BAB 8

Romance Completed 5052

Dari seorang yang berduka ditinggalkan suami aku mula fokus dan tak sedar sudah lima bulan aku menjalankan tugas mengurus syarikat-syarikat suamiku. Kuakui ini bukan tugas yang sukar, banyak keputusan yang perlu ku buat dan aku yang masih amatur ini masih perlu belajar banyak dalam selok-belok perniagaan ini.namun syukur, segala dugaan dan ancaman berjaya ku tepis, tiad ayang menggugat mahu menggoyah keberanianku.

Tekad ku hanya satum mahu meneruskan perjuangan dan amanah suamiku. Meski aku acapkali diganggu oleh Mona Syed Azmi yang saban hari datang ke pejabat menyerangku. Dari info yang ku terima, Mona sedang menderita barah pangkal Rahim.

Hari itu aku pulang agak lewat dari pejabat, azan maghrib sudah berkumandang. Elok sahaja aku hendak keluar dari kereta, kelibat seorang perempuan berpakaian serba hitam lengkap berniqab datang menyerangku. Pisau diacukan di leherku.

Aku mula panik, segala doa ku baca termasuk berkali-kali aku melaungkan kalimah Allahuakhbar, jika ini momen terakhirku aku terima. Meki aku tidak dapat bertemu dengan suami tercinta sekurangnya aku suda menjalankan amanahnya. Terasa perit leher terkena tusukan pisau.

‘’Puan Mona berhenti! Puan sudah dikepung! Lepaskan Puan Diana,’’ arah suara lelaki dari arah belakang. Oh ini Mona! Mona datang menyerangku lagi. Kelihatan Mona mulai panik dan berselindung di sebalik tubuhku. Beberapa kereta polis mula mengepung rumah kami, orang ramai mulai memenuhi perkarangan luar rumah. Aku takut sungguh aku takut namun ketakutan ku hilang saat melihat sosok tubuh insan yang siang mlam ku rindukan, Ya Luth datang!

“Mama.” Suara genit dan nyaring itu juga aku kenal, ya aku juga rindukan suara Ash!

“Jantan tak guna! Luth you betray me! Kau nak sangat betina ni kan? Aku akan bunuh dia biar kau berputih mata. Apapun kau tak dapat!’’ teriak Mona.

“Mona, berhenti buat kerja bodoh. Aku tak mungkin kembali pada kau. Antara kita tak ada jodoh terimalah hakikat itu dan lepaskan Diana, dia isteri aku!,’’ pujuk Luth lembut.

“Isteri? Apa kau cakap?’’ serta merta airmuka Mona berubah.

“Ya Diana isteri yang telah aku nikahi tujuh bulan lepas. Aku tinggalkan dia tanpa kerelaanku. Kalau bukan keluarga kau yang membuat onar dan tak habis-habis mengancam kami, sudah pasti aku dah Diana tidak terpisah. Sekarang aku minta kau lepaskan dan move on, sudah tiada guna kita berterusan membenci dan berdendam.

Seraya itu juga aku merasa bagai ada tubuh yang duduk terjelupuk, aku menoleh ke belakang dan melihat Mona sudah terduduk dengan esak tangisnya. Selama ini dia memasang impian untuk menjadi isteri Luth dan dia sekeluarga mengatur pelan untuk membolot harta suamiku. Namun kehadiranku mematikan segala impian mereka.

AKu bergegas berlari mendapatkan Luth dan Ash. Kini setelah aku tahu sebab disebalik keanehan yang berlakum aku makin jatuh cinta sedalam-dalamnya pada Luth.

Syukur hatiku kuat mempertahankan rumahtangga meski gelora badai datang menduga. Kami bertiga, kembali bersama hidup didalam satu bumbung yang sama. Aku yang dulunya isteri rahsia sudah menjadi isteri yang dibanggakan suami. Tiada lagi rahsia menyelubungi kami. Dan baru ku fahami bahawa semua tingkah laku suamiku adalah untuk mendugaku.

Kad Credit, ATM yang diserahkan kepadaku adalah untuk menguji kejujuranku memandangkan selama ini dia sering bergelumang dengan wanita yang hanya mahu mengambil kesempatan pada kekayaannya. Syarikat berada di bawah pengurusanku adalah demi memastikan legasi keluarganya tidak berakhir dek kerakusan keluarga Syed Azmi, ayah Mona yang mahu membolot syarikat milik Luth.

Sehingga ke hari ini siapa gerangan ibu Ash masih belum ku temu jawapan, biarkanlah. Itu tidak penting bahkan suami ku juga tidak mahu mendedahkannya. Aku tak kisah kerana kehadiran Ash sebagai pelengkap dalam kehidupan kami apatah lagi kini aku sedang hamil tiga bulan.

Untuk setiap airmata yang jatuh, pasti diganti dengan tawa gembira, disebalik malam gelap yang ku lewati, ada sang suria merembeskan cahaya menerangi hariku begitu juga bahagia, kesilapan takkan selamanya menjadi kesilapan ia akan menjadi pengajaran beharga buat kita dan cinta yang penuh dusta dan hampa takkan selamanya membekas di hati kerana pasti hadir seseorang yang akan membawa bahagia melenyapkan duka dihati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience