Rate

5

Spiritual Series 937

"Mike? Kau okey kah ni?" soal Mak nya.

Micheal hanya diam. Dia merenung ke arah Julie. Kemudian dia meminta izin untuk membiarkannya bersendirian Bersama Julie.

Mak nya merasa hairan melihat tingkah laku anak lelakinya itu. Perlahan-lahan dia keluar dari bilik mereka berdua. Tidak semena-mena, pintu bilik tersebut terhempas dengan kuat.

Mereka terkejut. Bapanya yang tidak sedap hati, mengetuk pintu dengan kuat sambil menjerit agar Micheal membuka pintu.

Kedengaran Julie menjerit ketakutan. Mak dan bapanya mengetuk pintu dengan kuat. Ravabia panik. Dia keluar dari rumah dan menuju ke belakang bilik mereka berdua.

"Rav! Jangan!" jerit auntie Lily cuba menghalang Ravabia keluar dari rumah.

Tetapi Ravabia tidak peduli. Dia segera memakai kasut dan berlari ke belakang tingkap. Dari luar, Ravabia terkejut. Dia hampir hendak menjerit, tetapi tiba-tiba mulutnya ditutup oleh seseorang dari belakang..

Bau itu... Ya... Bau itu...

Tanpa membuang masa, Bapanya menendang pintu bilik itu sekuat hatinya. Mujurlah pintu itu tidak sekuat pintu di rumahnya.

Pecah sahaja pintu, mereka bertiga terkejut melihat Julie duduk di atas almari pakaian tanpa sedar. Di celah-celah kakinya keluar berdarah.

Mak nya menjerit ketakutan. Bapanya segera mendekati hendak menurunkan Julie, tetapi muncul Micheal dari tepi almari dan menolak Bapanya ke dinding dengan kuat. Sehinggakan Bapanya mengalami kepala yang sangat pening akibat terhantuk dengan kuat.

Auntie Lily terbeliak melihat keadaan Micheal. Wajahnya gerun dan badannya berbau. Kedua-dua matanya merah menyala. Kulit mukanya hitam dan mempunyai beberapa parut yang sudah lama. Seperti bukan Micheal yang biasa. Itu adalah Micheal yang dirasuk syaitan!

"Syaitan apa yang merasuki anak ini!" jerit auntie Lily sambil menunjuk ke arah Micheal yang sudah gila, rambutnya yang kusut, badan yang berbau bangkai dan mata yan merah menyala.

Micheal ketawa mengilai-ngilai sehinggakan membuat Mak nya menangis ketakutan. Bahkan auntie Lily juga sudah tidak mampu bertahan. Dia tercungap-cungap.

Auntie Lily teringat akan barang yang boleh menghalang syaitan itu mengacau keluarga ini. Segala rantai rosary dan air kudus di ruang tamu.

Dia hendak berlari ke arah ruang tamu tetapi dirinya terheret ke belakang tanpa di sentuh.

Micheal dalam sekelip mata, sudah berada di dapur. Dia mengambil pisau di atas meja sinki. Dia hendak membunuh auntie Lily. Dia angkat pisau yang ada di tangannya. Ketika Micheal hendak menikam tubuh badan auntie Lily yang kecil itu, tindakannya terbatal apabila tiba-giba tangannya di tahan oleh seseorang dari belakang.

Pisau yang dipegangnya di pukul sehingga pisau itu jatuh. Micheal menoleh ke belakang dengan wajah yang bengis kerana marah. Dia mengaum menjerit sehingga suaranya bergema di seluruh rumah itu.

"ROAAAARRRR!!!"

Uncle Joseph akhirnya sudah tiba.

Bibir Uncle Joseph mula terkumat kamit membaca doa dengan laju dan jelas.

(Maaf saya tak dapat serta kan doa dari Bible di dalam sini)

"PERGI KAU, SYAITAN IBLIS! DEMI NAMA BAPA, DAN PUTERA DAN ROH KUDUS, AMEN!" jerit Uncle Joseph, suaranya bergema, lalu meletak tanda salib Jesus tepat di dahi Micheal.

Kemudian mencurah satu botol besar air kudus membasahi tubuh badan Micheal.

Micheal menjerit kesakitan seolah-olah wajah dan tubuhnya terbakar. Lalu dia pengsan di sana. Uncle Joseph menarik dan menghembus nafas dengan perlahan-lahan. Dia tidak lewat...

Dia memandang Ravabia di depan pintu dengan wajah yang tidak keruan. Uncle Joseph melihat sesuatu di belakang Ravabia... Entiti lembaga hitam yang besar dan tinggi itu, terlihat dengan jelas.

Perasaan Uncle Joseph tidak senang. Dia menoleh kembali kepada Micheal yang wajahnya sudah berubah seperti biasa. Tiada lagi bau dan wajah yang menggerikan. Bahkan Micheal tidur seperti bayi yang kepenatan.

Uncle Joseph kembali memandang Ravabia yang sudah tiada di muka depan pintu. Dia telah langgar pantang larang jangan keluar daripada rumah selepas jam 5 petang.

Lembaga hitam itu tiada lagi.

"Abang." tegur auntie Lily dari sebelahnya sambil memegang pinggang yang sakit. Dia perasan anak mata suaminya itu terbeliak sebentar tadi.

"Kenapa, abang? Ada masalah ke?"

Uncle Joseph sedar dari lamunan. Dia menoleh ke arah isterinya itu dan geleng kepala.
"Nasib baik abang sempat datang."

Next...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience