BAB 9

Horror & Thriller Completed 823

Anas hanya membatukan diri buat seketika. Tubuhnya masih kesejukan setelah dibasahi hujan sebentar tadi. Perlahan-lahan dia menurunkan tangannya yang menyuluh ke arah Waris tadi. Tangan kirinya menggenggam kemas parang yang berkarat.

“Kau ni kenapa? Dah bisu ke? Aku tanya ni. Jawab la” Waris mula tidak berpuas hati.

“Rumah Tok Barong ni tak ada cangkul” Ringkas sahaja jawapan Anas.

“Habis tu, Tak reti-reti nak nak cari pengorek yang lain. Kalau tak kau sendiri la yang korek pakai tangan” Marah Waris lagi. Kali ini dia berdiri tegak. Seolah-olah bersedia untuk berlawan sekali lagi.

“Kau memang sial punya kawan. Aku bawa kau untuk tolong aku. Bukannya menyusahkan aku” bebelnya lagi.

Anas menyeringai senyuman yang menakutkan. Antara nampak dengan tidak disebalik kegelapan malam. Tangannya kini bersedia untuk merodok parang.

“Mampus kau celaka!!” suara Anas kedengaran dengan diikuti oleh jeritan Waris kesakitan. Parang yang dihunus Anas melekat diperut Waris yang kemudiannya jatuh terbaring. Dia menjerit kesakitan sambil memaki-maki rakannya itu.

Anas kembali tersenyum. Belum sempat di berbuat apa-apa, sepotong kayu beluti menghentam kepalanya. Kepalanya terasa berpinar pinar sebelum disusuli dengan satu tumbukan menjeBarong diperutnya. Keparat ni belum mati!!!!

Waris berdiri dengan lagak pahlawan. Dia memang seorang pesilat yang berkebolehan. Parang yang terlekat diperutnya dibiarkan bersama dengan lelehan darah yang semakin deras.

Dia menggunakan sisa-sisa tenaganya mengampu isi perutnya yang mahu terburai. Tindakannya melawan Anas tadi menyebabkan tubuhnya semakin lemah. Dia tahu dirinya akan tewas. Cuma dia mahu Anas turut menderita. Kayu ditangannya digenggam kemas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience