BAB 8

Horror & Thriller Completed 823

Ribut petir pula sabung menyabung. Perlahan-lahan dia merengkutkan tubuhnya dan memeluk kedua-dua kakinya. Dia memejamkan mata dalam kesejukan dan ketakutan beberapa ketika.

“Kau hebat dari segalanya” ungkapan tersebut terpancul dari mulutnya sebaik dirasakan nyawanya betul-betul berada diatas ubun-ubun.

Lenyap terus sisa-sisa syahadah yang cuba dipertahankannya tadi. Nyata sekali ugutan syaitan itu menggodanya dan menyesatkan akidah.

“Baiklah aku berjanji akan taat padamu.” Ujar Anas sebaik merasa hujan ribut yang datang mulai reda.

Dia sudah boleh bangun dan duduk seperti sediakala. Cengkaman dilehernya mulai lolos dan menghilang. Matanya meliar mencari Kelibat Tok Satan di sekitar kawasan itu. Dia kemudiannya menyapu sisa-sisa air hujan dan dedaun rambutan yang bersisa di baju dan seluarnya.

“Seru sahaja nama AKU…. Aku akan membantumu …” Anas mendengar satu suara dari atas pohon rambutan. Hanya sepasang mata yang besar berwarna kemerahan kelihatan nun diatas sana.

Anas menelan air liur beberapa kali apabila cuba menghitung ketinggian makhluk yang menjadi pendampingnya kini. Ada gegaran kecil pada tanah dan bunyi nafas merengus di sebalik ribut yang menggila tadi.

“Bunuh Waris..” satu suara lain pula yang berbisik ditelinganya. Terlalu dekat sehingga dia dapat merasakan satu hembusan nafas dilehernya. Dia sendiri ragu-ragu akan arah suara itu. Suaranya itu kemudiannya terus terngiang-ngiang di dalam fikirannya.

Anas segera mencapai parang berkarat yang diletakkannya tadi.

“Kau ke mana ha?” Jerkah Waris sebaik melihat suluhan lampu kearahnya. Dia bernafas keletihan kerana mengusung mayat Tok Barong hingga sampai ke pinggir hutan.

“Mana cangkulnya? Kita nak tanam mayat Tok Barong ni kat sini !!”Tanya Waris lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience