BAB 6

Romance Completed 5052

‘’Apa kena denga abang ni? Kenapa tiba-tiba berubah? Saya ada buat silap ke ni bang?’’ kekecewaan ku hampaskan pada segala amarah ku ini, sungguh aku tak tahu apa yang terjadi. Dia tegas, dia garang dan berubah sekelip mata. AKu dapat merasakan semua ini sekadar propa namun aku masih mati akal memikirkan kenapa jadi begini.

“Khalif, aku nak kau hantar perempuan ini ke alamat yang aku berikan tadi,’’ arah Luth pada Khalif pemandu peribadinya yang berusia 40-an itu. Aku masih terpinga-pinga minta Luth mohon penjelasan namun Luth bingkas menolak ku masuk ke dalam kereta dan seraya itu juga kereta Volvo milik Luth itu dipandu keluar meninggalkan banglo yang menjadi tempat aku tinggal selama sebulan lebih. Airmtaa ku bergenang dan sedar tak sedar aku terlena dalam kolam airmta.

Mataku celik dan dan aku melilau memandang sekelilingku, Aku cam tempat ini, ya ini adalah halaman rumahku. Kenapa? Tapi kenapa aku pulang semula ke rumah ini? Apakah maksud di balik semua ini? Pagi tadi aku menjadi isterinya dan ssekarang ini dalam tempoh beberapa jam sahaja aku kini seperti orang asing. Pening aku memikirkan sebab musababnya dank u sadari arimata sudah tidak lagi tumpah. Mungkin saja ini adalah satu gimik penuh palsu. Aku menutup pintu kereta dan kelihatan mama menyambut kepulanganku dengan wajah girang. Hairan, tiada pula mama bertanya soalan yang aneh. Aku malas fikir sangat.

Fikiran ku tak tenang, aku masih tak berputus asa. Sedari tadi panggilannku tak dijawab. Berkali-kali aku cuba menghubungi Luth namun kali ini lebih prah apabila dia mematikan telefon bimbitnya. Entah kenapa malam ini rasa rinduku menggunung tinggi, ya aku rindu pada Luth cinta hatiku dan pada Ash. Sekali lagi aku tidur dalam linangan airmata.

Tiga puluh hari berlalu sejak aku ditinggalkan tanpa sebab oleh suami yang baru ku nikahi. Ya aku sudah lut pada kesakitan, aku mulai melupakan dia. Meski tanpa hadirnya sang suami hidup aku perlu bangkit.

Hari itu aku menerima satu berita yang berupa pesanan daripada Kak Watie yang merupakan matan bakal kakak iparku. Katanya bekan teman lelakiku, Hamid, menitip pesan mahu bertemu denganku. Hamid dilaporkan mausk hospital kerana mekalangan jalan raya beberapa hari lalu. Berat hati sebenarnya untuk bertemu dengan insan yang pernah melukakan namun atas sebab pesananitu, aku pergi juga menghadapnya.

‘’Saya datang seeprti yang awak pesan, apa khabar?’’ tanyaku. Adalah penting untuk aku menjelaskan sekali lagi bahawa kedatangan ku ini disebabkan permintaanya bukan atas kemahuanku semantelah lagi aku ini isteri orang, sudah semestinya aku menjaga kehornatanku ku dan suami.

‘’Macam yang awak tengok tapi dah stabil,’’ jawabnya ddengan mata yang tak lekang memandangku. Gila mungkin Hamid ini. Mana taknya isteri ada disebelah manakala sauudara mara yang lain pula di memenuhi wad dia ditempatkan. Hamid memperlakukan mereka bagai tidak wujud.

“Diana, sungguh awak bertambah menawan sekarang. Hurmm macamnilah, tujuan saya minta awak datang ni adalah untuk memohon maaf atas segala yang berlaku. Besar hharapan saya agar kita dapat bersama seperti sediakala. Terimalah saya dan maafkanalah saya. Saya janji untuk berlaku adil dan kali ini akan lebih memahami awak,’’ rayu Hamid dengan esak tangis, tangannya mula berjalan seperti ketam meramas erat tanganku namun hatiku membatu, seakan melihat drama TV langsung tiada terkesan dengan esak tangisnya. Aku senyum dan perlahan menarik semula tanganku dari genggaman tangannya.

‘’Hamid, saya rasa awak dah boleh lupakan hasrat awak. Jangan salah faham. Saya maafkan awak dan saya nak minta maaf juga pada awak, pada isteri awak dan semua yang ada di sini. Apa yang saya lakukan adalah kesilapan yang saya sendiri tak dapat terima. SUngguh saya buta dan khilaf menerima cinta yang bukan milik saya dari mula. Saya silap menilai cinta awak yang diberi kepad asaya atas airmata orang lain. Saya beljar dari semua kesilapan dan sudah merasakan balasan ditinggalkan suami. Mana mungkin saya menerima awak semula. Pulanglah ke pangkuan insan yang mencintai awak,’’ tuturku bersahaja dan esak tangisnya makin kuat. Sudah tida cara untuk kita bersama. Aku sudah tidak mampu menerima kata cercaan dan hinaan, sedangkan yang dulu masih terasa kepedihannya.

AKu meminta diri untuk pulang, Hamid menawarkan diri untuk menghantarku ke ruang pick up dan drop off walau berkali ku menolak namun dia tetap berkeras. Baru sahaja pintu teksi ingin ku buka, aku merasa bagai tanganku di tarik kuat oleh seseorang dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience