BAB 2

Horror & Thriller Completed 823

Sungguhpun keadaannya sudah tidak bernyawa namun ia sama sekali belum cukup buat Waris. Waris yang belum berpuas hati, merenggut kepala Tok Barong dan merapatkannya ke muka.

Rasa belas kasihan memang sudah lama mati dalam dirinya. Sekalipun kepada mayat. Segala dendam kesumat yang terlekat dihatinya seboleh-bolehnya mahu dibalas sekarang sepuas hatinya kalau boleh biar sampai lumat mayat orang tua itu.

“Haktuihhhhhh” dia meludah ke muka Tok Barong sebelum dia menghenyakkan kepala mayat ke lantai. Bunyi kepala yang bergolek kuat mengejutkan Anas.

“Baru puas hati aku! Dasar Jantan celaka!” Ketawa Waris sebaik melihat Anas ada di situ.

Giginya menyeringai lagak seorang pendekar yang menang Bertarung di medan perang. Jari telunjuknya dihalakan ke arah mayat Tok Barong beberapa kali seolah olah Tok Barong itu masih bernyawa dan mendengar caci makinya.

“Apa ni Ris?…Takkan sampai bunuh kot…kau janji tadi nak rompak orang tua ni saja.” Anas bersuara memprotes.

Waris yang masih dibayangi kesan Syabu memandang tepat dengan matanya yang masih merah. Amarahnya membuak-buak.

“Aku ke sini memang nak bunuh dia. Ha..ha..ha.. dia yang rogol mak aku masa datang berubat kat sini. Lepas tu, bila Mak aku cakap nak buat report polis…dia hantar hantu bunuh mak aku…MAKKK Akuu” Jerit Waris sambil menghalakan telunjuknya sekali lagi kepada mayat.

“Sekarang..rasakan. Untung kau buat kerja tu masa aku kat dalam penjara..kalau tidak lagi awal ajal kau” Sambungnya.

Waris menerima berita kematian ibunya semasa masih dalam tahanan. Ibunya adalah satu-satunya orang yang sering melawatnya di penjara.

Selepas keluar penjara, barulah dia mengetahui kisah sebenar di sebalik kematian ibunya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience