BAB 7

Horror & Thriller Completed 823

Anas yang tadinya hampir terkencing pada mulanya, kini sedikit tenang. Kelibat yang tidak diketahui asal usulnya itu dirasakan tidak mengancam nyawanya. Parang yang dipegangnya pun diletakkan sahaja diatas pangkin.

“Yang kau maksudkan sekarang … Akulah waris yang kau mahu..”

Tok Satan hanya mengangguk. Senyum yang tadinya menakutkan, kini memberikan tanda yang dia sukakan Anas.

“Apa yang aku dapat kalau aku menjadi waris Tok Barong ” Anas mulai tawar menawar.

“Kau akan dapat segala-galanya yang Tok Barong ada. Harta dan ilmunya …. DAN kau boleh buat apa sahaja yang kau suka …. Dengan syarat”

“Apa syaratnya?”

“Jangan ada sekelumit pun….. syahadah dalam hati kau….. sampai mati..”

Anas terdiam seketika. Sudah lama sebenarnya dia tidak menyebut kalimah itu. Namun jauh di dalam hatinya, dia masih mengakui Allah taala itu wujud. Di penjara pun dia selalu sembahyang berjamaah dengan penghuni yang lain.

“Cuma Aku..pendamping kau…dunia dan akhirat”

Anas hanya mampu membatu. Rasa selesanya direngut tiba-tiba sebaik dia teringatkan perkataan “Allah”. Nafasnya terasa tersekat-sekat. Seolah-olah sepasang tangan yang tak kelihatan sedang mencekik pangkal lehernya perlahan-lahan. Dia langsung tidak mampu untuk mengingati mana-mana ayat Al-Quran yang pernah dibacanya. Lidahnya menjadi kelu secaratiba-tiba.

Tok Satan yang tadinya berlegar-legar di situ tiba-tiba ghaib. Ia diikuti dengan ribut yang datangnya entah dari mana. Semakin lama semakin kuat. Diikuti pula dengan bunyi guruh yang sabung menyabung.

Anas hanya mampu berteleku ketakutan. Tubuhnya yang terbaring diatas pangkin dibasahi hujan yang turun dengan tiba tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience