BAB 1

Horror & Thriller Completed 823

Kepekatan malam yang dua kali ganda lebih dari biasa sama sekali tidak memberi erti, dari kejauhan sebuah rumah kayu usang terang benderang diterangi sinaran cahaya lampu minyak tanah.

Anas terjaga sambil menepuk-nepuk debu yang memenuhi kepalanya. Rumah usang milik Tok Barong ini memang penuh dengan debu kerana tiada orang yang mahu menguruskannya. Siapa saja yang sanggup tinggal di hujung kampung, berhampiran hutan yang penuh dengan semak samun.

Hanya Tok Barong sahaja yang betah tinggal begitu.

Anas segera bangkit dan matanya liar mencari kawannya Waris yang sama-sama datang ke rumah Tok Barong tadi.

Peluh cemas mula membasahi dahinya apabila dia sedar ada cecair merah yang pekat dan berbau hanyir membasahi tangannya malah memenuhi hampir sebahagian baju kemeja pendek yang disarungnya.

“Ya Allah darah siapa ni? Apa yang dah terjadi? Apa yang aku buat ni?” ungkapnya sendirian sambil dia berlari cemas mencari kelibat Waris di dapur. Kepalanya masih berdenyut kesan dari najis syabu yang mereka ambil beberapa jam sebelum itu.

“Mati kau keparat bedebah!!!!!” Pekikan yang agak kuat kedengaran sebaik sahaja Anas masuk ke bahagian dapur.

Waris menendang kepala mayat Tok Barong yang hampir terputus dan berlumuran darah tersembam di lantai. Kesan sembelihan dileher jelas kelihatan.

Darah yang menitik cuma setompok dua mungkin sudah kering darah kerana kalau di lihat kesan darah jelas kelihatan membanjiri kawasan dapur dan sedikit sebanyak melekat di baju Waris dan Anas.

Kakinya kemudian menghenyak-henyak kepala mayat tersebut beberapa kali. Bahagian perut dan dada mayat Tok Barong dipenuhi dengan kesan tikaman. Perutnya hampir terburai kesan rodokan yang berulang kali. Keadaannya sungguh sadis dan ngeri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience