BAB 3

Horror & Thriller Completed 823

“Sial” Ludahnya sekali lagi. Mayat Tok Barong kini basah dengan liur dan air kencing.

“Kau tak pernah cerita pun kat aku…. Aku tak mahu dah buat kerja-kerja ni....Aku dah serik!!!!” Anas mulai baran dengan tingkah Waris. Dia pun bukannya jenis orang baik-baik yang boleh diajak berbincang.

Tangannya sempat mencapai kayu beluti yang tersandar di dinding. Dia bersedia untuk menyerang kalau perlu.

“Kalau aku cerita hal sebenar, sampai mampus pun kau tak nak ikut..Kau ni..nak duit je kan… Kalau nak mengamuk pun, biar kita setel mayat ni dulu…Nanti kalau orang jumpa, kita berdua ke dalam semula..”Ungkap Waris cuba meredakan keadaan. Matanya masih memandang tepat kepada Anas.

Anas melonggarkan pegangan tangannya kepada kayu beluti. Apa yang dicakapkan oleh Waris ada betulnya.

Mereka baru dua bulan keluar dari penjara. Kalau tertangkap kali in,i mungkin mereka berdua selama-lamanya akan merengkok di dalam penjara.

“Kau jangan risau. Orang tua ni banyak duit. Lepas kita tanam mayat ni, kita selongkar bilik tempat dia simpan duit dan barang kemas” Janji Waris sambil menarik kaki Tok Barong ke pintu dapur.

Kesan darah menjalar disebalik mayat yang ditarik. Kepala yang disembelih tadi terolang oleng mengikut gerak badan.

Anas hanya berdengus tanda masih belum puas hati. Namun di hanya mendiamkan diri.

“Kau pergi cari cangkul sekejap..Nanti kita sama-sama gali lubang” Arah Waris sebelum menghilang disebalik kegelapan malam.

Anas menunduk sambil menyuluh untuk mencari cangkul atau apa sahaja yang boleh digunakan untuk menggali. Lampu suluh yang dibawanya mula menerangi bahagian demi bahagian di bawah rumah Tok Barong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience