani teman wanita nya makan kemudian terpaksa lagi menghantar teman wanitanya itu pulang dengan sisa sisa tenaga yang msih ada digagahkan juga diri menurut permintaan Shakira mana tidak dituruti kalau dia menolak pasti saja Shakira mengadu kepada Mamanya Maklumlah dia 'Calon Menantu ' harapan Mama .
Mukanya diraup
kasar untuk menghilangkan rasa penat yang suda lama ditahan tahan. Hampir dua jam dia keluar
makan bersama Shakiea sebelum bergerak menghantar teman wanitanya itu balik ke rumahnya .
Datin Maisara
yang sudah berdiri diambang pintu menjeling anak bujangnya tajam. “baru nak balik ke ? baru ingat rumah ? ke baru je pulih ingatan kamu tu ? "
Ah sudah... mama
mula nak membebel. yang itu baru mukadimah, belum masuk isi dengan penutup
lagi.
“Assalamualaikum
mama,” Perli Rayyan. Anak baru balik dari kerja pun
kena membebel. At least bagi la big hug ke.. kiss kat pipi ke..ni habuk pun takde hmm cedih !
“Waalaikumsalam,”
jawab Datin Maisara tanpa intonasi. Tangan Datin Maisara diciumnya, dan kemudian
berlabuh pula kepipi mamaya.
“Macam tak
ikhlas je jawab salam Rayyan...,” usik Rayyan lagi .
“Ikhlas dalam
hati siapa yang tau?" Jawab Datin Maisara melangkah masuk ke dalam dapur
“Ni berapa hari
pulak cuti ni?”
“Asal tnya mcm tu ma? tak suka ke Rayyan cuti lama-lama? datang lawat mama lawat papa duk rumah tengok movie goyang kaki makan kek coklat buatan mama kan berkat tuh "Seloroh Rayyan
“Tak suka,”
jawab Datin Afifah laju
Rayyan tergamam
dengan jawapan mamanya. “Sampai hatimu Mama membuat anak bujangmu lagi kacak seperti ini ...."
“Sebab mama tak
dapat coklat nanti,” potong Datin Afifah terlebih dahulu malas hendak mendengar ayat ayat jiwang karat milik Rayyan itu
Mata layu Rayyan
yang keletihan segera membulat sebar sebaik saja mendengar perkataan 'Coklat '
“Mama ada buat ke ? ” bersinar-sinar matanya memandang kearah Datin Maisara .
“Mestilah ada buat
sayang..siapa lagi yang suka sangat makan chocolate cake ni kalau bukan rayyan.”
"Mana mana ?" teruja Rayyan memandang sekeliling .
Datin Maisara mengambil cake chocolate yang diletakkan didalam Peti sejuk dan diberikan kepada Rayyan.
Dengan pantas Rayyan mengambil sudu kecil dan menjamah cake yang berada didepan nya itu .
“Ermmm...kek
mama memang terbaik !' puji Rayyan seraya membuat thums up .
“See the hand la..”
“Papa tak balik
lagi dari Universiti?” garpu ditangan dicucuknya pada potongan cake
dihadapannya.
“Malam ni papa
ada dinner dengan semua dekan
Fakulti. Balik lambat sikit kot .” Datin Maisara menjawab soalan anak lelakinya itu .
“Hari sabtu ni Rayyan takde apa-apa plan kan?Pergilah bawa Shakira tu jalan jalan kesian dia mama tengok kamu tu asyik sibuk dengan kerja kamu smpai dia pun kamu kadang kadang je jumpa" ujar
Datin Maisara separuh merayu.Memang sudah menjadi rancangannya untuk menjadikan Shakira sebagai menantu keluarganya itu . tiada lagi perempuan yang boleh menggantikan Shakira !
“Alaa...mama baru je tadi Rayyan keluar dengan Shakira lagipun sabtu ni Rayyan ingat ada plan
la.” Penuh berhati-hati Rayyan menyusun kata.
Anak lelakinya
sudah ditenung dengan tajam. “Nak keluar dengan perempuan lain ?”
Kepala Rayyan menongkat
kearah mama. “tak ”
Dilihat mamanya
sudah mengeluh kecil.
“Berapa kali Rayyan nak mama cakap..Mama tak suka Rayyan dengan perempuan lain Mama nak Rayyan dengan Shakira je tau ?! " tekan Datin Maisara.
“Tapi kenapa? Rayyan boleh kot cari perempuan yang Rayyan nak kan bukan yang mama nak kan .” Rayyan bertindak membela dirinya sendiri. Dia dan Shakira tidaklah seperti yang dijangka dia hanya berlakon untuk menjaga perasaan mamanya sahaja tiada setitik pun perasaan cinta untuk Shakira .
“Mama bukan tak nak Rayyan cari perempuan yang Rayyan nak kan sendiri Cuma kalau boleh mama nak menantu yang mcm Shakira tu lagipun Shakira kan anak kawan mama ?" terang Datin Maisara pula.
Dia tidak mahu nasib anaknya berakhir seperti
anak pertamanya. Perkahwinan yang dibina hanya mampu bertahan untuk tiga tahun
saja, sebelum menantunya meninggalkan anaknya atas dasar sudah tidak mencintainya lagi semua ini terjadi kerana perkahwinan yang dibina hadir dengan cinta yang sudah sedia ada sehingga selepas kahwin perasaan cinta itu suda tidak ada lagi bertakung dihati menyebabkan anak pertamanya nekad untuk membunuh diri Dan yang terpaksa menanggung akibatnya ialah cucu
kesayangannya, hilang kasih sayang seorang ibu dan bapa. Padan sahaja bertudung litup tetapi perangai seperti itu ? patutlah Datin Maisara membenci perempuan yang bertudung untuk menjadi bakal menantunya nanti
Amarah Rayyan mula membuak buak sudahlah dia penat bercampur pulak dengan tekanan mengenai Shakira . “Habis tu dah Rayyan tak nak dia kalau Mama nak sngat Mama je lah kahwin ngan Shakira” jawab Rayyan
“Nak Rayyan kahwin dengan perempuan yang murah ? hari hari bertukar jantan dia tu cuma pandang harta dan rupa Rayyan je Mama! kalau rayyan takde semua ni ingat dia nak pandang ke ? sah sah Rayyan ni dihina "
“Kenapa cakap mcm tu ?!Shakira tu baik tau tak? mama tau lah mana yang bgus mna yang tak.” Lirih Datin Maisara berkata. Dia yakin soal itu!
Tangannya mula
dikepal kuat, cuba mengawal rasa barannya yang datang secara mendadak. Turun
naik dadanya mengawal perasaan supaya tidak melukakan hati mamanya.
“Stop it mama!! Rayyan satu kerja dengan dia dan Rayyan tau perangai dia mcm mna dia tu takde maruah diri !” jerit Rayyan lantang dan kuat
sekali. Meja makan ditumbuknya kuat sampai bergegar meja batu marmar itu akibat
hentakan tangannya.
“dan yang paling
penting sekarang...bagi Rayyan masa” Suaranya
mula dikendurkan sebelum kakinya diheret meninggalkan ruang dapur yang terasa
menyesakkan jiwanya. ditinggalkan saja mamanya yang masih terkulat-kulat
disitu.
Rayyan Segera menyusun langkah kakinya
untuk mendaki anak tangga menuju ke kamarnya dia mahu menenangkan dirinya yang berkecamuk .Belum di campur dengan rasa letih yang berselirat ditubuhnya.
Sebaik saja
pintu kamar dibuka, tubuh sasanya dihempas kasar ke katil empuk miliknya . butang kemejanya dibuka untuk menyejukkan dirinya yang terasa panas,
sebelum didepakan seluas-luasnya. Terasa sempit ruang dadanya saat memikirkan
kata-kata mama sewaktu didapur tadi .
Tak habis-habis
nak suruh aku kahwin dengan perem.puan murah tu !
'Arghhh !' jerit Rayyan menghilangkan kusut di fikirannya.
Share this novel