Bab 12

Romance Series 24268

Message yang bertalu talu masuk kedalam smartphone milik Raisha mengejutkannya dari tidur . Tidur tengah hari hehe penat kot lagipun dia demam

UNKNOWN : hoi perempuan !

UNKNOWN : Hoi !! mana kau ni reply message aku cepat !

UNKNOWN : Heih sial lah !

" Sape pulak lah manusia sesat pergi message aku maki maki ni gila ke apa ? "

RAISHA : sape ni ?

UNKNOWN : tau nak reply lama aku tunggu tau tak ! aku girlfriend Rayyan dan aku tau kau cuba nak goda dia kan ?!

RAISHA :Huh ? bila masa lak aku nak goda Rayyan ?!

UNKNOWN : tak payah nak belakon lah ! kau jumpa aku kat taman dekat brige tepi tu jam 2 petang ! kau tak datang kau takut .

Raisha memicit micit kepalanya naik pening membaca message seperti dari budak tadika itu ! pasal lelaki pon nak gaduh ? dan Rayyan? bila masa pulak aku nak goda dia ? huh !

###

Raisha pergi ke tempat seperti mana yang di arahkan oleh "perempuan" misteri yang memessage nya tadi . Dia pergi berseorangan sahaja malas mahu membawa kawan kawanya ataupun abangnya .lagipun mereka masih belum habis waktu kelas .

Raisha duduk dikerusi yang berdekatan .
tiba tiba

PAPPP!! satu tamparan hinggap di pipinya. serta merta Raisha berdiri melihat siapakah gerangan yang sesedap rasa jee tampar anak orang

" Kau jangan cuba nak dekati Anak aku lagi paham ! kalau aku dapat tau kau dekat dengan anak aku Awasss ! " tengkin Datin Maisara . Rose disebelah sudah tersenyum .
Raisha memandang ke arah rose "huh ini girlfriend Rayyan patutlah muka pun mcm penari tiang kat club ! "

"Kenapa kau tengok aku mcm tu ? " Soal Rose yang sudah menunjal nunjal kepala Raisha

" Kau pahal ! aku dengan Rayyan tu takde apa lah ! " Tengking Raisha semula

"Hoi kau jangan nak jerit jerit dengan dia ! " marah Datin Maisara

"Tapi.."

"Takde tapi tapi kau takpayah nak rapat sngat dengan Rayyan paham ? "

Raisha menundukkan wajahnya .

"Aunty aunty tu bukan Rayyan ke ? " beritahu Rose yang ternampak Rayyan serta kawan kawannya sedang menuju ke arah mereka .

"macam mna ni aunty ?"soal Rose dalam keadaan yang cemas

"kenapa ni Mama ? mama buat apa kat sini ?" Tanya Rayyan heran mengapa mama nya tiba tiba ada di London . sempat dipandangnya Raisha yang sedang menundukkan wajahnya .

"Tadi Raisha terlanggar Aunty so bila aunty cakap sorry dia marah aunty pulak tu lah Rose datang cepat cepat kat sini " Tipu Rose .
Rayyan yang seakan tidak percaya dengan cerita Rose segera bertanya kepada mamanya.

"Ma..betul ke ?"

Datin Maisara menggangguk

"Kau ni memang lah !! tak puas hati kau dengan aku kau buat pulak dengan Mama aku !! " Tengking Rayyan terhadap Raisha . ni kalau ada Airil memang dah lama ditumbuknya Rayyan tapi nasib baik sahaja Airil membuat keputusan untuk balik awal kerana penat

Raisha masih mendiamkan diri seperti batu tidak pernah dia ditengking begitu oleh Rayyan. entah mengapa hatinya terasa .

"Kau diam pulak ! selalunya kau menjawab !! kau ni memang dasar perempuan tak tahu malu !!" Tambah Rayyan lagi. Adrian dan Haiqal segera menyabarkan kawannya itu .

Cukup dengan perkataan yang keluar dari mulut Rayyan mampu membuatkan Raisha mengalirkan air matanya . sungguh sakit dihatinya! tidak sangka Rayyan begitu kejam !

"Ma..ma..maaf.." Jawab Raisha lalu berlalu pergi. air matanya dengan deras mengalir jatuh .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience