BAB 2

Romance Completed 5052

Luth menganggukkan kepala dan aku seraya masuk ke dalam mencari telefon bimbitku lalu mula mendail nombor telefon pakcik Hans. Pakcik Hanse meminta telefon diserahkan sebentar pada Luth, maka mereka berdua berbual di talian, sessekali aku melihat Luth mengangguk-angguk tanda faham sebelum tak lama selepas tu telefon bimbit diserahkan semula kepadaku.

‘’Pakcik awak nak cakap dengan awak,’’ ujarnya dan aku terus mengambil telefon itu dari tangannya dan mula bercakap dengan pakcik Hans.

‘’Pakcik nak kau ikut encik Luth tu, balik sekali dengan dia ke kampung. Ini penting jadi kamu tak payah bagi banyak alasan Diana,’’ arah pakcik Hans padaku, ada nada tegas pada suaranya dan mahu tak mahu aku harus menemankan Luth balik ke kampung. Aduh janggalnya duduk berdua dalam kereta yang sama dengan lelaki yang tidak dikenali ini.

‘Aku melirik memamdangnya ketika dia sedang khusyuk memandu, dari gaya pemanduan yang begitu berhati-hati sudah tahu dia ni sejeni skema dan pembaris namun entah mengapa aku tertarik melihatnya, mungkin juga dikaburi dengan rupa parasnya yang tampan. Sesekali dia menolehku dan aku mula cuak berpura-pura melihat ke arah lain. Serba tak kena jadinya jiwa aku ni. Pasti gelagatku yang aneh-aneh macam tak pernah jumpa lelaki ini disedari olehnya kerana aku melihat ada beberapa kali dia tersenyum melihatku. Aduh malunya.

‘’Siapa nama awak? Dari tadi duduk dalam kereta yang sama, tapi saya masih tak tahu nama awak,’’ tanyanya.

‘’Diana Lily, panggil saya Diana,’’ jawabku.

‘’Awak single atau dah berumahtangga?’’ eh advance betul tanya soalan macam tu, patutnya tanyalah umur berapa, tinggi, hobi atau makanan kegemaran ke ini ditanyanya kalau-kalau aku masih single? Dia nak masuk meminang ke?

‘’Setakat ini belum lagi, bujang but not ready to mingle,’’ jawabku selamba walhal aku ini juga buntu memikirkan tentang status diriku yang sebenar, terlalu kompleks dan sukar dimengerti.

Perbualan kami terhenti seketika, kami tenggelam dalam keasyikan lagu Richard Marx, ‘Right Here Waiting’ . Sungguh lagu evergreen ini tidak pernah gagal menghibur hatiku. Luth juga sepertiku, bagaii dibawa jauh menelusuri tiap bait lirik lagu ini. Mungkin juga dia sedang melayan perasaan sama seperti aku.

‘’Tanya saya soalan sensitive, awak pula encik Luth? Dah kahwin?’’ aku pula memberanikan diri bertanya soalan yang sama.

‘’Panggil saja saya Luth tak payah berencik-encik dengan saya. It’s complicated, im not fokus meneruskan pemanduan semantelah aku pula terpinga-pinga kebingungan meneliti jawapan darinya. Anak? Tak kahwin lagi tapi dah ada anak? Dia cuba bergurau ke? Tak kelakar okay. Mungkin juga anak saudara?

‘’Tapi encik Luth, eh Luth, saya tak faham macammana awak belum kahwin tapi dah ada anak? Ada k ekes sebegitu?’’ tanyaku polos namun disambut dengan tawa oleh Luth.

‘’Ada je, berlambak Diana,’’ balas Luth tenang. Ya kali ini aku memang syak ada sesuatu dengan lelaki tampan ini. Aku kebingungan dan dia masih membalasnya dengan senyuman. Sesekali kami saling berpandangan, sungguh aku asyik dan seolah mahu berenang dalam ungai anak matanya yang bewarna coklat cair itu. Sungguh sempurna ciptaan Tuhan yang satu ini tapi ketampanannya ini belum cukup membuatkan hatiku tertawan. Barangkali aku memikirkan jawapan dari mulutnya sebentar tadi, sungguh aku tidak mahu terperangkap dalam jerat percintaan yang melibatkan suami orang mahupun bapa orang. Luth memang tampan, namun untuk bercinta dengan spesis sebegini, aku awal-awal lagi kibarkan bendera putih. Cukup-cukuplah.

Setibanya kami di kampung, Luth terus memeriksa keluasan tanah yang persis padang bola. Sambil memetik buah jambu yang di tanam nenek dulu aku mengerling melihat Luth dan aku juga perasan Luth mencuri-curi pandang padaku waima dia sedang rancak berbual dengan Pakcik Hans. Aduh kantoi! Cepat-cepat aku tunduk, aku ingin segera beredar dari sini dan berharap agar apa yang berlaku ini hanya mimpi atau pertemuan yang tidak memberi erti, bukan apa kalau dilayan parah jadinya. Tak lama kemudia aku melihat merek aberjalan menuju ke arahku, yes! Akhirnya dapat juga aku berambus dari tempat ni.

‘’Mari balik, cuaca terik hari ni tapi awan kat sebelah utara macam dah gelap, cuaca tak menentu macamni boleh buat puteri lilin ni sakit pula nanti,’’ seloroh Luth. Amboi bukan main lagi kau nak bergurau dengan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience