Rate

1

Spiritual Series 937

Pandangan sesetengah penduduk di sana merenung ke arah pasangan suami isteri itu. Ada yang senyum, mencebik dan ketawa. Bau rokok dan bau arak tidak kurangnya.

Julia hanya menunduk kepala. Air matanya bergenang. Suaminya, Micheal memeluk bahu isterinya itu sambil membawa beg pakaian keluar dari Kawasan sana. Julia menangis dengan perlahan setibanya dia masuk ke dalam kereta. Apabila dia memandang ke luar tingkap ketika Micheal menghidupkan enjin kereta, kelihatan Ibunya, yang sudah berusia, memandang dari jauh di dalam rumah. Julia cepat-cepat mengalihkan pandangannya dan memberi tumpuan dalam perjalanan.

1 jam kemudian, akhirnya Julia dan Micheal tiba di sebuah rumah sewa yang agak jauh dari tempat kerja Micheal. Rumah teres mampu milik yang mempunyai 3 buah bilik tidur dan bilik mandi sederhana besarnya. Dapur dan ruang tamu yang kosong. Dikhabarkan Micheal Baru sahaja lulus mendapatkan rumah sewa tersebut. Julia menghela nafas yang panjang. Sekurang-kurangnya mereka berdua jauh dari orang yang munafik.

"Lia berehat lah dulu, nanti abang buatkan air. Malam nanti kita makan di luar ya? Nak masak, barang belum ada..." kata Micheal lalu mencium dahi Julia dan berlalu ke dapur dengan bakul anyaman buatan tangan dari ibunya.

Julia hanya angguk kepala. Jam tangan menunjukkan pukul 5 petang. Dia perlahan-lahan bangun dari kerusi dan menuju ke arah tingkap yang bertentangan dari tempat duduknya.
Dari tingkap kaca itu, dia melihat seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain dan seorang wanita tua duduk atas bangku tak jauh dari mereka, membelakangi tingkapnya.

"Sudah petang, kenapa jam sebegini belum pulang?" soal Julia dalam hati.

Tiba-tiba wanita tua itu menoleh ke belakang. Julia agak terkejut melihat pandangan kosong wanita tua itu. Wanita tua itu berdiri, dia memegang sesuatu. Sebuah tongkat. Rupanya wanita itu buta.
Perlahan-lahan wanita buta itu menuju ke arah tingkap Julia dengan senyuman.

"Jiran baru, ya Nak? Siapa namamu?" sapa wanita tua itu. Julia telan air liur. Mata wanita tua itu putih. Jarang melihat orang buta, bebola mata mereka putih.

"Nama saya, Julia..." jawabnya. Nak senyum, bukan dapat dilihat. Wanita tua itu angguk kepala dengan senyuman lagi.

"Nama nenek Deborah. Boleh panggil NekBo..." jawab wanita tua itu, atau lebih dikenali NekBo. Julia hanya angguk kepala. Kemudian NekBo berkata lagi.

"Itu cucu nenek. Ibu bapa dia masih belum pulang kerja. Sebab itu mereka masih bermain di luar...."

"Ha...?" Julia terkedu mendengar kata-kata NekBo.
'Macam tahu-tahu ja apa yang aku katakan tadi' kata Julia dalam hati.

"Suami mu, siapa nama, Nak?" soal NekBo lagi.

Kadang-kadang NekBo menoleh ke belakang, kemudian senyum sendirian. Julia mengerutkan dahi melihat situasi itu dan hairan kenapa NekBo boleh tahu dia datang bersama Micheal, sedangkan wanita tua itu buta.

"NekBo...macam mana nenek boleh tahu saya datang Bersama suami?".

NekBo senyum lagi. "Takkan Julia datang seorang diri dengan keadaan macam itu..." jawab NekBo sambil menunjuk ke arah perut Julia yang sedang hamil 5 bulan.

Julia mengusap perutnya. Dia rasa seram dan perlahan-lahan berundur dari tingkap itu. Tapak tangannya merayap ke arah pintu tingkap hendak menutup tingkap. Khuatir dengan sesuatu. Julia menoleh ke arah dapur mencari Micheal, namun suaminya itu belum keluar dari sana.

Apabila Julia menoleh balik ke arah tingkap, kelihatan nenek itu tiada di depan tingkapnya sudah. Julia menjenguk ke arah luar tingkap, kelihatannya sunyi. Malah kanak-kanak tersebut juga tiada.

Ketika angin petang lalu, Julia merasa seram sejuk. Tiba-tiba dia terkejut dari lamunan apabila seseorang menutup tingkap dengan cepat.

"Selepas jam 5 petang, sayang tak boleh buka tingkap, okey? Atau berbual dengan siapa-siapa di luar. Kalau nak jemur pakaian, jemur sahaja di dalam rumah..." tegur Micheal dengan tiba-tiba. Julia telan air liur lalu angguk kepala.

"Tapi abang, tadi ada nenek dan kanak-kanak bermain di luar..." kata Julia pula. Micheal mengerutkan dahi tanda hairan. Micheal menjeling dari tepi, ke arah tingkap tadi. Dia tidak nampak sesiapa pun.

"Abang kenal tak jiran-jiran di sini?"soal Julia. Micheal geleng kepala.

"Abang tak perasan lah sayang. Tapi apa yang pasti, rakan sekerja abang cakap, di Kawasan perumahan baru ini, jangan keluar rumah seorang diri selepas jam 5 petang, kalau malam takde apa sangat. Macam yang abang cakapkan tadi... Lebih-lebih lagi sayang tu hamil..." jawab Micheal lagi.

"Tadi abang buat apa lama-lama di dapur? Tadi Lia nak panggil abang, lepas tu nenek tu hilang, sekali dengan kanak-kanak di luar tu..."

Micheal menyentuh dahi Julia, seperti hendak memeriksa suhu badan isterinya itu. Maklumlah kerja doktor.. "Abang sediakan air mandian untuk sayang mandi sekali. Sayang mandilah, nanti sejuk pula air suam panas dalam baldi tu... Nanti abang bawakan susu suam untuk sayang sekali..." kata Micheal dengan Panjang lebar.

Julia hanya angguk kepala. Bertuah mempunyai suami yang ambil berat dengannya...

Kenapa bertuah? Kerana sebelum berkahwin dengan Micheal, Julia pernah bertunang dengan lelaki pilihannya. Tetapi lelaki itu memilih wanita janda anak satu.

Hampir dua tahun Julia depress dan kecewa, sehinggalah dia bertemu dengan Micheal, doktor yang pernah merawatnya. Memberi semangat untuk hidup dan berjuang ketika Julia pernah berniat untuk membunuh diri kerana merasakan hidupnya tidak bermakna lagi.

Walaupun Julia merasakan hatinya sudah tertutup, dia menerima Micheal kerana lelaki itu, tidak dapat hidup tanpanya dan sanggup menjaga Julia hingga sihat.

Ketika Julia mandi dengan keadaan duduk di tepi dinding, dia terdengar suara kanak-kanak ketawa bersama orang dewasa. Pada pendapat Julia, mungkin itulah kanak-kanak yang bermain di luar tadi. Sekurangnya teori itu melegakan hatinya, daripada berfikir benda yang bukan-bukan.

Setelah mereka berdua bersiap tepat jam 7 petang, Julia dan Micheal masuk ke dalam kereta. Ketika Micheal menghidupkan enjin, Julia memandang ke luar tingkap kereta. Dia mengecilkan mata apabila ternampak sesuatu.

Kemudian dia memandang balik ke arah Micheal dan mengelipkan mata. Kemudian dia memandang semula ke luar tingkap kereta. Benda yang dia nampak tadi masih ada. Julia diam. Kemudian dia membuka radio dan mendengar lagu.

"Are you okey sayang?" soal Micheal sambil memandu dengan perlahan. Kawasan rumah yang mereka diami agak gelap. Terdapat penghuni tetapi tak ramai. Diketahui Kawasan perumahan itu baru dibina 5 tahun yang lalu.

"Lia okey, abang..." jawab Julia bersahaja.

Dia hanya diam memandang ke luar tingkap.

Tiba-tiba pemanduan Micheal menjadi perlahan dan berhenti, ditahan seorang pegawai polis lelaki yang sedang menjaga laluan.

Di tepi jalan terdapat dua buah kereta polis dan sebuah ambulans. Terlihat ramai orang berkumpul dan bercakap.

Julia menurunkan cermin tingkap untuk melihat dengan lebih jelas kejadian itu. Kelihatan sekujur tubuh badan yang sudah ditutupi kain putih.

Hanya kelihatan sepasang tapak kaki yang memakai stoking lace putih dan sepatu tinggi berwarna merah sahaja. Darah merah yang masih baru membasahi kain putih itu...

Perasaan Julia tidak enak pada waktu itu. Bahkan jantungnya tiba-tiba berdegup dengan kencang.

Next...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience