BAB 7

Romance Completed 5052

“Betina sundal! Tak guna.” Satu tamparan singgah di pipiku. Terasa perit. Aku kaget begitu juga orang ramai yang berada di lobi itu.

“Berani kau nak kacau Luth! Dia kepunyaan aku. Kau siapa nak kacau hidup kami. Kau ni nak kena, belum kenal lagi aku siapa kan? Ini Mona! Mona Syed Azmi!’’ teriaknya.

Adengan itu pasti saja jadi tontonan orang sekeliling. Aku tak kenal siapakah gerangan wanita ini. Rambut panjang hitam ikal mayang, kulitnya gebu, berpakaian dress bodycon ketat menampakkan susuk tubuhnya yang seksi dan dari penampilannya itu jelas menunjukkan dia orang kaya. Aku kehilangan kata-kata, baru sahaja aku mahu membetulkan tudungku, ada dua lelaki berpakaian serba hitam datang menghampiriku dan serentak itu juga wanita itu lari melarikan diri.

‘’Puan Dianan okay ke? Ada cedera di mana-mana?’’ tanya salah seorang lelaki berbaju hitam it. AKu makin kehairanan namun aku menggeleng-gelengkan kepala sebagai tanda yang aku tidak cedera.

“Tapi siapa awak berdua ni? Ada kena mengena dengan perempuan tadi ke?’’ tanyaku kebingungan. Kedua lelaki berbadan sasa itu saling berpandangan dan seraya itu juga mereka menarik tanganku ke kawasan parkir kereta. Selepas memastikan keadaan sekeliling selamat mereka datang kepadaku dan cuba untuk menjawab pertanyaan ku tadi. Baru sahaja dia mahu membuka mulut, deringan telefon menghentikan niatnya. Dia menjawab panggilan tersebut.

‘’Ya saya dan Rey ada di sini bersama Puan Tuan, semua dalam keadaan selamat,’’ ujar lelaki tersebut. Aku dapat merasa itu adalah Luth. Ya dia sedang bercakap dengan Luth! Aku tanpa berfikir panjang terus merampas telefon tersebut.

“Abang! Abang ni Diana! Abang di amna? Diana rindu tolong bercakap dengan saya sekali ni je bang? Ash mana bang?’’ rayuku merintih minta untuk bertemu namun masih tiada suara berbalas di hujung talian. Ya mungkin kami ditakdirkan untuk tak bersama namun ku mohon untuk dapat mendengar suaranya walau sekalipun sudah memadai.

‘’Diana, ni abang.’’

‘’Abang!’’ lidahku kelu, bagai gugur segala rindu ku saat mendengar suaranya.

‘’Abang tahu Diana sedih dengan semua yang terjadi, namun abang harap Diana kuatakan semangat menghadapi semua dugaan ini. Abang perlukan pertolongan Diana dan Diana kena dengar baik-baik. Sekejap lagi Encik Chan peguam abang akan datang dan Diana kena tandatangan dokumen yang diserahkan itu, ikut cakap abang dan itu sahaja yang abang minta dari Diana,’’ talian diputuskan. Aku masih belum habis berkata. Airmata ku gugur lagi.

“Encik, encik saya mohon tolong bagitau saya yang suami saya okay ke? suami saya ada di mana sebenarnya?’’ tanyaku pada kedua lelaki itu sambil menadah tangan merayu pada mereka.

‘’Puan, kami ini sekadar orang suruhan. Panggil saja saya Ray dan Rex. Kami adalah dua penyiasat peribadi yang diupah oleh Tuan Luth demi memastikan keselamtan puan, kami ssudah mengekorii puan berbulan lamanya dan hari ini kami datang bersama misi,’’ jelas Rey.

‘’PENYIASAT? Apakah saya berada dalam keadaan bahaya?’’

‘’InsyaAllah kami akan melindungi puan sebaiknya, selagi kami ada puan akan selamat. Tentang soal dimana lokasi tuan Luth berada, maaf kami pun tak tahu keberadaan tuan luth di mana. Mr. Chen dah datang, puan ikut saja arahan daripadanya ya.’’ Aku hanya mengangguk.

Mr. Chen memperkenalkan diri dan langsung sahaja dia menerangkan tentang apa yang diamanahkan oleh Luth. Sebanyak empat fail diseahkan kepadaku untuk ditandatangan. Aku amati dengan teliti keempat-empat file itu dna ia merupakan fail penyerahan kuasa pengurusan tiga buah syarikat suamiku termasuklah satu dokumen penukaran nama rumah dan beberapa hartanah milik Luth yang akan ditukar kepada namaku.

Bundar mataku melihat kesemua dokumen itu, aku perlu menguruskan kesemua syarikat itu, apa gila? Namun kerana mahu menjalankan tugas dan amanah yang diberi oleh suami aku akur dan menyahut cabaran ini. Kunci kereta dan rumah diserahkan, seakan ada satu bahagia terbit bukan kerana segala benda yang diserahkan sebaliknya dari semua ini ada harapan kecil buatku untuk bertemu dengan suamiku, bila? Hanya masa saja yang menentukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience