Rate

3

Spiritual Series 937

Bunyi ketukan pintu beberapa kali mengejutkan Ravabia dari tidur. Dengan keadaan yang masih mengantuk, dia mencapai handphonenya dan melihat jam, rupanya sudah 7 pagi. Ravabia menguap. Gara-gara hal tadi membuat dia tidak dapat tidur sehinggalah jam 5 pagi.

"Morning kakak..." sapa Julia dengan senyuman, sambil menyediakan sarapan berupa roti planta dan kopi panas.

Kelihatan Micheal duduk sambil melihat jadual dalam tabnya. Ravabia senyum dan melihat Julia memakai sarung batik dan berselipar berwarna putih, sama juga dengan Micheal yang memakai selipar biru.

Ravabia diam sebentar. Dia memandang sahaja Julia yang duduk di sebelah Micheal. Julia yang merasa hairan, mula menegur Ravabia.

"Akak... Kenapa tenung Lia macam tu? Ada apa di muka Lia ke?" soalan Julia membuat Micheal memandang ke arah kakaknya.

"Hmm... Kamu dua, kalau ke dapur memang pakai selipar kan?" soalan Ravabia membuat Julia ketawa kecil.

"Memang dari dulu kak. Tak kisah la di rumah sendiri atau di rumah mertua. Sebab kulit tapak kaki Lia sensitive. Kalau di rumah orang pun, Lia pakai stoking.." jawab Julia sambil menghirup kopi nya. Micheal hanya angguk kepala dan menyambung kerjanya.

"Oh...." Ravabia membuat sengihan.

Kemudian dia diam dan menghirup air kopinya. Apa yang dia pasti, seseorang yang memakai batik masuk ke dapur ketika dia keluar dari tandas jam 3.25pagi tadi, tidak memakai selipar...

Setelah bersarapan pagi, Ravabia menolong Julia mencuci pakaian dan menjemurnya. Ketika itu, Micheal sibuk mengurut tapak kaki Julia menggunakan minyak angin, wajib setelah setiap kali mandi.

Ravabia yang sibuk menjemur pakaian di depan rumah sambil menyanyi kecil, dia terhidu sesuatu. Dia mengenali bau itu. Bukan bau masakan, bukan minyak wangi, bukan bau yang selalu dihidu. Bau itu hanya orang yang tertentu sahaja pakai.

Ravabia memandang ke depan setelah habis menjemur baju. Kelihatan seorang wanita tua berdiri di depan halaman rumah, di luar pagar. Wanita tua itu senyum.

Ravabia masuk ke rumah dengan selamba, meletakkan baldi di luar bilik mandi dan ke dapur. Dalam fikirannya, siapa nenek tua itu. Memegang tongkat dan memakai sarung batik. Tapi jika ilusinya tentang sarung batik di dapur jam 3.25pagi, kenapa tiada bau?

Ravabia mencuci mukanya. Apabila dia menoleh ke belakang, dia terkejut Micheal berada dibelakangnya.

"Ishhh... Kau ni. Cubalah buat bunyi sikit." Tergah Ravabia. Micheal ketawa kecil.

"Aku dah panggil kakak banyak kali dari ruang tamu. Nak tanya mahu ikut ke tak kami dua beli makanan diluar?" balas Micheal dengan sengihan.

"Kau ni... Masih nak bawa mak duyung keluarkah? Nanti aku saja yang keluar pergi beli. Jangan lupa kasi aku duit." Jawab Ravabia sambil mengelap mukanya.

Micheal senyum lagi. Dia memberi Ravabia wang sebanyak RM300 ringgit. Nampaknya dia memang malas mau keluar.

"Akak belilah apa yang patut, kalau tak cukup, beritahu aku..." kata Micheal lagi.

Ravabia angguk kepala dan berkata lagi.
"Kita ada jiran berupa wanita tua, atau nenek ka? Yang pakai tongkat, dan buta?"

Micheal mengerutkan dahi. Sebelum dia berniat nak gelang kepala, tiba-tiba Micheal teringat sesuatu.

"Oh ya... Semalam Lia ada bagitahu aku yang dia ada berbual dengan seorang nenek dekat tingkap sana. Lia cakap ada budak-budak juga... Tapi aku tengok, tiada sudah..." jawab Micheal, melihat Ravabia merenung ke arah tingkap yang berdepan dengan kerusi.

Ravabia melihat jam tangan menunjukkan pukul 9.25 pagi. Cepat-cepat dia bersiap dan menuju ke keretanya, kerana Micheal akan bertolak ke tempat kerja jam 4 petang nanti.

Ketika dia masuk dalam kereta, dia melihat seorang wanita berkasut high heels berwarna merah tak jauh dari kawasan perumahan, merenung tajam ke arahnya. Wajahnya yang pucat, berambut hitam Panjang. Ravabia menggelang kepala dan segera pecut keluar membeli barang.

Setelah membeli sedikit barang tak jauh dari supermarket perumahan sana, Ravabia memandu balik ke rumah ibu bapanya di tengah bandar, mengambil masa 1 jam.

Sesampai sahaja ke rumah, dia masuk dan ke dapur. Di sana dia melihat beberapa orang yang dikenali berbual bersama ibu bapanya.

"Eyh Rav... Dari mana kamu?" soal Mak dengan tiba-tiba.

Orang-orang yang dikenali Bersama ibu bapanya, ialah Uncle Joseph dan Auntie Lily menyapa Ravabia. Dia duduk di sebelah Maknya.

"Baru pulang dari pasar beli barang untuk Julia dan Micheal..." jawab Ravabia dengan senyuman.

Kemudian Mak bersuara.
"Haa... Sambil-sambil tu, mak dan bapak kau dah bincang sama uncle dan auntie, nak memberkati rumah Julia dan Micheal next week..."

"Minggu ni tak boleh ke, mak?" soal Ravabia.

Bapanya pula menjawab.
"Tak dapat, Rav. Sebab uncle belum ambil cuti. Kalau boleh, mahu singgah sana 3 hari..."

Ravabia garu kepala. "
Eyh, kenapa pula, uncle?" soalnya lagi.

Uncle Joseph senyum.
"Bukan apa Rav, auntie ni yang nak diam sana 3hari. Katanya nak jalan-jalan tengok tempat... Uncle cakap tak payah kacau orang, dia nak juga..." jawabnya dengan ketawa kecil, uncle Joseph salah satu Katekis dalam agama Kristian yang layak memberkati rumah dan ketua sembahyang di rumah.

"Iya Rav... Auntie dengar sana kan perumahan baru. Ada supermarket baru juga. Mana tau, auntie berkenan kat rumah sana..." jawab Auntie Lily pula.

Ravabia menghembus nafas.
"Kalau boleh, saya mau secepat yang mungkin. Paling cepat hari ini. Tapi Mike kerja malam pula..." katanya dengan perlahan.

"Apahal mau cepat sangat, Rav? Ada hal tak kena ka?" soal Bapa tiba-tiba, dengan perlahan.

Tanpa berkias lagi, Ravabia menceritakan kejadian yang berlaku padanya seawal 3.25 pagi tadi.

Kelihatan Uncle dan Auntie diam sambil angguk kepala. Kadang-kadang hanya ibu bapanya yang menjawab dan menyoal. Dia juga memberitahu pasal wanita tua, sesuatu bau dan perempuan berkasut heels merah juga.

"Kalau macam tu, tunggu uncle minta cuti secepat yang mungkin. Pada masa yang sama, uncle akan suruh auntie ikut mak bapa Rav ke rumah Julia dan Micheal, hari ini juga..." kata Uncle Joseph, memberi cadangan.

Auntie Lilly juga salah satu ahli gereja yang kuat agama, seorang wanita yang sudah berusia tetapi masih bertenaga mengerjakan perintah Tuhan.

"Ya, tunggu Auntie kemas barang dulu, lepas tu, mak bapa akan ambik auntie di rumah. Kau balik ke rumah dulu. Takut Julie dan Micheal tunggu kau balik bawa makanan.." kata Mak nya pula.

Ravabia angguk kepala. Kemudian dia keluar dari rumahnya dan masuk dalam kereta. Apabila dia hendak mengundurkan keretanya, dia terpandang sayur hijau yang baru dibelinya, sudah layu dan berulat. Ravabia merasa jijik. Lalu dia membuang semua makanan yang dibelinya di supermarket baru dekat perumahan sana dan pergi membeli barang makanan di tempat lain.

1jam 30 min, jam menunjukkan 11.35pagi, Ravabia sudah sampai ke rumah Julia dan Micheal. Keluar sahaja dari kereta dengan membawa barang makanan yang baru, dia terdengar bunyi bising. Seperti bunyi orang bergaduh. Cepat-cepat Ravabia masuk ke dalam rumah, dan ternampak Micheal duduk di kerusi dengan muka yang merah padam dan pergerakan badan yang hendak marah dan menghempas barang.

Ravabia mencari Julia. Dia terdengar bunyi tangisan di dalam bilik kosong, bersebelahan dapur itu.

Ravabia membuka pintu bilik itu dan terkejut, tiada siapa dalam bilik itu! Ravabia menuju ke arah bilik suami isteri itu, juga tiada! Ravabia mula panik dan merasa seram. Dia tidak pasti dia gila atau tidak. Dia menuju ke arah Micheal dan menjerit.

"Lia mana?!" soal Ravabia dengan kasar.

"Bilik kau." Jawabnya pendek.

Ravabia berlari ke arah biliknya. Memang benar, Julia ada dibiliknya sambil menangis kecil. Ravabia duduk bersila di sebelah Julia yang menangis di depan beg galas miliknya. Entah kenapa dia hendak menangis menghadap bagasinya itu.

Ravabia mengusap atas ubun kepala Julia, sayangnya dia kepada adik iparnya itu.

"Kenapa ni, Lia?" soalnya. Dia membebel sekejap kerana baru sedar dia membawa barang makanan ke hulu hilir sampai ke dalam biliknya.

"Tak tahu kak... Lia tak paham kenapa abang macam ni. Lia minta tolong angkat pakaian diluar sebab hari dah mendung, tapi abang tak nak.." jawab Julia dengan nada yang masih ada bekas tangisan.

"Ha??" Ravabia kehairanan.

Biasanya Micheal takkan pernah menolak pertolongan dari Julia, bahkan jika dia meminta tolong juga, Micheal juga takkan pernah menolak. Angkat pakaian je pun!

"Takpe Lia, nanti akak ajar Mike tu. Lia jangan nangis lagi okey? Nah, akak beli apple untuk Lia. Makan dulu sementara tunggu akak masak, okey?" kata Ravabia lagi.

Kemudian dia keluar dari bilik, menyimpan barang makanan ke dapur, dan menuju ke ruang tamu.

Sampai ke ruang tamu, Ravabia melihat cuaca di luar cerah. Bukan mendung. Dia duduk di depan Micheal yang sedang duduk berhadapan dengan tingkap.

Micheal seolah-olah tidak memberi apa-apa reaksi.

Ravabia Tarik nafas dan hembus nafas.

"Nanti aku masak. Aku nak kamu berdua berbaik semula. Aku tak nak ada sesiapa masam muka ketika kita sama-sama makan nanti. Paham?"

Micheal angguk kepala dengan perkataan, "Okey..."

Ravabia angguk kepala. Sekali lagi dia memandang ke luar rumah dan berbisik sendiri, "Mak, bapa. Cepatlah datang..."

Ravabia merasakan ada yang tidak kena di rumah itu.

Next...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience