BAB 3

Romance Completed 5052

Perjalanan selama dua jam yang menjanggalkan dan membuang mas abagiku akhirnya berakhir. Luth dipelawa pakcik Hans masuk ke rumahnya manakala aku pula terus beredar pulang ke rumah. Tidak betah untuk aku berlama di sana, untuk apa kan? Itu ku kira pertemuan terakhir kami namun sangkaan ku meleset bila pada malam itu pakcik Hans mempelawa kami sekeluarga untuk makan malam, katanya dia sudah menghidangkan hidangan ala shell out di rumahnya, ikutkan hati aku taknak namun agak janggal bila aku mengelak pergi sedangkan selamani apa juga majis pertemuan keluarga aku tak pernah terlepas dan akulah yang paling ringan tangan. Sekali lagi aku bertemu Luth.

‘’Saudara ni bekerja sebagai apa,’’ tanya mama kepada Luth.

‘’Oh saya bekerja sebagai arkitek makcik,’’ jawabnya.

“Oh I See, nak tanya, agak-agaknya di syarikat saudara ada tak jawatan kosong? Kerja-kerja pejabat pun boleh untuk diberikan kepada anak perempuan makcik ni?’’

Tersembul air sunquick yang ku minum saat mendengar kata-kata mama tu. Duhai badan, apalah malangnya nasib aku ni, aku nak cut ties dengan mamat ni tapi boleh pula mama pergi meminta bantuan dengan lelaki pembaris ni.

“Eh sudah tentu apa salahnya, saya sedia membantu. Tapi lagi bagus anak perempuan makcik ini berstatus single senang untuk saya rekomenkan,’’ ujarnya disertai dengan senyuman lebar ala Joker. Suka ye kau nak kenakan aku? Bahagia ke? Kau jangan cakap yang kau test market pula!

‘’Thanks, but no thanks, saya boleh cari kerja sendiri,’’ bentakku mengejutkan semua yang ada di situ. Awkward namun segera aku memberikan senyman kelat kepad amereka sebelum maksing-masing menyambung mengopek cengkerang ketam dan udang.

“Are you really sure you taknak kerja? Saya tak rasa ada masalah nak rekomenkan awak kerja memandangkan keputusan di tangan saya since syarikat tu kepunyaan saya,’’ kata-katanya itu cukup membuat sekalian keluarga tergaman dan berhenti mengupas udang dan ketam sekali lagi, aku juga turut serta tergamam. Mati-mati aku ingat dia arkitek picisan atau amatur yang baru berjinak cari makan. Terlopong juga mulut aku namun segera ku tutup apabila Luth mula mengenyitkan mata kepadaku.

‘’Tapi nak tanya, jawatan apa agaknya yang sesuai atau nak ditawarkan pada anak saya ini, dia ni makcik taktahulah suka apa selain suka menulis berkurung dalam bilik je tahunya,’’ tambah mama lagi.

“Macamnilah untuk permulaan dan memandangkan kebetulan saya sedang memerlukan pekerja menggantikan pekerja lama saya yang baru lepas bersalin, jadi saya akan berikan jawatan sebagai pembantu peribadi iaiatu PA dan juga PR, dua tugas sekali yang perlu digalas oleg Diana. Kita akan runding mengenai gaji bila awak datang ke pejabat saya esok, saya akan arrange semua once you masuk office esok. Soal penginapan, saya ada menyediakan kuarters untuk pekerja, semua fasiliti ada jadi should be no problem.’’ Terangnya bersungguh-sungguh. Eh kalau dah macmani baik punya tawaran haruslah aku terima kan, namun hatiku berbelah bagi untuk membuat pilihan terbaik dalam hidup, ya hidup ini sellaunya tentang pilihan baik kecil atau besar yang perli diputuskan setiap hari kan?

‘’Mama itu adalah pekerjaan terbaik untuk kamu Diana, daripada kamu terperuk menulis non tsop pda benda yang tak memberi masa depan dan tak pasi eloklah kamu memulakan hidup baru dan bekerja. Gunakan kebolehan dan pendidikan kamu itu sebaiknya, jangan disia-siakan. Mama tak minta wang ringgit kamu andai kamu berjaya kelak, cukup kamu sedar kesilapan yang lepas dan jangan biar pisang berbuah dua kali.’’ Luah mama lagi, kelihatan ada kaca yang hampir bergenang di kolam mata mama. Aku sebenarnya takut menghadapi hari yang mendatang, memori lalu membuat aku menjadi pengecut tapi sampai bila kan?

AKu akhirnya akur pada pilihan yang berada di hadapan ku ini. Tanpa berfiikir panjang, malam itu juga aku mengemas pakaianku dan segala dokumen yang diperlukan. Esok pagi aku meninggalkan kampung ini dan mengorak langkah memulakan kehidupan bru sebagai perantau.

Lamunan ku teringat pada keluarga di kampung terhenti sebaik sahaja kereta tiba di perkarangan banglo mewah dan tersergam indah ini. Sungguh cantik dan besar, aku benar-benar terpegun.

‘’Mari,’’ pelawanya sambil tak sedar yang tangannya sedang memegangku. Aku bagai tersentak begitu juga dia. Cepat-cepat Luth melepaskan pegangan tanganku, senyuman manis penuh erti diberikan padaku sambil matanya yang tajam itu merengku, sungguh tajam menusuk sanubariku. Degupan jantung ku makin kencang bagai ad agekolak rasa yang sudah tak tertahan. Jangan lemah Di, jangan lemah! Fokus jangan muda terperangkap dengan godaan syaitan. Perasaan kekok dan segan merajai namun mahu tak mahu aku melangkahkan kaki juga masuk ke banglo itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience