BAB 5

Horror & Thriller Completed 823

“Tak mungkin tok Barong. Tadi Ris dah bawa mayatnya ke belakang”

Dia mencapai parang yang berkarat tadi sebelum perlahan-lahan menghampiri kelibat tersebut.

Kesan syabu yang masih tersisa menjadikan dia sedikit berani. Dia takut kalau-kalau hal kematian Tok Barong diketahui orang, dia pasti akan merengkok di dalam penjara lagi.

“Jangan nak menyorok lagi. Lebih baik kau ke sini” suara garau seakan suara Tok Barong itu dilontarkan oleh kelibat tersebut. Langsung tidak memandang kearah Anas.

“Siapa ?” Anas memberanikan diri bertanya. Suaranya kedengaran dalam dan bergetar.

“Aku…. waris Tok Barong ” Kelibat itu menjawab sambil berdengus. Anas menggeletar ketakutan namun parang berkarat ditangannya tetap digenggam kemas.

“Arhhh siapapun kau aku nak kau tahu bukan aku yang bunuh Tok Barong !!” Jelas Anas sambil bergerak mendekati pangkin tersebut. Tiupan angin dirasakan semakin kuat dan salakan anjing kedengaran bersahut-sahutan disebalik hutan.

Dahan-dahan dan ranting pokok mangga yang menaungi berdesir ditiup angin yang kuat.

“Tak perlu kau ceritakan, itu aku sudah tahu.” ucap kelibat tersebut sambil memalingkan kepalanya kearah Anas.

Wajah yang seakan Tok Barong itu kelihatan pucat dengan bola mata hitamya memenuhi rongga mata.

Tiada mata putih langsung kelihatan. Mulutnya berbau rokok dan giginya kekuningan menyeringai senyuman yang menakutkan.

Anas memberanikan diri untuk duduk bersebelahan namun bau yang seakan-akan bangkai membuatkan tekaknya loya serasa mahu saja dia termuntah saat itu juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience