BAB 1

Romance Completed 5052

Segala sesuatu yang terjadi dalam hidup kita sbenarnya sudah ditulis di Loh Mahfuz lagi, dari saat kau hanya segumpal darah dan seterusnya menjadi makhluk bernyawa yang dipanggi manusia Allah SWT sudah menetapkan takdirmu tinggal lagi kau sebagai manusia yang beriman seharusnya menrima segala ketentuan takdirnya dengan penuh redha.

Jadi apa kaitan bingkisan ku ini dengan soal kerja takdir yang ditulis Illahi?

Sedang aku sedang leka untuk menyiapkan manuskrip yang ku canang dijadikan buku comeback aku setelah sudah lama menyepi dalam dunia penulisan ada suara yang berkali-kali memanggilku oleh seseorang dari luar namun aku yang terlalu fokus pada kerjaku berpura-pura tidak mendengarnya, iya aku sengaja tidak menghiraukannya dan meneruskan kerja ku kerana pada waktu itu idea datang mencurah-curah, sebagai penulis momen itu adalah waktu berharga. Suara panggilan itu senyap seketika dan aku merasa lega.

‘’Nak tanya, penhuni rumah seberang tu ada kat rumah ke?’’ tanya pemilik suara itu secara tiba-tiba membuatkan aku kaget. Mungkin kerana panggilannya tidak disahut dia akhirnya nekad untuk masuk ke rumahku meski hanya berdiri di ruang tamu rumah. Aku tergamam seketika kerana masih terkesima dengan tindakan nekadnya yang masuk ke rumah orang tak diundang tetapi berlagak bagai mengenali aku. Agak biadap di situ. Mahu tak mahu aku cuba berlagak tenang dan melayannya. Sungguh aku tegaskan yang aku tidak mengenali orang ini.

‘’Encik ni masuk ke rumah orang ni kenapa ya? Boleh tak kita bercakap kat luar sahaja,’’ tanyaku sedikit bengang sambil mengajaknya untuk ke luar rumah. Soalannya aku endahkan tidak terjawab.

‘’Oh maaf sebab saya nak cepat ni, nak tanya Mr. Hans yang tinggal kat depan rumah awak ni, dia ke mana ye? Awak tahu tak? Saya dah tunggu punya lama kat luar tadi, ketik-ketik loceng rumah tak berjawab, call tak diangkat. Saya perlu jumpa Mr. Hans hari ni juga,’’ tanyanya sedikit gusar, orangnya tinggi lampai dan agak tampan persis Farid Kamil versi darah campuran, percakapannya juga agak formal dan tersusun, aku nak cakap beradab tapi dia macam tak beradab pula main serbu rumah orang, okaylah mungkin dia benar-benar terdesak. AKu maafkan.

‘’Tapi sebelum tu, maaf bertanya. Awak ni siapa? Apa kaitan dengan Mr. Hans ni?’’ soalku lagi sekali lagi tidak menjawab pertanyaannya sebaliknya mengajukan pula soalan kepadanya. Iyalah aku kena sahkan dulu siapa dia ni, zaman sekrang ini ramai scammer tak boleh percaya.

‘’Oh saya Luth, arkitek untuk projek rumah baru Mr. Hans bertanggungjawab menyiapkan plan rumah baru dia, kami telah berjanji untuk bertemu jam 10 pagi tapi sedari tadi saya menangtikannya hampir sejam Mr. Hans tak juga muncul-muncul, bukan apa ada perkara mustahal yang perlu dibincangkan hari ini,’’ tuturnya sangatlah formal membuat aku merasa bagai melihat filem melayu zaman 70-an pula.

“Owh Encik Mr. Hans. Dia tak kata kat awak ke yang dia balik kampung? So awaklah arkitek yang buat plan rumah di kampung nanti ye?’’’tanyaku ingin tahu seraya melemparkan senyuman. Entah kenapa rajin pula bibirku melemparkan senyuman pada orang asing ni.

‘’Ya saya, memang betul tu, tapi bagaimana awak tahu tentang projek rumah kampung Mr. Hans tu?’’ tanyanya kebingungan. Aku kembali melemparkan senyuman.

‘’Owh yang sebenarnya saya Mr. Hans itu bapa saudara saya, so dah tentulah saya tahu tentang projek rumah kampung tu sebab ianya rumah kami juga, rumah untuk kami sekeluarga. Encik duduk dulu kat sini biar saya telefon pakcik saya ya.’ Ujarku, dah kenapa aku ikut sekali skema jawab soalan jejaka ini? Paling tak boleh tahan aku boleh tahan je rilek melayan dia dengan penuh gembira padahal aku ni boleh tahan sombongnya. Mungkin dia juga ramah untuk berbual atau harus kuakui orangnya kacak, sejuk mata memandang. HE HE HE…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience