Rate

8

Spiritual Series 937

Ravabia duduk bersila atas lantai dan mula membuka bungkusan pemberian NekBo. Katanya, barang itu kepunyaan Ravabia sendiri
Sudah lebih 8 tahun NekBo menyimpannya sebelum dia buta lagi.

Sehelai sarong batik berwarna hitam bercorak bunga merah dan sebilah pisau sederhana besarnya. Sebilah pisau untuk memotong buah kecil.

Kata NekBo lagi, dua benda itu adalah untuk upacara pembersihan diri di tengah malam Bersama air bunga mandian dan beberapa limau nipis.

Tetapi hal itu tidak terjadi kerana Ravabia berpindah kerja. Kelihatan corak sarong batik itu sama seperti yang dia Nampak di dapur tempoh hari pada jam 3pagi itu.

Dulu, kerana darah masih muda, fikiran Ravabia tidak matang. Dia merasakan kehidupannya malang dan sial. Jodoh yang tidak berpanjangan, keras kepala dan sensitif. Namun, kerana kuasa Tuhan, dia tidak terjebak dengan hal itu.

Lamunannya terhenti apabila terdengar bunyi suara ramai orang di luar. Ravabia mengemas dan menyimpan barang itu di dalam beg galasnya.

Keluar sahaja dari bilik, dia ternampak wajah Julia yang pucat dan muka Micheal yang kepenatan.

Manakala riak wajah Bapanya seperti kebingungan. Mak nya yang sudah mengesat air mata. Uncle Joseph yang terakhir masuk, tutup pintu dan duduk atas kerusi.

Dia mengambil bible di atas meja dan menyelak setiap laman buku itu. Dia angkat kepalanya dan berkata,
"Malam ini, kita akan berdoa atas pemergian janin Julia dan Micheal sebentar tadi, selepas memberkati rumah ini.." kata Uncle Joseph dengan tenangnya.

Dia dan auntie Lily harus bertenang. Kelihatan Mak nya sudah habis menangis. Auntie Lily menenangkan Mak.

Ravabia terpaku mendengar berita itu. Dia memandang ke luar, jam sudah 7 malam.

TIBA-TIBA...

Dia terlihat sesuatu yang berterbangan, melintas depan rumahnya. Julia yang tak sengaja melihat, menjerit ketakutan seperti orang terkena hysteria.

Nampaknya mereka belum menyalakan lilin. Uncle Joseph dan Auntie Lily mengambil air kudus dan tanda Salib Jesus sambil berdoa dengan nyaring.

Benda itu hanya sekejap sahaja mengelak. Namun makin mengganas. Mak dan Bapa turut berdoa dengan nyaring namun benda itu tetap berterbangan sambil ketawa dengan darahnya menitik di atas halaman rumah.

SANGAT BUSUK!

Tiba-tiba Ravabia terpandang seseorang duduk di depan pokok besar tak jauh dari mereka. Seolah-olah tengah membaca jampi. Dalam fikirannya, itu lelaki yang sama pagi tadi.

Dengan fikiran yang bercelaru dan terasa marah, Ravabia hendak melangkah keluar rumah tetapi seseorang menghalangnya dengan tongkat apabila benda yang terbang itu cuba menyerang mereka.

"PERGI BALIK! SEBELUM AKU CARI BADAN KAU!" jeritnya.

Mereka semua berhenti dari berdoa dan memandang ke arah suara wanita yang agak serak itu.

Itu adalah NekBo.

NekBo mengeluarkan sesuatu, kelihatannya seperti daun yang berduri dan dilemparkan ke arah benda itu sehinggakan benda itu lari berterbangan dari sana. Kelihatannya lelaki itu pun pergi dari situ dengan rancangan yang tidak Berjaya.

"Nenek?" Ravabia bersuara. Dia agak terkejut melihat kedatangan NekBo di rumah itu. Bagaimana dia tahu?

Bapa dan Mak saling berpandangan. Manakala Auntie Lily dan Uncle Joseph sudah tahu, belum tiba masanya lagi...

"Iya... ini NekBo.." jawabnya dengan senyuman sambil kepalanya ke kiri dan ke kanan.

Dan pandangannya terkunci ke arah Micheal yang berusaha menenangkan Julia. Walaupun dia buta, dia dapat mendengar, menghidu dan menyentuh dengan sangat baik.

Dia mendekati Julia dan secara perlahan tapak tangannya menyentuh perut Julia. NekBo memejamkan mata seketika. Kemudian dia bersuara.

"Janin bayi di dalam perutnya itu, sudah 2 hari tidak bernyawa... Ketika suaminya dirasuk, benda itu mengikutinya. Balan-balan yang memakannya, atau lebih dikenali, Penanggal... Ilmu ini kuat dan terlatih kerana dendam nya pada Julia..." kata NekBo secara perlahan.

Julia makin menangis mendengarnya. Micheal sudah tidak ada tenaga mendengarnya. Dia seperti sudah putus asa. Merasakan dia gagal menjaga isterinya dengan baik.

"Janin bayi itu harus ditanam dengan segera. Jangan lama simpan. Sebab itulah Balan-Balan itu datang sini untuk mengambil janin bayi itu." kata NekBo lagi. Dia duduk berdepan dengan Julia dan Micheal.

"Maaf... Nenek lupa memperkenalkan diri dengan mak bapak dan uncle auntie Ravabia... Nenek nama Deborah... Boleh panggil NekBo sahaja..." katanya lagi.

Bapa dan Mak yang tidak puas hati dengan hal itu, mula bertanya. Dia tidak beberapa gemar orang luar masuk campur dalam urusan keluarganya.

"Tapi kenapa Julia yang kena? Kenapa tidak orang lain??" soal Bapa dalam kemarahan.

Dia seperti tidak percayakan kata-kata NekBo. Dia berfikiran mungkin dia salah satu dalang semua akan kejadian ini. Namun kemarahannya ditenangkan oleh Uncle Joseph.

"Ya NekBo. Apakah bukti yang penanggal ini yang nakkan janin bayi Julia? Kami ini sebagai orang Kristian, kami percaya akan takdir Tuhan Jesus. Bukan kami tidak mempercayai benda mistik macam ini, kami Cuma khuatir jika terlalu percaya, kami akan menyimpang. Tapi kami tetap dengan ajaran dari Tuhan Yesus..." kata Uncle Joseph pula.

NekBo senyum dan angguk kepala. Dia mengeluarkan sesuatu atau benda yang dipakai dekat lehernya, seperti rantai yang tersembunyi. Terkeluarlah seutas rantai rosary berwarna putih yang sudah pudar.

"Nenek pun Kristian... Roman Katolik. Setelah nenek kematian suami 20 tahun yang lalu, nenek berhenti menjadi pawang, bidan dan bomoh. Nenek berterus terang sama anak semua sebab usia nenek tidak lama. Nenek sentiasa berdoa, setiap hari. Nenek sudah tua. Tidak mampu membuat kerja ini lagi.. Nenek mahu pergi dengan aman. Nenek minta ampun dari Tuhan Yesus Kristus. Tetapi saka yang nenek jaga, marah dengan nenek. Lalu anak lelaki pertama nenek yang mewarisinya selama 5 tahun. Tetapi hidupnya tidak lama kerana badan dan tubuhnya lemah walaupun mendiang seorang lelaki yang gagah dan dia meninggal dunia meninggalkan balu dan seorang anak perempuan. Tetapi nenek tidak tahu dimana sudah balu dan anak itu. Jadi nenek membuat keputusan untuk memberi saka itu kepada anak perempuan nenek. Tetapi dia tidak mahu..." penjelasan NekBo terhenti seketika apabila dia mukanya memandang ke arah Ravabia.

Ravabia hanya diam dan berfikir. Mungkin dia tahu sebabnya atau tidak pasti. Tetapi Bapa seperti tidak puas hati kenapa mereka yang jahat memilih Julia dan Micheal.

"Tapi saya masih tidak puas hati. Kenapa mereka memilih Julia dan Micheal?" soal Bapa lagi dengan perlahan walaupun raut wajahnya masih tegang.

Kali ini dia sudah bertenang. NekBo perlahan-lahan bangun dari kerusi. Dengan tongkat yang sudah usang berwarna hitam, NekBo berdiri di tepi tingkap.

"Ingatkah kamu, dengan lelaki yang pernah meninggalkan kamu, Julia? 3 tahun yang lalu?" persoalan NekBo membuat Julia terkejut.

Manakala yang lain, terpana. Masing-masing mempunyai fikiran dan teori yang tersendiri.

"Jika kamu ingat, dialah... Lelaki yang meninggalkan kamu dan mengahwini anak perempuan nenek, mereka mempunyai seorang anak lelaki dan membunuh mereka!" jawab NekBo dengan suara yang serak, air matanya mengalir.

Wajahnya kembali memandang tingkap tersebut.
Bapa yang mendengar kata NekBo itu, terbangun dari tempat duduk dan menjerit.

Next...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience