BAB 4

Romance Completed 5052

‘’Look whos here! Dada!’’ jerit budak lelaki itu smabil meluru memeluk Luth, oh itu pasti anaknya. Dari dakapan erat itu jelas menunjukkan dua beranak itu sangat akrab dan hatiku sedikit tertarik melihat sisi manis Luth ini. Ish Diana! Tu bapak orang tahu tak? Kau dah sangap laki orang ke?

Luth membelai rambut budak lelaki itu seraya membisikkan sesuatu ke telinga budak tu. Budak lelaki itu mencuri-curi pandang aku sebelum tak lama kemudian dia berlari memelukku.

Sungguh aku terkejut! Namun hatiku yang lembut ini mudah tersentuh lalu terus memberi pelukan erat kepada budak lelaki itu. Sungguh hatiku terharu, andai saja aku juga dikurnikan zuriat comel dan bijak sepertinya.

‘’Mama,’’ panggilnya manja membuatkan aku terkesima. Bundar mataku memandang wajah Luth yang tersenyum sengih memandang aku dan anak kecilnya itu.

“Yeayy Ash dah ada mama! Finally I can play with my mama,’’ polos saja budak lelaki itu berbicara riang. Luth masih berdiri namun kali ini dia kelihatan girang. Apa semua ini? Kua ingat ini gurauan ke? Geram aku memeikirkan yang diri aku sedang jadi bahan mainan dia. Aku cuba bertenang dan menahan sabar kerana aku baru sahaja beberapa minit sampai di rumah ini, harapan mama ku galas sekali dan aku tak mahu semangat ku yang berkobar-bkobar tadi hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam.

“Diana, buat sementra ini awak akan orang gaji di rumah ini gantikan maid saya mak Som yang cuti balik Acheh. Lepas dia balik nanti awak bolehlah ikut saya ke pejabat dan gantikan tempat Sonia sebagai pembantu peribadi saya, dia cuti bersalin sekarang.’’ jelasnya tenang dan selamba. Eh apa? Masa depan mama bukan main kau pung pang cakap aku dapat dua jawatan sekaligus.

‘’Orang gaji?’’ tanyaku

‘’Yelah PR itu maksudnya pembantu rumah atau bahasa kasarnya orang gaji, rileklah. Jangan anggap saya tipu. Betullah apa yang saya cakap PR stand for Pembantu rumah,’’ tuturnya beria pula dia nak terangkan maksud pembantu rumah itu.

‘’Saya ingatkan public relation officer dan juga PA, sudahnya satu berstatus pembantu rumah dan satu lagi cuma pengganti, pendek kata kedua-duanya pengganti bukan pekerja tetap pun, bila-bla masa saya akan dibuang. Ni tak kelakar okay? Awak tipu saya ke ni Luth?’’ Aku sudah tak mampu membendung marahku.

‘’Awak nak kerja tetap ke Diana?’’ tanyanya dan aku penuh innocence angguk namun disambut dengan senyuman mereng ari Luth.

“Payah sebenarnya nak jadi pekerja tetap sebab awak kena praktis dan dapatkan latihan , ia bukan kerja yang mudah dan dibuat main-main baru awak dapat kerja tu Diana, faham?’’ tanyanya dan sekali lagu aku mengangguk faham. Apa kau ingat aku tinggalkan family sebab nak kerja main-main ke? Eh geram aku mamat ni.

Mahu tak mahu aku tetap beralah dan tetap melakukan segala tugasa rumah yang dilakuukan Mak Som sebelum ini sebaiknya. Aku menghargai pekerjaan baru ku ni. Apalah sangat takat kerja kemas rumah, memasak dan sebagainya itu.

Daun pintu dibuka, Luth baru sahaja balik dari pejabat. Aku menyambut kepulangannya dengan menghulurkan teh Jasmine kegememarannya. Luth meneguk sedikit lalu berdehem.

‘’10 minit nanti awak datang ke ruang pejabat saya ya,’’ arahnya dan aku angguk patuh pda arahannnya.

“Diana, ini kad kredit saya dan ini kad atm saya, mulai hari ini saya nak awak selesaikan tugasa membayar bil utility aoi, air, kereta, astro dan rumah ni. Nombor akaun untuk semua bil yang perlu dibayar saya dah kelipkan sekali dalam sampul surat tu. Selepas itu awak juga bertanggungjawab dengan barang rumah yang kurang, bahn mentah, susu untuk Ash dan apa saja yang awak rasa perlu untuk rumah ni,tapi ingat sertakan sekali resit-resit untuk tujuan rekod ya,’’ jelasnya. Sudah! Aku lemah betul bab-bab berkaitan duit dan kira-kira ni, meskipun aku sukakan wang ringgit namun ku rasakan bagai menanggung beban yang berat pula kena memegang kad atam dank ad kredit milik orang.

‘’Tapi encik Luth,’’

‘’Tiada tapi-tapi dan panggil saya Luth sahaja, now excuse me I need to do some work. Close the door behind you. Thank you.’’ Arahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience