Rate

2

Spiritual Series 937

Tak lama kemudian, Micheal meneruskan pemanduan dengan kelajuan 50klmj.

"Siapakah yang meninggal tu?" soal Julia dengan perasaan bercampur baur.

"Polis tu cakap, seorang wanita kena bunuh masa mendiang pulang ke rumah tak jauh dari sana. Tapi pembunuh tu sudah lari..." jawab Micheal ketika di soal dan menanya polis tadi.

"Polis tu cakap, dalam masa beberapa hari ini, jangan keluar dari rumah seorang diri. Sebab takut pembunuh tu masih berkeliaran di Kawasan sini, memandangkan banyak rumah yang masih kosong.." kata Micheal lagi dengan menghela nafas yang panjang.

Julia yang mendengarnya, merasa takut. Fikiranya sudah jauh ke depan jikalau Micheal sudah mula bekerja tak lama lagi setelah mengambil cuti untuk berpindah.

"Sayang jangan takut dan risau, kalau abang pergi bekerja, abang akan minta kakak abang temankan sayang, bahkan tinggal sekali dengan kita. Lagipun dia tidak bekerja. Kiranya, abang upah dia jaga sayang..." kata Micheal lagi dengan senyuman, seolah-olah boleh membaca fikiran Julia. Julia senyum dan angguk kepala mendengar berita itu.

Kakak Micheal, bernama Ravabia. Seorang wanita berumur 30 tahun. Masih bujang dan belum berpunya, kakak iparnya yang penuh misteri, tetapi punya pendirian yang sangat kuat. Bahkan kakak iparnya itu tahu yang dia mengandung walaupun kandungan baru berusia sebulan. Sedangkan ketika itu, dia sendiri tidak tahu. Sehinggalah kakak iparnya itu tegur jangan makan benda yang tajam. Setiap kali berada dekat dengan kakak iparnya, Julia merasa aman dan selamat.

"Bila kakak akan datang?" soal Julia setibanya mereka ke sebuah restoran di tengah bandar.

"Esok petang... Sebab abang akan masuk shift petang..." jawab Micheal sambil memeluk pinggang isteri manjanya itu.

"Sayang suka eyh kakak dengan dekat dengan sayang?" usik Micheal. Julia tersengih dan mereka duduk di meja yang disediakan. Setelah memesan makanan, Julia menyambung ceritanya mengenai Ravabia.

"Lia rasa aman dan selamat kalau kakak dekat dengan Lia. Walaupun baru kenal, Lia rasa macam.... Entahlah... Rasa macam bodyguard.. Tapi bukan biasa-biasa punya bodyguard..." jawab Julia.

"Macam pelindung?" soal Micheal lagi. Dia minum air kosong yang disediakan.

"A...ah... Macam pelindung. Hari tu kakak marah Lia sebab jemur pakaian lepas jam 6 petang. Dia cakap nanti angin masuk dalam badan. Sedangkan Lia dah biasa buat macam tu... Tapi sebelum hamil lah..." jawab Julia. Dalam hatinya dia merasa gembira.

"Biasalah sayang... Dah Namanya kakak abang... dia pun nak yang terbaik untuk kita..." balas Micheal lagi dengan senyuman. Julia hanya angguk kepala dengan senyuman tanda setuju apabila makanan yang dipesan sudah datang.

3 jam kemudian, pada jam 10.15 malam, mereka berdua balik dengan keadaan yang cepat kerana Julia merasakan badannya tidak sihat. Sampai sahaja mereka di depan rumah, kelihatan sebuah kereta lama berwarna putih berhenti di depan halaman rumah mereka.
Micheal yang mengenali kereta itu, terus keluar dan menjenguk ke arah kereta itu.

"Kereta kakak ni kan? Awal juga dia datang abang..." kata Julia pula. Tiba-tiba dia terkejut melihat susuk tubuh seorang wanita berbadan tegap, memakai baju dan seluar Panjang berwarna hitam, keluar dari belakang rumah.
Wanita itu mencekak pinggang ke arah mereka berdua. Micheal tersengih sambil melambai tangan ke wanita itu. Julia hanya mampu tersenyum.

Masuk sahaja ke dalam rumah, wanita itu mengunci pintu dan duduk di depan mereka. Dia membawa sesuatu dari rumah dan letak di atas meja kecil yang ada di depan mereka.

"Jam dah 10 malam, masih bawa mak buyung keluar rumah, Mike?" soal wanita itu. Atau lebih dikenali, kakak Micheal, kakak ipar Julia, iaitu Ravabia.

"Maaf kak... Kami berdua tiada benda mau makan di rumah ini. Maklumlah baru pindah..." jawab Micheal dengan sengihan.

"Iya kak, jangan marah ya..." jawab Julia pula, juga dengan senyuman pahitnya. Tapi dia tak merasa marah atau kesal. Tapi dia gembira.

"Takpelah... Benda dah jadi.. Boleh bagitahu sama akak kalau nak makan. Akak akan bawa dari rumah... Makanan di luar tu tak sihat... Membazir..." jawab Ravabia pula. Dia duduk dan memandang sekeliling rumah itu.

"Oh ya.. Kenapa akak datang malam ni? Bukan esok ke akak cakap nak datang? Atau nanti akak balik, dan datang lagi esok?" soal Micheal dengan Panjang lebar.

Ravabia Tarik nafas dan hembus nafas. Dia memandang kedua-dua wajah suami isteri itu.
"Mak yang suruh akak datang awal. Lagipun, akak baru balik dari jumpa kawan tadi... Dia tinggal tak jauh dari Kawasan sini juga..." jawab Ravabia bersahaja. Dia mengeluarkan sesuatu dari beg yang dia bawa, atas meja tadi. Micheal dan Julia hanya memerhati.

"Ini... Mak suruh akak bawa dan bagi kamu orang simpan dalam rumah. Buku Bible, Air Kudus, Rantai Rosary, Patung Bonda Maria dan Tanda Salib Jesus. Tadi akak sempat siram sedikit Kawasan rumah kamu guna air kudus, seluruh Kawasan rumah kamu. Sebab tu tinggal sedikit saja tu air.." kata Ravabia lagi. Kemudian dia seperti terlupa sesuatu.

"Oh... Akak lupa bawa lilin juga. Tapi takpe, esok akak bawa dari rumah. Setiap rumah baru, mesti mau baca doa dulu sebelum masuk. Kamu dua ada tak buat tadi?" soal Ravabia dengan serius. Micheal dan Julia menelan air liur secara serentak sambil geleng kepala.

Ravabia geleng kepala. Dia bangun dari kerusi dan menuju ke arah tingkap berhadapan dengannya, di mana tingkap yang Julia berbual Bersama nenek itu petang tadi. Jantung Julia berdegup dengan kencang secara tiba-tiba apabila Ravabia merenung tingkap itu.

"Esok kita bersihkan rumah ini. Dan susun balik perabot yang ada di sini.." kata Ravabia secara tiba-tiba, dengan perlahan.

"Susun balik? Kenapa, kak?" soal Julia kehairanan. Ravabia tidak memandang ke arah mereka.

"Setiap tempat duduk tidak boleh berhadapan dengan tingkap. Seperti tilam tidak boleh berhadapan dengan cermin..." jawab Ravabia dengan nada yang menyeramkan. Julia tiba-tiba menggengam tangan Micheal.

"Ishhh... Akak ni, jangan la takutkan Lia..." jawab Micheal pula.
"Takde lah... Melainkan pasang langsir cukup... Pilih yang warna cerah sikit..." balas Ravabia, menoleh ke arah mereka dengan sengihan. Julia mencebik mulut melihat Ravabia ketawa kecil.

Tak lama kemudian, Julia dan Micheal masuk ke dalam bilik untuk berehat setelah membawa Ravabia ke sebuah bilik tidur. Ravabia dengan geleng kepalanya melihat bilik itu kosong, Cuma hanya ada kipas siling, mengeluh. Nasibnya juga ada membawa cadar katil, selimut dan bantal kecil. Maklumlah rumah masih baru.

*******

Bunyi notification dari telefon bimbit Ravabia, membuatnya terbangun. Ravabia bangun dari tidur dan melihat handphonenya. Jam menunjukkan 3.23 pagi. Dia paling benci kalau terbangun di tengah-tengah waktu pagi. Apalagi antara jam 2 pagi ke 4 pagi. Masa itu dia takkan dapat tidur akibat datang selsema secara tiba-tiba.

Ravabia bangun dari baringnya dan menuju ke tandas. Tandas yang berada di sebelah dapur, Ravabia perlu lalu ruang tamu dan bilik Julia dan Micheal. Manakala sebuah lagi bilik kosong berada di hujung dapur.

Apabila Ravabia keluar dari tandas, dia seperti ternampak, secara sekilas, seseorang memakai sarung batik masuk ke dapur. Ravabia merasa seram. Cepat-cepat dia masuk ke dalam bilik dan berdoa. Dia membuka lampu bilik dan baring, menutup matanya. Berharap dapat tidur balik.

Next...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience