“Pabila ku lihat senyumanmu~~
Terdetik memori pertemuan kali pertama
Kita berduaaaa”
tekumat kamit mulut Raisha menyanyikan lagu SELAMANYA CINTA yang dibawakan Oleh shila hamzah dan Alif satar yang dijadikan sebagai ost telemovie suri hati mr.pilot, entahlah semenjak dari mimpi yang dialami oleh Raisha 2 bulan yang lalu seakan akan benar benar terjadi dikehidupan nyata dan itu membuatkan dirinya sangat lah mengidamkan suami pilot. tiberrr
“Ada sesuatu tentang Raisha.. mimpinya bersama Rayyan.. membuatnya alpaaa” Airil sempat menyambung nyanyian adiknya tadi lebih kepada mengejek sebenarnya, memang sudah menjadi rutih harian kepada orang yang bernama Airil abang kepada Raisha itu memang tidak sah kalau satu hari tidak menyakat Raisha
BAMMM!
bilik Raisha diterjah masuk oleh Airil besertakan gelak terkekek kekeknya. Raisha hanya mengerling tajam Airil yang baru masuk dengan selamba badak baring diatas katil empuk milik Raisha
“Ewahh ewahh cantik punggung tu dok landing atas katil orang , lupa dah ke bilik mana satu ? “ sindir Raisha cermin meja soleknya kembali dilap
Airil tertawa terbahak bahak melihat aksi adik kesayangannya itu
“ aik tadi masa tengah nyanyi tak pulak abang nampak sha lap cermin tu kenapa sekarang lap pulak? “ Soal Airil menahan senyuman
Raisha menyelitkan rambutnya ketelinga, matanya melihat kiri dan kanan tangannya semakin lama semakin dipercepatkan . Peluh mula merembes keluar
“ Hah.. ap..apa abang ca..kap ni.. me..mang sha te..ngah.. lap..la” tergagap gagap Raisha menjawab soalan yang sudah pastinya ejekan daripada Airil
Makin terbahak bahak Airil tertawa bertambah lagi dengan adiknya yang sedang menahan malu dan tergagap gagap menambahkan geli hatinya
“Elehh coverrr... macam abang tak tau sha dah gila bayang lepas mimpi pasal Mr.Pilot misteri tu hahaha”
“Kan Sha dah cakap itu cuma mimpi... dan sha tak pernah cakap pun yang sha suka si Mr.Pilot misteri tu kann? “ Raisha kembali focus dalam lakonannya cermin meja solek dilap dengan penuh focus padahal cermin tu dah bersih bekilat satu habuk pun takde
“ Misteri ke ? Bukan Mr.Pilot sha tu Rayy...” belum sempat Airil menghabiskan ayatnya kain yang digunakan Raisha untuk mengelap cermin tadi sudah hinggap tepat dimulut Airil
“ Azab untuk mulut celupar bluekk”
Raisha dengan sepantas kilat melarikan diri dari tempat kejadian, sempat dia menjelirkan lidah kepada abang durjananya itu
“Haih.. indahnya permandangan pagi ni angin bertiup dengan kencang.. eh tu macam nak ribut taufan pulak haha” Dato Dr.Amirudin tergelak dengan lawak hambarnya sendiri . Surat khabar ditangan dibelek ke muka surat sebelah , tangan kanannya mencapai secawan kopi dengan penuh dramatiknya Dato.Dr Amirudin menghirup air kopi yang berada ditangannya
“ teringat masa muda... “ Dato.Dr Amirudin tersenyum sendiri
Baru sahaja dia ingin menghirup air kopi buat kali kedua
“RAISHAAAAAA!”
Uhukk Uhukkkk tersedak Dato.Dr Amirudin disebabkan oleh jeritan anak sulungnya itu , siapa lagi kalau bukan Airil?
“ASTAGFIRULAHALAZIMM, Airil ! Raisha ! Ni kenapa terjerit jerit awal pagi ni ?! “ marah Datin Maisara
Dato Dr.Amirudin mengeluh “ haihh ni kalau dah masuk bini aku memang roboh jugak rumah ni nanti” surat khabar ditangan ditutup dan diletakkan kembali diatas meja . Sekarang dia memberikan sepenuh tumpuan kepada iphone xs miliknya
Jari jemari Dato.Dr Amirudin sibuk menekan nekan screen iphonenya sekejap dislide sekejap discroll , bukan scroll tiktok eh tapi fac
“Abangg tu ma... sebok je “ Raisha yang baru turun dari tingkat atas segera mengadu biasalah anak manja
“sikid sikid mamaaaaaaa takoddddd” Airil yang juga baru turun dari tingkat atas mengejek Raisha dengan bibir yang dicebikkan
Raisha memandang tepat kearah mamanya dengan riak muka yang sudah boleh diteka “ Mama help meeeee “
Datin Maisara menggelengkan kepala melihat telatah kedua anaknya itu
“Ril, kamu dah tua kan takpayah lah sakat adik kamu ni lagi . Tulah mama dah cakap kahwin cepat cepat kamu taknak tengok sekarang ni kalau bosan adik kamu juga jadi mangsa”
Raisha mengganggukkan kepalanya dengan laju seperti burung pelatuk lagaknya
“Ril bukan taknak kahwin ma cuma belum jumpa yang tepat je” Airil melepaskan keluhan yang berat , Mamanya tidak habis habis menyuruh dirinya untuk mendirikan rumah tangga padahal umurnya masih muda baru 23 tahun
muda bukan?
Hensem lagi
uhuii :p
“Apa susah Kamalia kan ada...“ Raisha membisik bisik kan hasutan syaitan kepada mamanya
Airil yang faham dengan perangai Raisha membesarkan matanya lebih bermaksud memberi warning
“ hah Airil Kamalia kawan Raisha tu cantik jugak kan? “ tanya Datin Maisara disenggol senggolkan sikunya ke lengan Raisha
Airil yang baru duduk disebelah ayahnya hanya mengangguk perlahan malas hendak melayan
“ Airil tu masih muda hal hal kahwin ni terlalu awal buat dia , biarlah dia enjoy masa muda dia dulu “ sampuk Dato.Dr Amirudin
Airil memberikan high-five kepada ayahnya
mereka berdua pun tergelak besar
“ Apa maksud awak? Dulu kita kahwin pun waktu umur awak 23 saya 22 , jadi maksudnya awak tak enjoy masa muda awak lahh?? “ Datin Maisara sudah bercekak pinggang
Airil dan Dato.Dr Amirudin yang sibuk bergelak sakan sekali guss berhenti
“ ouhh shitt im gotta get out from here” Raisha segera berlari anak ke luar rumah sempat diberikan flying kiss buat abangnya yang tercinta
“ tak... mai bukan maksud abang macam tu tap...”
“Tapi apa... tapi ?? Nak bagi alasan ? Nak ajar anak awak tu bukan bukan hah?” Datin Maisara dengan laju memotong kata kata suaminya
Airil yang baru hendak berdiri dan melarikan diri dari perdebatan diantara papa dan mamanya terbantut disebabkan oleh badan Datin Maisara yang sudah berdiri berhadapan dengan Dato.Dr Amirudin sekaligus menghalang jalan Airil dari melarikan diri
“ Hah? Kenapa diam ? Kenapa taknak jawab? “ Tambah Datin Maisara lagi
“ itu kan nasihat.. lagipun zaman kita dah berlalu sekarang ni zaman modern anak muda zaman sekarang tertarik sekejap je lepas dah lama memang dorang bosan . Abang taknak lah anak anak kita jadi macam tu buat perkahwinan tu seperti taman permainan bila nak, nak . Bila taknak, taknak.” Jawab Dato.Dr Amirudin
Airil yang berada ditengah tengah mereka berdua hanya mengaru kepala . Nampaknya terpaksa la menahan telinga selama 2 jam
Share this novel