BAB 5

Romance Completed 5052

Aku mengeluh panjang, aku pelik kenapa benda yang semudahnya saja dilakukan dalam talian perlu diserahkan kepada aku, bukan selama ini dia buat sendiri? Mahu tak mahu aku hanay menurut sahaja asalkan aku ada kerja.

Sedar tak sedar hampir sebulan aku bekerja sebagai pembantu rumah dan aku mulai selesa dengan pekerjaan ku ini. Bahkan hubungan ku dengan Luth juga semakin akrab. Ku akui bagai ada satu tarikan chemistry yang kuat antara kami berdua namun baik aku mahupun terlalu ego untuk mengakuinya. Aku memendam selagi boleh, boleh jadi andaianku itu hanya mainan perasaan meskipun gerak bahasa tubuh kami menyatakan sebaliknya. Aku tak mahu mengakui akan kewujudan cinta dalam hati yang mulai berputik dan betapa aku bersungguh-sungguh menentang kewujudannya. Namun siapalah yang mampu menahan penangan wajah kacak dan gerak romantisnya yang malu-malu kucing itu. Hanya kami bertiga dirumah ini termasuk Ash, ash juga memang menganggap aku sebagai mama. Panggilan mama itu sudah cukup membuat aku terbuai bahagia berangan kalau-kalau kami ini sekeluarga.

Saat ini mereka berdua adalah alasan untuk aku bahagia dan gembira. Ya duniaku sudah bertukar indah sejak mengenali Luth dan Ash. Nyata angan ku itu bukan sekdar angan, pada satu hari Luth mengajakku pulang ke kampung dan menyatakan hasrat untuk bernikah bagi mengelakkan fitnah orang, memandangkan kami bertiga sahaja tinggal di rumah mewah itu.

Maka berlangsunglah hari bahagia kami yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat, Luth meminta pernikahan ini dirahsiakan dan dilalukan secepat mungkin. Ya sedikit pelik namun aku tidak mengendahkannya.

Sungguh pernikahan itu adlah momen manis buatku, penyatuan antara aku dengan insan yang ku cintai. Masjid Takwa menjadi saksi penyatuan kasih kami dan sungguh aku tak menyangka Luth menerimaku menjadi isteri meskipun aku wanita yang bergelumang dengan memori hitam. Luth positif dan menasihatkan aku agar maju ke hadapan lupakan memori silam.

Usai majlis, kami berdua berjalan sambil bermimpin tangan. Sungguh tak sangka lelaki ini berdiri di sebelahku sebagai suami. Bahagia bukan kepalang. Hatiku berdebar memikirkan pegangan tangan itu sedara lakonan di hadapan keluarga dan akan terlerai sebaik masuk ke dalam kereta namun ia nyata meleset, Luth memegang erat tanganku, ya masih, seakan tak mahu dilepaskan.

“Diana, selama mana abang masih bergelar suami Di, abang akan menyintai dan menjaga Di seorang. I love you,’’ luah Luth, arimataku bergenang. Benarkah akhirnya kebahagiaan milik ku?

‘’Di janji akan menjaga dan mencintai abang, setia sebagai satu-satunya isteri abang sampai ke akhir nafas,’’ itu janji ku padanya.

Luth terus merangkulku erat, sungguh saat ini ku merasa seluruh cintanya dari hati bagai tumpah dalam setiap erat pelukan.

Syukur pdamu Ya Allah kerana telah menganugerahkan imam yang dapat membawa arah pelayaran hidupku di jalan yang betul. Fahamlah aku kini bahawa segala kepahitan yang Tuhan berikan padaku digantika dengan sesuatu yang sungguh manis.

Sedang kami sarat bermadu kasih lemas dalam pelukan erat, kami dikejutkan dengan bunyi deringan telefon bimbit. Luth menjawab panggolan telefon dan beberapa minit kemudian dia menoleh padaku. Wajahnya yang ceria dan penuh romantis tadi kini bertukar sugul dan muram, kedua telapak tangannya ditelangkup ke muka. Ada nda keluh kedengaran. Aku hanya terpinga-pinga sahaja cuba menanti kata-kata penjelasan daripadanya.

Setiba di rumah, Luth segera menyuruhku mengemas pakaianku. AKu tercengang. Nak pergi bulan madu ke?

‘’Dah awak boleh tak bergerak pantas, masa dah makin suntuh,’’ wah sekelip mata saja dia berubah, tadi berjanji setia bagai kini macam orang lupa ingatan pula. Namun aku berlagak tenang dan cuba meminta penjelasan daripadanya.

‘’Sayang..’’

‘’please stop it! Masa tak sesuai nak bersayang-sayang, ikut cakap saya dan please pack up your things now! Brhenti tanya saya cepat buat apa yang saya suruh.’’arahnya tegas.

Aku bergegas kemas pakaianku dan dalam 10 minit Luth datang.

‘’Dah siap?’’ suaranya keras membuat aku kaget. Aku angguk. Dia mengangkat beg pakaianku lalu menyentap tanganku kasar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience